Tag Archives: khasiat mengkudu

Membongkar Khasiat Daun Mengkudu

Mengkudu – Daunnya Juga Ada Khasiat

KETIKA orang tua-tua mengamalkan pemakanan buah mengkudu sebagai makanan kesihatan, ramai tidak mengetahui daunnya juga mempunyai fungsi perubatan yang tinggi sebagai bahan atau sebatian antioksida.

Sebatian antioksida yang dikenal pasti itu dikatakan dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser, penyakit berkaitan jantung, diabetes dan penuaan. Justeru pengambilan antioksida dalam diet dapat mengurangkan risiko berkenaan.

Menurut penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Azizah Abdul Hamid, kajian mengenai khasiat daun mengkudu dijalankan sejak lima tahun lalu dan kini ia dalam proses prakomersial.

“Saya memberi fokus kepada daun mengkudu matang tetapi tidak terlalu tua yang melalui proses pengekstrakan bagi menghasilkan daun mengkudu dalam bentuk serbuk.

“Apabila melalui kajian saintifik mendalam serta konsentrasi yang tinggi, ia didapati mengandungi sebatian catechin tinggi yang dapat merencatkan proses pengoksidaan dalam badan,” katanya ketika ditemui di UPM baru-baru ini.

Penghasilan sebatian berkenaan, menurut Azizah adalah melalui beberapa proses bermula dengan pengumpulan daun-daun mengkudu yang sesuai, pembersihan dan pengeringan menggunakan ketuhar pada suhu kira-kira 40 darjah Celsius sebelum dijadikan bahan serbuk dan dibungkus.

“Keunikan produk ini adalah ia halal, melalui proses penyediaan hijau pada suhu rendah, sesuai untuk pemakan sayur serta mempunyai kebaikan kesihatan yang tinggi.

AZIZAH menunjukkan hasil produk penyelidikan yang dilakukan bersama kumpulan saintis UPM. 

“Kebanyakan masalah produk makanan tambahan dalam pasaran adalah status halal yang diragui, tidak mempunyai kesan kebaikan kesihatan yang dibuktikan melalui kajian saintifik serta kuantiti pengambilan yang tidak standard,” katanya.

Melalui kajian saintifik

Sementara itu menurut Azizah, bagi melihat keberkesanan sebatian daripada ekstrak daun mengkudu berkenaan, ia telah dicuba ke atas tikus dan sel manusia.

“Proses ini antara lain bagi memastikan ia tidak mengandungi bahan toksik. Walaupun buah mengkudu sudah menjadi makanan kesihatan sejak bertahun-tahun tetapi ia tidak pernah melalui kajian saintifik.

“Setelah melalui kajian santifik, barulah ia dapat dibuktikan dan dikomersialkan kerana mempunyai perakuan khasiat perubatan,” jelas beliau.
Menurut Azizah, proses pengekstrakan adalah bagi memencilkan sebatian daun mengkudu supaya dapat diambil sebagai makanan tambahan yang tidak menjejaskan rasa asli makanan tetapi mempunyai kebaikan kesihatan yang tinggi.
“Serbuk daun mengkudu dapat ditambahkan dalam makanan biasa dan menjadikannya sebagai makanan fungsi yang dapat menghalang pembentukan penyakit-penyakit kronik.
“Ini kerana, kajian saintifik turut mendapati pesakit yang menghidapi penyakit seperti jantung, kanser dan diabetes mempunyai kandungan toksik yang tinggi di dalam badan mereka,” katanya.
PENYELIDIKAN UPM mendapati khasiat mengkudu bukan sahaja pada buahnya tetapi juga daun yang matang.  

Azizah memberitahu, kajian yang mendapat geran daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu mempunyai kebaikan berganda kerana ia adalah daripada bahan semula jadi dan bukan sintetik.

“Proses pengekstrakan yang dilakukan juga menggunakan kaedah mesra alam kerana kami tidak menggunakan bahan pelarut yang tinggi sebaliknya karbon dioksida untuk tujuan pemencilan.

“Proses penghasilan dan bahan makanan berfungsi yang menggunakan daun mengkudu ini juga telah dipatenkan oleh Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC). Ia belum pernah ada dalam pasaran,” jelas beliau.

Oleh ROSMALINA ABD. KADIR
rosmalina.kadir@kosmo.com.my

Organik Mengkudu keluaran HPA

HPA menggunakan mengkudu hasil dari tanaman secara organik bagi memastikan nilai perubatan yang maksimum kepada para pengamal produk tersebut.

Untuk masalah susah tidur malam, buah yang terbaik dalam penelitian ahli-ahli herba ialah mengkudu kerana mengkudu akan menyebabkan pengeluaran hormon melatonin yang diperlukan bagi mendapatkan tidur berkualiti.

Komposisi (75 Kapsul per botol) :
Morinda Citrifolia

Dos :
Amalkan 2 kapsul pada pagi dan 2 kapsul pada malam.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 24
Sabah & Sarawak: RM 26

Klik Disini Untuk Membuat Tempahan