DuniaHerbaHPA.com

HPA Online | Berita HPA Dalam 1 Blog

DuniaHerbaHPA.com

Blog ini dibangunkan bertujuan untuk berkongsi informasi dan maklumat terkini berhubung perniagaan dan produk HPA. Selain itu, ia juga adalah untuk menambah lebih ramai lagi rangkaian usahawan HPA tidak kira dimana jua anda berada. Kami adalah pengedar HPA dan blog ini ialah blog peribadi kumpulan kami. Ia bukan laman web rasmi syarikat HPA.

Tawaran Membuka Restoran HPA-RFC, ROC, RCH, RBH

Written by duniaherbahpa on Sep 27th, 2009 | Filed under: Info Terkini HPA, Radix Bakery House, Radix Chicken House, Radix Fried Chicken, Radix Oriental Cuisine

Mereka yang berminat untuk membuka Restoran RFC, RCH (Radix Chicken House), ROC (Radix Oriental Cuisine) dan Radix Bakery House (RBH) boleh menghubungi saya sendiri (Pengarah Urusan) melalui SMS (012-4059717). Semua contoh perniagaan itu terdapat di HPA City Sungai Petani dan Alor Setar, boleh menjadi “prototaip” untuk dipindah ke mana sahaja lokasi pilihan anda.

Keinginan anda untuk bersama HPA mengembangkan produk halal kami dahului dengan ucapan terima kasih. Kos projek adalah seperti berikut:

1. RFC – 1.5 juta
2. RCH – 500 – 600k
3. ROC – 300 – 400k
4. RBH – 100 – 200k.

Kesemua bergantung kepada lokasi dan keluasan tempat pembinaan. Apapun jumpa saya (Pengarah Urusan) dulu sebelum membuat apa-apa keputusan. Terima Kasih.

Sumber: JawiHerbShop.blogspot.com

Perkembangan RFC

RFC di Kluang sudah hampir 99.9% siap. Satu lagi bendera kita kebarkan diselatan. Sebulan kemudian pula lagi kita rasmikan RFC di Maidin Mall. Team leader Lembah Kelang, En Hafizan, Dr Ishak, Cikgu Murad dan lain-lain bersiap sedia dengan dua RFC di Shah Alam dan Kajang. Ini semua adalah kerja gigih dari kalian semua yang mengadakan PBC dari utara sampai Selatan. Pantai Timur bersedia untuk menyusul RFC Kubang Krian dan 5 lokasi lagi yang sedang dipilih.

Kesetian kalian semua dituntut kerana kalianlah yang menjadi pilar bagunan HPA ini. InsyaAllah.

Pembukaan RFC Kluang

Restoran RFC Kluang, Johor

Syukur, RFC Kluang akan dibuka untuk umum pada 24/10/09. InsyaAllah. Persiapan dibuat hampir siap dan team RFC HQ kini telah mula mengatur kerja dan shif. Sebenarnya mereka telahpun membuat kursus RFC dan kursus Penghayatan HPA sebulan yang lepas bagi persiapan ini. Namun begitu membuka RFC bukan hanya kepada kedainya sahaja tetapi menguruskan semua keperluan yang terlibat.

Tarikh cadangan awal telah di tukar ke tarikh ini bagi menyempurnakan semua persiapan yang diluar jangka. Semoga warga HPA selatan akan menjadi juru bicara kepada produk unggul kita dipasaran makanan segera. Amin.

Restoran RFC Cawangan Bandar Laguna Merbok, Sg Petani
RFC Laguna juga menyediakan perkhidmatan ‘drive-thru’ atau pandu lalu
Cawangan HPA juga turut terdapat dalam RFC Bandar Laguna.

  • Share/Bookmark
Tags: , , , , , , , ,

Restoran Radix Oriental Cuisine (ROC)

Written by duniaherbahpa on Mar 24th, 2009 | Filed under: Info Terkini HPA, Radix Oriental Cuisine
Restoran Radix Oriental Cuisine (ROC) telah pun memulakan operasi sepenuhnya pada 4 Mac 09 dan kehadiran pelanggan diluar jangkaan walaupun belum ada sebarang promosi atau hebahan rasmi.  Moga-moga usaha kerdil yang kita lakukan ini bagi membantu menyelesaikan permasalahan ummah akan diberkati, diredhai Allah dan dikira sebagai amal soleh disisi-Nya. Amin.

Sebanyak 40 jenis masakan dihidangkan di Restoran ROC. Keenakan masakan berkonsepkan ‘Chinese Food’ ini berjaya menarik penggemar masakan itu dari kalangan kaum Tionghua yang berada di sekitar Sungai Petani dan Pulau Pinang.

Suasana di ROC ketika beroperasi

Boleh dikatakan setiap malam selepas Maghrib, ROC mula dipenuhi dengan pelanggan. Pekerja tak menang tangan melayan setiap kehendak dan cita rasa pelanggan. Ada juga pelanggan berbangsa Tionghua yang berkunjung ke sini semata-mata ingin menikmati masakan di ROC.


Menurutnya masakan di ROC berbeza dengan restoran lain kerana rasanya yang unik dan lazat. Ada kelainan dengan masakan di restoran Cina yang lain. Rasa masakan di ROR seakan-akan campuran antara masakan Cina dan Melayu. Selain itu harganya juga berpatutan. Ikan siakap dan kerapu yang dimasak benar-benar segar di samping sup sayur dan cendawan yang dihidangkan sangat sedap, katanya lagi.


Kepada ahli-ahli HPA yang belum lagi berkunjung ke ROC, silalah ke sana dan anda akan dapat menikmati keenakan dan kelazatan masakannya.

Alamat Restoran ROC:

Lot 35 & 36, Jalan Lagenda 2,
Legenda Height
08000 Bandar HPA Sg.Petani,
Kedah

Waktu operasi 11.30 pagi – 3 petang, 6 petang – 11.30 malam.

No Tel : 04-4484715 Faks : 04-4484716 / 04-4203850 / 52 Fax: 04-4203851

Sumber: http://pjskpu.radix2u.com/ dan http://bizdevhpa.blogspot.com

  • Share/Bookmark
Tags: , ,