DuniaHerbaHPA.com

HPA Online | Berita HPA Dalam 1 Blog

DuniaHerbaHPA.com

Blog ini dibangunkan bertujuan untuk berkongsi informasi dan maklumat terkini berhubung perniagaan dan produk HPA. Selain itu, ia juga adalah untuk menambah lebih ramai lagi rangkaian usahawan HPA tidak kira dimana jua anda berada. Kami adalah pengedar HPA dan blog ini ialah blog peribadi kumpulan kami. Ia bukan laman web rasmi syarikat HPA.

Harga Promosi Produk HPA

Written by duniaherbahpa on Jul 23rd, 2010 | Filed under: Info Terkini HPA

Harga Promosi Produk HPA Terpilih Mulai Julai – Disember 2010

Bedak Delima (biji)
Harga asal: RM 13
Harga promosi: RM 12

Brightening Night Cream
Harga asal: RM 58
Harga promosi: RM 50

Omrahaj Lip Balm
Harga asal: RM 15
Harga promosi: RM12

Minuman ALG
Harga asal: RM 16
Harga promosi: RM 14

Jem Nenas
Harga asal: RM 10
Harga promosi: RM 8

Pencuci Lantai Merbau, Pencuci Tandas Angsana, Pencuci Pinggan Widuri
Harga asal: RM 4
Harga promosi: RM 3

Minuman Serai
Harga asal: RM 16
Harga promosi: RM 14

Minuman Sepang
Harga asal: RM 16
Harga promosi: RM 14

Nilai Mata (NM) untuk semua produk di atas adalah kekal sama seperti sebelumnya.

==================
Berita Ringkas HPA
==================

1. Kuliah Perubatan JAWI

Hotel De Palma Ampang, 23 Julai 2010 (Jumaat)
Masuk PERCUMA. Mula 8.30 malam

Penceramah: Pengarah Urusan 1 HPA, Tn Haji Ismail

2. Perasmian Restoran RFC Ke-7 Di Kubang Kerian, Kelantan oleh Menteri Besar Kelantan, Dato Seri Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat

Tarikh: 25 Julai 2010 (Ahad)
Masa: 2 petang
Lokasi: Berhadapan Hospital USM Kubang Kerian.

Anda dijemput hadir bagi memeriahkan program.

3. HPA Halalmart di Tutong, Brunei Darussalam akan dibuka secara rasminya pada 26 Julai 2010 ini. HPA Halalmart Tutong terletak di alamat: Unit No 12 Block C, Ground Floor, Bangunan Haji Abdul Malek dan Anak-anak, Kampong Petani, Tutong, Brunei Darussalam.

Sebarang pertanyan sila hubungi 4220717 (Pn Zainab)
Waktu operasi 9.30 pagi hingga 6.30 petang (Isnin – Sabtu)

4. Semua pengedar khususnya PJS di minta memperbaharui INSURAN DAN ROAD TAX melalui KO WAHIDA. Sila hubungi En Shamshul 0194112717 atau Pejabat Koop 049773813/049773814. Tuan/Puan sila hubungi segera dengan memberikan Nombor Pendaftaran Kenderaan bagi memudahkan urusan tersebut.

5. Program Perkongsian Ilmu Cemerlang (PIC), 7-8 Ogos 2010

Terbuka kepada semua Ahli HPA. Mereka yang hadir akan dinaikkan pangkat setelah maintain 300 Nilai Mata seperti program PBC.

Bayaran : RM 170.00
Tarikh : 7 & 8 Ogos 2010 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Dewan Umar Mukhtar (Atas RFC Sg Petani)

Sila Buat Bayaran Ke Akaun Seperti Butiran Berikut :

Bank : BIMB (Bank Islam)
No. Akaun : 090 100 100 02734
Nama : Ismail Bin Ahmad

Hantarkan bukti (maklumat/salinan) bayaran ke
Fax: 04-4419254
Email: latihanppu@gmail.com

Muat Turun BORANG Klik Sini

TARIKH TUTUP : 3 OGOS 2010

MAKLUMAT LANJUT : http://latihanppu.blogspot.com @ hubungi SDR. FAKHRUL ZAKI DI TALIAN 013 3005419

  • Share/Bookmark
Tags: , , , , , , , , ,

KoWahida Terima Geran RM 30 Ribu

Written by duniaherbahpa on Jan 18th, 2010 | Filed under: Info Terkini HPA, Koperasi HPA
En Mohd Rosli bin Abu Bakar, Bendahari KOWAHIDA menerima geran RM 30,000.00 dari YB Menteri Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob
17 Jan 2010: Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perlis telah menganjurkan Perasmian Projek Ternakan Lembu Fidlot Secara Kelompok Koperasi Negeri Perlis di Kg Sena Dalam, Batu 20, Jalan Padang Besar (U), Padang Besar Perlis.

Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Turut hadir bersama YB Tuan Haji Sabri bin Ahmad Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Koperasi dan Industri Asas Tani Negeri Perlis dan YB Dato’ Mangsor bin Saad, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Projek Ternakan Lembu Fidlot adalah projek pertama gabungan koperasi di Negeri Perlis dan pihak SKM juga Kerajaan Negeri berharap agar projek ini akan terus berjalan dengan jayanya.

Majlis juga dimaklumkan mengenai projek gabungan kedua di Negeri Perlis iaitu Projek Ternakan Ayam Organik bersama HPA. Projek ini terdiri daripada 10 buah koperasi di Negeri Perlis termasuk Koperasi Wahida HPA Berhad dan telah melantik HPA Industries Sdn. Bhd. sebagai Konsultan.

Majlis turut menyerahkan geran sebanyak RM 30,000.00 kepada sepuluh buah koperasi tersebut bagi menjayakan Projek Ternakan Ayam Organik bersama HPA.

  • Share/Bookmark
Tags: , ,

Pelaburan KoWahida Dibuka Semula

Written by duniaherbahpa on Jan 6th, 2010 | Filed under: Info Terkini HPA, Koperasi HPA

Bermula 1 Januari 2010, pelaburan saham KOWAHIDA telah DIBUKA SEMULA. Pelaburan boleh dibuat dengan membuat pindahan wang anda secara online ke akaun bank KOWAHIDA dan menyerahkan slip bank tersebut kepada mana-mana Cawangan HPA terdekat.

Pelaburan MINIMA ialah RM 200.00 dan MAKSIMUM RM 100,000.00 sahaja.

AKAUN BANK KOWAHIDA

Berikut adalah nombor-nombor akaun KOWAHIDA bagi memudahkan anggota KOWAHIDA melakukan transaksi ONLINE samada untuk langganan syer baru atau tambahan;

1-BANK ISLAM:
090 100 100 463 16

2-CIMB ISLAMIC:
090 100 001 101 08

3-MAYBAN ISLAMIC:
559 012 306 051

TANYA KOWAHIDA
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan Koperasi Wahida HPA Berhad

Sila hubungi:
Tel:04-9773813/14 (pej);
Fax:04-9773812; atau
Emel kpd:
kowahida@yahoo.com , atau
copwahida@gmail.com

BERITA SEMASA KOWAHIDA

30 Disember 2009: KoWahida Keluar Zakat Di Kelantan


Alhamdulillah, setinggi kesyukuran kita pada Allah kerana KOWAHIDA dapat mengeluarkan zakat sejumlah RM 249, 388. 20 bagi tahun 2007 & 2008. Zakat diserahkan kepada YB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Negeri Kelantan dan juga Pengerusi PERKIM Negeri Kelantan. Kepada semua anggota KOWAHIDA, tanggungjawab anda menunaikan zakat atas saham di KOWAHIDA telah pun kami tunaikan, semoga dengan ini KOWAHIDA akan terus berjaya dengan perniagaan yang diberkati oleh Allah, insyaAllah.

YB Tuan Guru Nik Aziz gembira menerima hadiah berupa produk HPA, RADIX Cereal adalah makanan kesukaan beliau yang diberitahu kepada kami.

Pengerusi memberi sedikit penarangan kepada YB Tuan Guru mengenai KOWAHIDA dan HPA

Hadir sama adalah 14 orang Anggota Lembaga KOWAHIDA serta Dato’ Nik Amar dan Tuan Hj Apandi mewakili PERKIM Negeri Kelantan. Menteri Besar juga dimaklumkan tentang akan dibuka cawangan Radix Chicken House di Kota Bharu Trade Centre tidak lama lagi. Beliau juga turut berjanji akan merasmikan pembukaan RCH tersebut bila sampai waktu pembukaannya nanti.

