DuniaHerbaHPA.com

HPA Online | Berita HPA Dalam 1 Blog

DuniaHerbaHPA.com

Blog ini dibangunkan bertujuan untuk berkongsi informasi dan maklumat terkini berhubung perniagaan dan produk HPA. Selain itu, ia juga adalah untuk menambah lebih ramai lagi rangkaian usahawan HPA tidak kira dimana jua anda berada. Kami adalah pengedar HPA dan blog ini ialah blog peribadi kumpulan kami. Ia bukan laman web rasmi syarikat HPA.

Strategi Pintar: HPA Halal Mart

Written by duniaherbahpa on May 6th, 2010 | Filed under: HPA Dalam Media, HPA Halal Mart

Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Oleh Zainuddin Zain

Harian Metro, Ruangan Bisnes, 3 Mei 2010

HPA Industries Sdn Bhd (HPA), syarikat jualan langsung milik penuh Bumiputera yang terkenal dengan produk jenama Radix, menyasar mewujudkan lebih 300 cawangan jualan di seluruh negara menjelang 2015.

Pada masa ini, HPA mempunyai 155 cawangan di seluruh negara dengan yang terbaru di (more…)

  • Share/Bookmark
Tags: , , , , , , , , ,

RFC Akan Dibuka Di Indonesia

Written by duniaherbahpa on Mar 5th, 2010 | Filed under: HPA Dalam Media, Info Terkini HPA, Radix Fried Chicken

Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Harian Metro, 24 Februari 2010: RFC Dibuka Di Indonesia

HPA Industries Sdn Bhd, syarikat jualan langsung (MLM) milik penuh Bumiputera terbesar di negara ini yang terkenal dengan produk jenama Radix, yakin 2010 akan menjadi tahun kebangkitannya di Indonesia dengan pembukaan lebih banyak cawangan di republik itu.
Selain itu, kejayaan menjalin usaha sama dengan sebuah pesantren di Bandung untuk projek ladang ternakan ayam organik dan jagung untuk makanan ternakan itu akan merealisasikan pembukaan pertama restoran Radix Fried Chicken (RFC) di Indonesia.

RFC yang terkenal dengan menu ayam organik dan rempah berherba tanpa bahan kimia kini dibuka di Alor Setar selain Lagenda Heights dan Bandar Laguna di Sungai Petani, Kedah.

Restoran makanan segera itu juga dibuka di Melaka dan Kluang, Johor manakala cawangan lain yang akan menyusul dalam tempoh terdekat ialah Shah Alam, Selangor.

Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad, berkata sejak bertapak di Indonesia 10 tahun lalu, 2009 menjadi tahun paling berjaya bagi HPA yang kini diiktiraf sebagai MLM Syariah.

Oleh Zainuddin Zain
zainuddin@hmetro.com.my

  • Share/Bookmark
Tags: , , , , , ,

RCH Sasar 50 Cawangan

Written by duniaherbahpa on Nov 8th, 2009 | Filed under: HPA Dalam Media, Info Terkini HPA, Radix Chicken House

rch

Klik pada gambar untuk besarkan saiz

Berita dari Harian Metro, Khamis, 5 November 2009.

RCH sasar 50 cawangan

Oleh Zainuddin Zain
zainuddin@hmetro.com.my

RADIX Chicken House (RCH) meletakkan sasaran memiliki 50 cawangan di seluruh negara menjelang akhir 2010 yang sekali gus membuka kira-kira 1,000 peluang pekerjaan kepada anak tempatan.

Pengurus Besar Al-Wahida Marketing Sdn Bhd (AWM) yang juga Pengurus RCH, Mohd Faisol Abdul Rahman, berkata sejak cawangan pertama dibuka di Jelempok, Arau, Perlis, RCH kini sudah mempunyai tiga cawangan.

Menurutnya, dua cawangan terbaru RCH ialah di Kangar, Perlis dan Alor Star, Kedah dengan tiga lagi cawangan akan dibuka dalam tempoh terdekat, masing-masing di Kluang, Johor; Ipoh, Perak dan Kota Bahru, Kelantan.

Katanya, cawangan Kluang akan dibuka pertengahan bulan ini manakala Ipoh dan Kota Bharu dijangka Disember dan Januari depan.

