DuniaHerbaHPA.com

HPA Online | Berita HPA Dalam 1 Blog

DuniaHerbaHPA.com

Blog ini dibangunkan bertujuan untuk berkongsi informasi dan maklumat terkini berhubung perniagaan dan produk HPA. Selain itu, ia juga adalah untuk menambah lebih ramai lagi rangkaian usahawan HPA tidak kira dimana jua anda berada. Kami adalah pengedar HPA dan blog ini ialah blog peribadi kumpulan kami. Ia bukan laman web rasmi syarikat HPA.

Kantor Pusat HPA Indonesia

Written by duniaherbahpa on Mar 15th, 2010 | Filed under: Info Terkini HPA

Kejayaan HPA di Malaysia nampaknya turut sama diikuti oleh negara jiran, Indonesia. Baru-baru ini pihak HPA Indonesia telah berjaya membuka pejabat baru. Berikut adalah berita penuh yang dipetik dari blog Pengarah Urusan dan GM Alwahida:

Sejak pengambilan pengurusan 100% (sudah 9 bulan) bisnis MLM HPA yang suatu masa dulu dilihat tidak berupaya berkembang subur kini telah menjadi tumpuan massa. AWMIT tidak mengambil masa yang lama untuk belajar dari pengurusan lama tetapi dilihat bergerak pantas dengan menubuhkan cawangan/cabang baru yang hingga kini berjumlah 15 cawangan berbeza dengan dahulu 2 cawangan sahaja dalam tempoh 10 tahun berniaga.

Perkembangan ini tidak berhenti di situ sahaja malah AWMIT mampu menyewa kantor baru yang lebih selesa di tingkat 8, Menara Salemba.

Penjualan juga terus meningkat memburu target 14 m dengan segera dan purata PBC yang diadakan sebanyak 75 kali sebulan di seluruh Indonesia. Situasi ini hanya akan ujud apabila ada kesefahaman antara anggota/ahli dengan pengurusan AWMIT.

Pak Multi dan Pak Yuliadi yang menjadi tunggak pegerakan tidak henti-henti memberikan semangat dengan bantuan penuh encik Abdul Ghani Saad yang dilantik khas sebagai GM Indonesia. Indonesia dan Borneo juga diletakkan di bawah pemantauan khas GM AWM(en Fisol)

Semoga Peniagaan HPA di bumi Indonesia akan menjadi pemangkin pembangunan ekonomi setempat dan menguatkan jaringan bisnis muslim di rantau ini. InsyaAllah.

Kepada Pengedar yang ingin menghubungi HPA Indonesia, mohon ke alamat seperti berikut:

PT AWMIT
Gedung Menara Salemba Jl Salemba Raya No 5
Lantai 8, Jakarta Pusat.
No Telp: +622139842950
No Fax : +622139842951
email: awmit@hpa-it.com

Website: http://www.hpa-it.com

  • Share/Bookmark
Tags: ,

MILAD HPA Indonesia 2010

Written by duniaherbahpa on Dec 5th, 2009 | Filed under: Info Terkini HPA, Konvek HPA

poster_milad2009

Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Di Malaysia, acara Konvensyen & Konvokesyen HPA dipanggil KONVEK. Majlis iniĀ  adalah majlis penyampaian anugerah tahunan HPA bagi meraikan pengedar yang berjaya. Di Indonesia, acara begini diberi nama MILAD. Kali ini MILAD HPA Indonesia akan berlangsung pada 30 Januari 2010. Maklumat lengkap:

Tarikh: 30 Jan 2010
Jam: 8.00 pagi hingga 3.00 petang
Lokasi: Jakarta Convention Centre, Jakarta

Berita dari blog Pengarah Urusan HPA:

Milad HPA Indonesia akan diadakan pada 30 Januari 2010 di Jakarta Convention Centre dan dijangka kehadiran melebihi 5000 orang. Mereka yang ingin bersama rombongan HPA Malaysia bolehlah membuat tempahan tiket melalui HPA Ilham Holiday segera.

Pihak kami akan menguruskan semua keperluan seperti makan dan tempat tinggal di sana nanti.

Untuk keterangan lanjut, hubungi dengan HPA Ilham Holiday (013 -4389727 – Puan Roszaitun) segera. http://hpa.com.my/ilham

Berita dari blog GM Alwahida:

Kepada mereka yang menerima insentif ke Indonesia, surat memaklumkan akan dihantar pada tuan/puan dalam waktu terdekat.

Kepada mereka yang lain yang ingin turut serta sila hubungi HPA Ilham Holiday untuk tempahan tiket dan perjalanan pada no tel 044482717.

Perjalanan dijangka bermula pada 29hb Jan dan perjalanan akan meliputi Jakarta, Punchak dan Bandung dan akan berakhir pada 2hb feb 2010.

  • Share/Bookmark
Tags: , ,