DuniaHerbaHPA.com

HPA Online | Berita HPA Dalam 1 Blog

DuniaHerbaHPA.com

Blog ini dibangunkan bertujuan untuk berkongsi informasi dan maklumat terkini berhubung perniagaan dan produk HPA. Selain itu, ia juga adalah untuk menambah lebih ramai lagi rangkaian usahawan HPA tidak kira dimana jua anda berada. Kami adalah pengedar HPA dan blog ini ialah blog peribadi kumpulan kami. Ia bukan laman web rasmi syarikat HPA.

Restoran RFC Ke-7 Di Kubang Kerian

Written by duniaherbahpa on Jul 29th, 2010 | Filed under: Radix Fried Chicken

Majlis Perasmian Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Cawangan Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan telah selamat dirasmikan oleh YAB Tuan Guru Dato’ Seri Bentara Setia Haji Nik Aziz Bin Haji Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan pada 25hb Julai 2010 yang lalu.

Turut hadir ialah Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad, Timbalan Exco Kelantan, YB Haji Fattah Harun, GM AWM, En Mohamad Faisol Abdul Rahman, GM Puan Rasidah Bt Abdul Rahim, AGM, Pengurusan HPA, PJS Dan ahli HPA seluruh negara.

Lokasi RFC Kubang Kerian: Berhadapan Hospital USM Kubang Kerian.

Gambar-gambar sekitar majlis perasmian RFC Kubang Kerian…

(more…)

  • Share/Bookmark
Tags: , , , , , , , , , ,

Restoran RFC Ke-6 Di Kangar, Perlis

Written by duniaherbahpa on Jul 17th, 2010 | Filed under: Info Terkini HPA, Radix Fried Chicken

RFC diperluas ke seluruh negara

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
faizal.nazaruddin@kosmo.com.my

9 Julai 2010 – RFC menawarkan perkhidmatan makanan segera berkonsepkan ayam segar organik kepada mereka yang inginkan kelainan dan mementingkan kesihatan.

KANGAR – HPA Industries Sdn. Bhd. (HPA) yang memiliki Radix Fried Chicken (RFC) merancang memperluaskan rangkaian restoran makanan segeranya yang berkonsepkan ayam segar organik di seluruh negara pada penghujung tahun ini.

Dua lokasi yang telah dikenal pasti ialah di Bangi dan Shah Alam masing-masing di Selangor di samping 10 lagi cawangan yang akan dibuka di Kelantan, Pahang dan Johor.

Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad berkata, pasaran di Lembah Klang akan diterokai sepenuhnya apabila RFC mendapat lesen francais yang akan membuka peluang perniagaan kepada usahawan mahupun orang ramai.

“Ayam goreng RFC kini semakin mendapat sambutan daripada orang ramai kerana kami menyediakan ayam organik yang segar dan baik untuk kesihatan serta halal,” katanya pada sidang akhbar di sini kelmarin.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan restoran RFC di Seriab, Kangar iaitu cawangan keenam sejak syarikat itu dimulakan setahun setengah lalu.

Majlis itu turut dihadiri Pengarah Urusan 2 HPA, Fisal Ahmas Tajuddin dan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis, Muslim Manja.

Menurut Ismail, pihaknya juga merancang membuka sebanyak 400 cawangan RFC di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun termasuk Sabah dan Sarawak melalui perniagaan francais.

RFC Kangar, Perlis

Perasmian RFC Kangar mendapat liputan berita TV1

Restoran RFC yang telah dibuka setakat ini:

  1. Sungai Petani, Kedah
  2. Laguna Merbok, Kedah
  3. Alor Setar, Kedah
  4. Kluang, Johor
  5. Ayer Keroh, Melaka

Selepas ini RFC Kubang Kerian, Kelantan yang telah mula beroperasi akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan pada 25 Julai 2010.

  • Share/Bookmark
Tags: , , , , , , , ,

RFC Akan Dibuka Di Indonesia

Written by duniaherbahpa on Mar 5th, 2010 | Filed under: HPA Dalam Media, Info Terkini HPA, Radix Fried Chicken

Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Harian Metro, 24 Februari 2010: RFC Dibuka Di Indonesia

HPA Industries Sdn Bhd, syarikat jualan langsung (MLM) milik penuh Bumiputera terbesar di negara ini yang terkenal dengan produk jenama Radix, yakin 2010 akan menjadi tahun kebangkitannya di Indonesia dengan pembukaan lebih banyak cawangan di republik itu.
Selain itu, kejayaan menjalin usaha sama dengan sebuah pesantren di Bandung untuk projek ladang ternakan ayam organik dan jagung untuk makanan ternakan itu akan merealisasikan pembukaan pertama restoran Radix Fried Chicken (RFC) di Indonesia.

RFC yang terkenal dengan menu ayam organik dan rempah berherba tanpa bahan kimia kini dibuka di Alor Setar selain Lagenda Heights dan Bandar Laguna di Sungai Petani, Kedah.

Restoran makanan segera itu juga dibuka di Melaka dan Kluang, Johor manakala cawangan lain yang akan menyusul dalam tempoh terdekat ialah Shah Alam, Selangor.

Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad, berkata sejak bertapak di Indonesia 10 tahun lalu, 2009 menjadi tahun paling berjaya bagi HPA yang kini diiktiraf sebagai MLM Syariah.