  • Share/Bookmark
Tags: , , , ,

Penutupan Sementara Pelaburan Baru & Tambahan Syer KoWahida

Written by duniaherbahpa on Dec 1st, 2009 | Filed under: Info Terkini HPA, Koperasi HPA

PENUTUPAN SEMENTARA PELABURAN BARU & TAMBAHAN SYER KOWAHIDA KEPADA SEMUA ANGGOTA KOPERASI WAHIDA HPA BHD, PENGURUSAN ZON AL WAHIDA MARKETING SDN. BHD. dan SEMUA CAWANGAN AL WAHIDA MARKETING SDN.BHD.

Berkuatkuasa pada 1 Disember 2009 sehingga 31 Disember 2009 semua urusan berkaitan:

i ) Pendaftaran keanggotaan Koperasi Wahida HPA Berhad ( pelaburan baru )
ii ) Penambahan pelaburan

• Adalah ditutup sementara waktu bagi tujuan pengurusan audit. Segala informasi berkaitan pelaburan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu, diharapkan pihak cawangan dapat memaklumkan kepada semua anggota dan memberikan kerjasama berhubung dengan perkara di atas. Kerjasama dan perhatian yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.

  • Share/Bookmark
Tags: , ,

Tambah Saham Koperasi HPA Secara Online

Written by duniaherbahpa on Nov 2nd, 2009 | Filed under: Info Terkini HPA, Koperasi HPA

Kemudahan Untuk Langgan Atau Tambah Syer

Anggota Lembaga (ALK) Koperasi Wahida HPA Berhad telah memutuskan dalam mesyuarat ke8/09 pada 30hb September, 2009 yang lalu iaitu:

1-Anggota KoWahida boleh melanggan syer baru atau tambahan syer dengan online ke dalam akaun Koperasi Wahida HPA Berhad melalui bank yang disenaraikan di bawah ini berkuatkuasa serta merta.

BANK ISLAM – 090 100100 46316
MAYBANK –
5590 12306 051
CIMB –
090 100001 10108

Setelah ANDA bank-in [online] duit untuk tujuan langgan syer baru atau tambah syer; langkah seterusnya adalah:

- fotostat resit bank-in [untuk simpanan ANDA]
- serahkan resit asal kepada Pengurus Cawangan HPA atau pembantunya bersama borang keahlian atau borang tambah syer yang telah diisi dengan lengkap.
[sertakan salinan kad pengenalan untuk permohonan baru]

Mulai 01hb Oktober, 2009 pengurus dan kakitangan cawangan HPA tidak dibenarkan menerima apa-apa bentuk bayaran tunai untuk tujuan melanggan syer baru atau syer tambahan dari mana-mana anggota KoWahida; mereka hanya akan menguruskan penghantaran salinan resit on-line dari anggota KoWahida ke Ibu Pejabat Koperasi Wahida HPA Berhad untuk pengesahan pembayaran.

SYARAT-SYARAT UNTUK MENJADI ANGGOTA KOWAHIDA:

1-Warganegara,
2-Berumur 18 tahun ke atas,
3-Pekerja HPA atau ahli Al Wahida Marketing Sdn Bhd (ahli HPA),
4-Bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi KoWahida.

MODAL SYER per INDIVIDU [Undang-undang kecil #55]

1-Fi (yuran) masuk sebanyak RM10.00,
2-Syer minima RM200.00 [tidak boleh dikeluarkan kecuali selepas keanggotaan anggota itu tamat],
3-Syer maksima RM100,000 [Ditetapkan oleh ALK dalam mesyuarat ALK ke 8/09].

TAMAT KEANGGOTAAN [Undang-undang kecil #20]

Keanggotaan seseorang anggota terhenti atas sebab-sebab di bawah ini, mengikut mana yang berkenaan:

1-mati, atau
2-menarik diri mengikut undang-undang kecil 21; atau
3-dibuang mengikut undang-undang kecil 22.

UNDANG-UNDANG KECIL #21

21(1) – Seseorang anggota boleh menarik diri daripada Koperasi ini dengan memberi notis bertulis dua belas (12) bulan terlebih dahulu kepada Lembaga. Atas sebab-sebab yang munasabah, Lembaga boleh membenarkan penarikan diri dalam masa yang singkat.

Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Wahida Berhad Sesi 2009-2010

  • Share/Bookmark
Tags: , , ,