DuniaHerbaHPA.com

HPA Online | Berita HPA Dalam 1 Blog

DuniaHerbaHPA.com

Blog ini dibangunkan bertujuan untuk berkongsi informasi dan maklumat terkini berhubung perniagaan dan produk HPA. Selain itu, ia juga adalah untuk menambah lebih ramai lagi rangkaian usahawan HPA tidak kira dimana jua anda berada. Kami adalah pengedar HPA dan blog ini ialah blog peribadi kumpulan kami. Ia bukan laman web rasmi syarikat HPA.

RFC Akan Dibuka Di Indonesia

Written by duniaherbahpa on Mar 5th, 2010 | Filed under: HPA Dalam Media, Info Terkini HPA, Radix Fried Chicken

Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Harian Metro, 24 Februari 2010: RFC Dibuka Di Indonesia

HPA Industries Sdn Bhd, syarikat jualan langsung (MLM) milik penuh Bumiputera terbesar di negara ini yang terkenal dengan produk jenama Radix, yakin 2010 akan menjadi tahun kebangkitannya di Indonesia dengan pembukaan lebih banyak cawangan di republik itu.
Selain itu, kejayaan menjalin usaha sama dengan sebuah pesantren di Bandung untuk projek ladang ternakan ayam organik dan jagung untuk makanan ternakan itu akan merealisasikan pembukaan pertama restoran Radix Fried Chicken (RFC) di Indonesia.

RFC yang terkenal dengan menu ayam organik dan rempah berherba tanpa bahan kimia kini dibuka di Alor Setar selain Lagenda Heights dan Bandar Laguna di Sungai Petani, Kedah.

Restoran makanan segera itu juga dibuka di Melaka dan Kluang, Johor manakala cawangan lain yang akan menyusul dalam tempoh terdekat ialah Shah Alam, Selangor.

Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad, berkata sejak bertapak di Indonesia 10 tahun lalu, 2009 menjadi tahun paling berjaya bagi HPA yang kini diiktiraf sebagai MLM Syariah.

Oleh Zainuddin Zain
zainuddin@hmetro.com.my

  • Share/Save/Bookmark
Tags: , , , , , ,

Sasaran RM 20 Juta Sebulan & RFC Melaka

Written by duniaherbahpa on Dec 25th, 2009 | Filed under: Info Terkini HPA, Radix Fried Chicken

HPA mengorak langkah menuju tahun 2010 dengan meletakkan sasaran jualan RM 20 juta sebulan sebelum bulan September 2010.  Sasaran ini tampak realistik dengan strategi pemberian insentif yang cukup lumayan. Para ahli HPA tidak sepatutnya melepaskan peluang ini begitu sahaja.

Klik gambar untuk paparan lebih jelas. Cetak jika perlu.

Perjumpaan antara PJS SeMalaysia dan perjumpaan herbalis seluruh Malaysia juga telah diadakan bagi merencana dan merangka strategi ampuh bagi mencapai sasaran tersebut. Slogan HPA bagi tahun 2010 ialah “Herba Menguasai Dunia” memberi makna bahawa HPA akan terus mengutamakan produk perubatan herba sebagai perniagaan teras.

Kenyataan Pengarah Urusan HPA dari blognya:

Insentif 2010 – Durian Runtuh

Benar-benar menjadi kenyataan! Bila syarikat berada dalam keadaan stabil dan kuat, ia akan memberikan impak positif kepada ahli. Kali ini target 20 juta dijangka akan berjaya dicapai lebih awal daripada masa yang ditentukan . Perjumpaan PJS Malaysia dan Indonesia menampakan petanda bahawa tahun 2010 HPA akan bangkit lebih berprestij di persada MLM.

Kalau dahulu HPA hanya dikenali dengan kopi radix sahaja tetapi di masa hadapan ia akan dikenali sebagai pengeluar produk halal yang terbesar di Negara ini. Semuanya bergantung sejauh mana HPA memainkan peranan utama sebagai penyelamat ummat. Apapun insentif 2010 tetap menjadi pemangkin pasaran yang telah sedia ada.

