Tag Archives: restaurants halal

Restoran RFC Ke-9 Di Kuala Terengganu

Restoran RFC yang ke-9 telah dibuka di Kuala Terengganu sejak 2 Disember 2010 yang lalu.

Info lengkap RFC Kuala Terengganu:

Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Kuala Terengganu
LOT 4232 (G/F) WISMA CHUA AH KEE
OFF JALAN SULTAN ISMAIL/JALAN TOK LAM
20200 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN
NO TEL: 09-6309527 / 09-6409528

(Lokasi RFC: Belakang Stadium Kuala Terengganu dan bersebelahan HPA Cawangan Kuala Terengganu)

Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam

Peta:

Klik untuk besarkan imej

Antara menu RFC:

Restoran RFC yang telah dibuka setakat ini:

  1. Sungai Petani, Kedah
  2. Laguna Merbok, Kedah
  3. Alor Setar, Kedah
  4. Kluang, Johor
  5. Ayer Keroh, Melaka
  6. Kubang Kerian, Kelantan
  7. Kangar, Perlis
  8. Jitra, Kedah

Setiap ahli HPA akan mendapat Nilai Mata (NM) dari pembelian di mana-mana RFC. Anda perlu menunjukkan kad ahli semasa membuat pembayaran.

Tawaran! Rakamkan detik manis anda bersama keluarga atau sahabat karib anda dalam bentuk video atau gambar di semua Cawangan Restoran Radix Fried Chicken (RFC) seluruh Malaysia. Emelkan penyertaan anda kepada rfcmalaysia@yahoo.com. Hadiah- hadiah menarik bakal menanti anda.

Lagi berita dan gambar-gambar menarik tentang pembukaan RFC Kuala Terengganu boleh dibaca dari blog-blog ini:

Artikel Ayam Organik Halal HPA

Apa itu organik??

Bahan utama ayam organik adalah bebas dari bahan kimia hasil dari penggunaan konsep ternakan organik yang selamat, suci dan menyakinkan.

Rahsia Disebalik Ayam Fresh Organic Halal

Fresh
Fresh bermaksud ayam yang segar dari segi pemakanan, penjagaan serta dari segi penyembelihan. Ayam yang disembelih di ladang dan di hantar terus ke tempat permintaan. Ayam yang dah disembelih tidak akan di simpan lama dalam bentuk sejuk @ sejuk beku supaya kualiti kesegaran ayam itu tidak hilang dan tetap segar.

Organik
Ayam organik adalah ayam yang diternak bebas daripada enzim babi @ makanan yang dilarang oleh agama Islam. Ayam yang diternak secara organik adalah ayam yang diberi makan seperti ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit, pandan, habbatus sauda dan limau purut. Tanpa penggunaan antibiotik, tidak menggunakan hormon, beta agonist dan salbutamol. Faktor permakanan juga adalah penyumbang utama kepada daya tahan ayam daripada serangan penyakit. Bermakna ayam organik adalah ayam yang hanya makan makanan yang organik seperti spirulina dan tidak memakan dedak.

Halal
Halal adalah bermaksud, ayam yang di sembelih secara mengikut tuntutan syariah islam. Ayam yang hendak di sembelih mestilah ayam yang masih hidup dan sihat serta diperlakukan dengan baik sebelum disembelih. Membaca kalimah Allah (bismillah) sesaat sebelum menyembelih untuk setiap ekor haiwan @ ayam yang disembelih. Memotong dengan sempurna saluran pernafasan, saluran pencernaan dan pembuluh darah nadi dengan pisau yang tajam. Tidak boleh hanya dengan menusuk leher ayam, kerana dikhuatirkan tidak memotong saluran-saluran tersebut dengan sempurna. Meletakkan dan membiarkan ayam mati dengan sempurna dan darah keluar dengan tuntas sebelum di proses selanjutnya.