Oleh Zainuddin Zain
zainuddin@hmetro.com.my

  • Share/Bookmark
Tags: , , , , , ,

Sasaran RM 20 Juta Sebulan & RFC Melaka

Written by duniaherbahpa on Dec 25th, 2009 | Filed under: Info Terkini HPA, Radix Fried Chicken

HPA mengorak langkah menuju tahun 2010 dengan meletakkan sasaran jualan RM 20 juta sebulan sebelum bulan September 2010.  Sasaran ini tampak realistik dengan strategi pemberian insentif yang cukup lumayan. Para ahli HPA tidak sepatutnya melepaskan peluang ini begitu sahaja.

Klik gambar untuk paparan lebih jelas. Cetak jika perlu.

Perjumpaan antara PJS SeMalaysia dan perjumpaan herbalis seluruh Malaysia juga telah diadakan bagi merencana dan merangka strategi ampuh bagi mencapai sasaran tersebut. Slogan HPA bagi tahun 2010 ialah “Herba Menguasai Dunia” memberi makna bahawa HPA akan terus mengutamakan produk perubatan herba sebagai perniagaan teras.

Kenyataan Pengarah Urusan HPA dari blognya:

Insentif 2010 – Durian Runtuh

Benar-benar menjadi kenyataan! Bila syarikat berada dalam keadaan stabil dan kuat, ia akan memberikan impak positif kepada ahli. Kali ini target 20 juta dijangka akan berjaya dicapai lebih awal daripada masa yang ditentukan . Perjumpaan PJS Malaysia dan Indonesia menampakan petanda bahawa tahun 2010 HPA akan bangkit lebih berprestij di persada MLM.

Kalau dahulu HPA hanya dikenali dengan kopi radix sahaja tetapi di masa hadapan ia akan dikenali sebagai pengeluar produk halal yang terbesar di Negara ini. Semuanya bergantung sejauh mana HPA memainkan peranan utama sebagai penyelamat ummat. Apapun insentif 2010 tetap menjadi pemangkin pasaran yang telah sedia ada.

Tahun 2010

Kita meletakkan sebuah harapan agar tahun 2010 akan menjadi tahun terbaik pada HPA dalam sejarah peniagaan MLMnya. Program PIC yang diadakan beberapa hari yang lepas menjadi program keilmuan herba yang terakhir pada tahun ini. Sementara itu, kelmarin juga berlangsungnya perhimpunan alumni sijil herbalis yang bertekad untuk mengembalikan kecemerlangan pengubatan herba JAWI pada tahun hadapan.

Cawangan-cawangan HPA yang berpotensi juga akan membuka pusat-pusat perawatan yang dikelolakan oleh para herbalis disamping reka bentuknya menjurus kepada HPA HALAL MART.

Seramai 200 orang PJS dan leader juga telah dikumpulkan bagi mengetuai gempur radix dipasaran. Kehadiran ini cukup menjadi perangsang kepada perniagaan HPA yang kini sedang menuju puncak 20 juta sebulan InsyaAllah.

Restoran RFC Cawangan Melaka (Mydin Mall)

Host unlimited photos at slide.com for FREE!

Host unlimited photos at slide.com for FREE!

Host unlimited photos at slide.com for FREE!

Sumber gambar: http://groupsahabatnetwork.blogspot.com/

Berita baik untuk rakyat Melaka. Restoran RFC ke-5 telah dibuka di Mydin Mall, Melaka dan telah dirasmi pada 24 Disember 2009 oleh Pengarah Urusan HPA sendiri.

1. RFC Lagenda – Sungai Petani
2. RFC Shahab Perdana – Alor Setar
3. RFC Laguna – Sungai Petani
4. RFC Kluang – Johor
5. RFC Mydin Mall – Melaka.

Menurut Tuan Haji Ismail, walaupun pembukaan ini tidak dilakukan secara besar besaran tetapi RFC ini merupakan RFC tercantik sehingga kini menurut pandangan beberapa orang pemerhati. InsyaAllah akan menyusul segera 4 lokasi baru yang akan di beritahu kelak.

Khabarnya lokasi lain tersebut ialah Shah Alam, Ampang, Kuala Terengganu dan Kubang Kerian. Sama-sama kita nantikan.

  • Share/Bookmark
Tags: , , , , , ,

Radix Chicken House Kluang Kini Dibuka

Written by duniaherbahpa on Nov 23rd, 2009 | Filed under: Info Terkini HPA, Radix Chicken House

Alhamdulillah, satu lagi tanda kemegahan HPA bertapak di Kluang dengan perasmian RCH pada 21 Nov 2009 oleh Tuan Hj Fisal Bin Hj Ahmad Tajuddin. Dimulakan dengan ucapan GM Tuan Faisol Abd Rahman maka HPA mula mengorak langkah ke arah matlamat menyediakan pemakanan halal dan organik tanpa was was melalui rangkaian RFC dan RCH.

Semoga kejayaan demi kejayaan yang dicapai seiring dengan harapan satu perjuangan berterusan dalam mencari keberkatan dalam memasarkan produk halal tanggungjawab bersama.

Tahniah kepada semua yang terlibat terutama Puan Zaimah selaku Pengurus Zon atas usaha memperhebatkan HPA di Selatan. Tahniah juga buat semua warga HPA dan syabas kerana perjuangan kita penentu halatuju.

Sumber: http://crcradix.blogspot.com/

  • Share/Bookmark
Tags: , ,