Tahun 2010

Kita meletakkan sebuah harapan agar tahun 2010 akan menjadi tahun terbaik pada HPA dalam sejarah peniagaan MLMnya. Program PIC yang diadakan beberapa hari yang lepas menjadi program keilmuan herba yang terakhir pada tahun ini. Sementara itu, kelmarin juga berlangsungnya perhimpunan alumni sijil herbalis yang bertekad untuk mengembalikan kecemerlangan pengubatan herba JAWI pada tahun hadapan.

Cawangan-cawangan HPA yang berpotensi juga akan membuka pusat-pusat perawatan yang dikelolakan oleh para herbalis disamping reka bentuknya menjurus kepada HPA HALAL MART.

Seramai 200 orang PJS dan leader juga telah dikumpulkan bagi mengetuai gempur radix dipasaran. Kehadiran ini cukup menjadi perangsang kepada perniagaan HPA yang kini sedang menuju puncak 20 juta sebulan InsyaAllah.

Restoran RFC Cawangan Melaka (Mydin Mall)

Host unlimited photos at slide.com for FREE!

Host unlimited photos at slide.com for FREE!

Host unlimited photos at slide.com for FREE!

Sumber gambar: http://groupsahabatnetwork.blogspot.com/

Berita baik untuk rakyat Melaka. Restoran RFC ke-5 telah dibuka di Mydin Mall, Melaka dan telah dirasmi pada 24 Disember 2009 oleh Pengarah Urusan HPA sendiri.

1. RFC Lagenda – Sungai Petani
2. RFC Shahab Perdana – Alor Setar
3. RFC Laguna – Sungai Petani
4. RFC Kluang – Johor
5. RFC Mydin Mall – Melaka.

Menurut Tuan Haji Ismail, walaupun pembukaan ini tidak dilakukan secara besar besaran tetapi RFC ini merupakan RFC tercantik sehingga kini menurut pandangan beberapa orang pemerhati. InsyaAllah akan menyusul segera 4 lokasi baru yang akan di beritahu kelak.

Khabarnya lokasi lain tersebut ialah Shah Alam, Ampang, Kuala Terengganu dan Kubang Kerian. Sama-sama kita nantikan.

  • Share/Save/Bookmark
Tags: , , , , , ,

Radix Fried Chicken (RFC) Ke-4 Di Kluang

Written by duniaherbahpa on Oct 30th, 2009 | Filed under: HPA Dalam Media, Info Terkini HPA, Radix Fried Chicken

Alhamdulillah, Kluang kini menjadi cawangan ke-4 restoran Radix Fried Chicken (RFC) selepas Sg Petani, Bandar Laguna Merbok dan Alor Setar. Majlis perasmiannya telah berlangsung pada 24 Oktober 2009 yang lalu dan disempurnakan oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Haji Ahmad.

Kini masyarakat Kluang sudah ada pilihan, jadi selepas ini tidak ada lagi alasan. Radix Fried Chicken (RFC) adalah suatu imej Halal lagi berorganik. Radix Fried Chicken (RFC) akan menjadi pilihan seluruh masyarakat Malaysia.

RFC yang seterusnya akan menyusul di Melaka, Shah Alam, Taman Permata Ampang dan banyak lagi. Insyaallah Koperasi Wahida Berhad akan memainkan peranan dalam mengembangkan Radix Fried Chicken (RFC) dan Radix Chicken House (RCH). Jom melabur dalam KOPERASI WAHIDA BERHAD.

Petikan berita RFC Kluang dari akhbar Harian Metro

Oleh Zainuddin Zain (Harian Metro Isnin 26.10.2009)

logo

HPA Industries Sdn Bhd (HPA), syarikat jualan langsung (MLM) milik penuh Bumiputera terbesar di negara ini membuka cawangan restoran makanan segeranya, Radix Fried Chicken (RFC) yang pertama di luar utara Semenanjung.

Destinasi pilihan syarikat MLM yang terkenal dengan produk jenama Radix
seperti Kopi Radix, Radix Koko dan minuman bergas seperti Radix Cola, Radix Sarsi, Radix Oren dan Radix Ais Krim Soda di Kluang, Johor.

Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad, berkata perasmian cawangan terbaru di Kluang Mall, Jalan Rambutan itu berlangsung antara jam 9 pagi dan 1 petang, kelmarin.

Menurutnya, Kluang rangkaian terbaru RFC selepas Lagenda Heights dan Laguna Merbuk di Sungai Petani selain Shahab Perdana, Alor Star.
Beliau juga mengumumkan satu lagi sejarah dilakar HPA apabila pizza HPA yang dinanti pengedar HPA dan umat Islam di negara ini beroperasi 17 Oktober lalu di Lagenda Heights, Sungai Petani.

Menurutnya, waktu perniagaan Radix Pizza House sama seperti rangkaian
restoran HPA lain bermula jam 9 pagi hingga 11 malam setiap hari.

“Kita seharusnya berbangga dan bersama-sama dengan HPA kerana semua produk dan rangkaian perniagaan HPA berkonsep halal dan suci selain menggunakan produk terbaik termasuk daging dan ayam organik seperti di RFC.

“Pizza rangkaian terbaru perniagaan makanan HPA selepas RFC, restoran makanan Cina iaitu Radix Oriental Cuisine (ROC), Radix Bakery House (roti dan biskut) dan Radix Chicken House (sate, nasi ayam dan ayam golek).

“Kita berusaha mempelbagaikan lagi rangkaian restoran kita (HPA),” katanya.

Ismail berkata, MLM HPA kini mengeluarkan coklat seperti Radix Chocolate Hazel, Radix Chocolate Almond, dan Radix Chocolate Milk yang dijamin menggunakan produk bersih dan suci sekali gus mengenepi keraguan umat Islam mengenai bahan tidak halal di dalamnya terutama membabitkan lemak haiwan.

Beliau berkata, produk terbaru yang dikeluarkan oleh HPA ialah sardin yang akan menggunakan jenama Sardin HPA.

“Pendedahan disampaikan penceramah, pemimpin dan pejuang HPA sama ada di dalam slot program motivasi atau kelas mingguan mengenai kemelut pemakanan umat Islam hari ini di mana antara makanan yang sering dikaitkan, pasaran sardin dalam tin yang amat mencurigakan daripada status halalnya.

“HPA terus maju selangkah demi selangkah dan kejayaan memasarkan sardin dalam tin dan dijangka mampu merebut pasaran produk jenis itu di pasaran umat Islam,” katanya.

HPA jugamengeluarkan produk pewangi tubuh Radix Men dan Radix Women.

Laman web rasmi RFC: http://www.radixfriedchicken.com.my/

Radix Fried Chicken (RFC) Kluang

Radix Fried Chicken (RFC) Kluang

Radix Fried Chicken (RFC) Kluang

Radix Fried Chicken (RFC) Kluang

Radix Fried Chicken (RFC) Kluang

Radix Fried Chicken (RFC) Kluang

Radix Fried Chicken (RFC) Kluang

Radix Fried Chicken (RFC) Kluang

Radix Fried Chicken (RFC) Kluang

  • Share/Save/Bookmark
Tags: , , , ,

Tawaran Membuka Restoran HPA-RFC, ROC, RCH, RBH

Written by duniaherbahpa on Sep 27th, 2009 | Filed under: Info Terkini HPA, Radix Bakery House, Radix Chicken House, Radix Fried Chicken, Radix Oriental Cuisine

Mereka yang berminat untuk membuka Restoran RFC, RCH (Radix Chicken House), ROC (Radix Oriental Cuisine) dan Radix Bakery House (RBH) boleh menghubungi saya sendiri (Pengarah Urusan) melalui SMS (012-4059717). Semua contoh perniagaan itu terdapat di HPA City Sungai Petani dan Alor Setar, boleh menjadi “prototaip” untuk dipindah ke mana sahaja lokasi pilihan anda.

Keinginan anda untuk bersama HPA mengembangkan produk halal kami dahului dengan ucapan terima kasih. Kos projek adalah seperti berikut:

1. RFC – 1.5 juta
2. RCH – 500 – 600k
3. ROC – 300 – 400k
4. RBH – 100 – 200k.

Kesemua bergantung kepada lokasi dan keluasan tempat pembinaan. Apapun jumpa saya (Pengarah Urusan) dulu sebelum membuat apa-apa keputusan. Terima Kasih.

Sumber: JawiHerbShop.blogspot.com

Perkembangan RFC

RFC di Kluang sudah hampir 99.9% siap. Satu lagi bendera kita kebarkan diselatan. Sebulan kemudian pula lagi kita rasmikan RFC di Maidin Mall. Team leader Lembah Kelang, En Hafizan, Dr Ishak, Cikgu Murad dan lain-lain bersiap sedia dengan dua RFC di Shah Alam dan Kajang. Ini semua adalah kerja gigih dari kalian semua yang mengadakan PBC dari utara sampai Selatan. Pantai Timur bersedia untuk menyusul RFC Kubang Krian dan 5 lokasi lagi yang sedang dipilih.

Kesetian kalian semua dituntut kerana kalianlah yang menjadi pilar bagunan HPA ini. InsyaAllah.

Pembukaan RFC Kluang

Restoran RFC Kluang, Johor

Syukur, RFC Kluang akan dibuka untuk umum pada 24/10/09. InsyaAllah. Persiapan dibuat hampir siap dan team RFC HQ kini telah mula mengatur kerja dan shif. Sebenarnya mereka telahpun membuat kursus RFC dan kursus Penghayatan HPA sebulan yang lepas bagi persiapan ini. Namun begitu membuka RFC bukan hanya kepada kedainya sahaja tetapi menguruskan semua keperluan yang terlibat.

Tarikh cadangan awal telah di tukar ke tarikh ini bagi menyempurnakan semua persiapan yang diluar jangka. Semoga warga HPA selatan akan menjadi juru bicara kepada produk unggul kita dipasaran makanan segera. Amin.

Restoran RFC Cawangan Bandar Laguna Merbok, Sg Petani
RFC Laguna juga menyediakan perkhidmatan ‘drive-thru’ atau pandu lalu
Cawangan HPA juga turut terdapat dalam RFC Bandar Laguna.

  • Share/Save/Bookmark
Tags: , , , , , , , ,

Berita Semasa Koperasi Wahida HPA

Written by duniaherbahpa on Sep 11th, 2009 | Filed under: Info Terkini HPA, Koperasi HPA

USAHASAMA RFC & KEMUDAHAN PINJAMAN JUAL BELI PRODUK (MURABAHAH)

1. InsyaAllah, RFC di Shah Alam dijangka akan beroperasi pada tahun hadapan. Pihak KOWAHIDA telah bersetuju membiayai modal bagi menyediakan tempat & peralatan untuk RFC Shah Alam.

2. KOWAHIDA juga telah membiayai modal tempat dan peralatan RFC di Lagenda Height Sungai Petani, Kedah.

3. Kemudahan Pinjaman Jual Beli Produk HPA berasaskan konsep Islami (Murabahah) telah pun diluluskan oleh Lembaga. Syarat pinjaman jual beli tersebut adalah kepada para PJS yang telah mencapai bonus RM 1,500 ke atas dengan jaminan Bonus nya, manakala pengedar yang bukan PJS boleh memohon kemudahan ini dengan Jaminan PJS dan Bonus PJS tersebut. Peraturan lanjut akan diperincikan oleh pihak KoWahida dalam masa terdekat ini.. InsyaAllah.

KHIDMAT PERBAHARUI INSURAN KENDERAAN BERMOTOR: TAKAFUL

Pihak KOWAHIDA memohon kerjasama semua Pengarah Jati Setia (PJS), PEMIMPIN serta AHLI-AHLI HPA agar mengambil insurans kenderaan bermotor (kereta) dengan Koperasi Wahida HPA Berhad.

Bagi mereka yang berminat untuk memperbaharui insurans kenderaan bermotor (kereta) dengan pihak Koperasi Wahida HPA Berhad boleh berbuat demikian mulai kini.

Lampirkan bersama dokumen yang diperlukan iaitu:

1. Salinan Geran Kenderaan.
2. Sijil Insurans Lama / Cover Note.

KAMI AKAN URUS UNTUK DAPAT NCD KENDERAAN ANDA dan AKAN URUS PENGHANTARAN CUKAI JALAN KENDERAAN ANDA.

Sebarang pertanyaan boleh melalui pegawai koperasi yang bertugas iaitu

Encik Shamsul Azrin Bin Saaid ( 04 -977 3813 /14/ 019-4112717) atau terus ke pejabat KOWAHIDA Kangar, Perlis.

Pejabat Koperasi Wahida HPA Berhad


No 313, Tingkat 1,
Tmn Pengkalan Asam,
Jalan Kangar – Alor Setar,
01000 Kangar, Perlis.

  • Share/Save/Bookmark
Tags: , , , ,