RCH adalah rangkaian restoran bawah HPA Industries Sdn Bhd (HPA) selain Radix Fried Chicken (RFC), Radix Oriental Cuisine (ROC), Radix Pizza House (RPH) dan Radix Bakery House (RBH) manakala AWM pula adalah syarikat bertanggungjawab terhadap pemasaran produk HPA.

“RFC berkonsep restoran makanan segera, ROC adalah masakan Cina, RPH pizza dan masakan Barat manakala RBH produk bakeri. Tetapi, RCH lebih berkonsep restoran makanan dengan hidangan,” katanya.

  • Share/Bookmark
Tags: , ,

HPA Berhasrat Buka 100 RFC

Written by duniaherbahpa on Oct 14th, 2009 | Filed under: HPA Dalam Media, Info Terkini HPA, Radix Chicken House, Radix Fried Chicken

Berita ini dipetik dari akhbar Harian Metro, 13 oktober 2009 (Selasa).

HPA Industries Sdn Bhd (HPA) mensasarkan tersenarai dalam syarikat ‘kelab bilionair’ setanding korporat gergasi negara ini dalam tempoh lima tahun akan datang dengan sebahagian besar pendapatan disumbang menerusi jualan langsung (MLM) dan rangkaian restoran makanan segeranya.

Syarikat milik penuh Bumiputera terbesar di negara ini dan yang pertama diiktiraf sebagai MLM Syariah (MLMS) itu terkenal dengan produk makanan dan minuman kesihatan jenama Radix seperti Kopi Radix dan Radix Koko.

Pada masa ini produk keluaran syarikat itu Radix Fried Chicken (RFC) dan Radix Chicken House (RCH) mencetus fenomena baru dalam industri restoran makanan apabila menyajikan makanan organik, halal, suci dan berkualiti.

Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad, berkata ketika ini, jualan syarikat berada sekitar RM15 juta sebulan dan mensasarkan memperbanyakkan lagi keluaran dalam rangkaian MLMnya yang kini berjumlah lebih 150 produk untuk melonjakkan lagi jualan syarikat.

“Kami memperkenalkan banyak produk makanan baru seperti Radix mi kuning, sosej dan sate organik, makanan dalam tin, pelbagai jenis sos dan banyak lagi barangan yang disasarkan untuk kegunaan harian yang terjamin halal dan suci, sekali gus menjadi kekuatan syarikat.

“Pada masa sama, kami juga mensasarkan untuk membuka 100 RFC di seluruh negara yang mana apabila ia tercapai akan melonjakkan jualan kepada RM100 juta sebulan, sekali gus menjadikan HPA antara MLM yang mempunyai jualan melebihi RM1 bilion setahun di negara ini,” katanya sempena Konvek HPA 2009 di Serdang, Selangor, baru-baru ini.

Konvek diadakan bagi meraikan pengedar terbaik MLM berkenaan yang menerima pelbagai insentif daripada wang tunai hingga pakej pelancongan ke Sepanyol, Australia, Indonesia dan pakej haji serta umrah.

Dalam Konvek HPA 2009, Hafidzan Fauzi dinobatkan sebagai Pengedar Lelaki Terbaik Tahun (DOTY) 2009 manakala Zaharah Mat Zain DOTY 2009 Wanita.

Sementara itu, Ismail berkata, selain RFC yang dibuka di Sungai Petani dan satu di Alor Setar, semuanya di Kedah, beberapa RFC lagi dalam pembinaan dan dijangka beroperasi dalam tempoh terdekat di Melaka, Kluang, Johor dan Perlis.

Katanya, usaha juga sedang dijalankan untuk membuka RFC di Makkah dan berharap ia dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat.

Menurutnya, lagi rangkaian restoran makanan segera milik HPA iaitu RCH turut mendapat sambutan luar biasa sebaik dibuka di Kodiang, Kedah menyebabkan beberapa lagi cawangan RCH kini dibuka seperti di Kangar, Perlis dan Alor Setar.

“Antara makanan disediakan di RCH ialah ayam golek, ayam panggang, ayam goreng RFC, sate organik, nasi ayam, aiskrim Toyibbah (keluaran HPA), nasi itik, jagung bakar, jagung cup, pop corn dan semua jenis minuman HPA,” katanya.

Berita berkaitan Radix Chicken House:

Restoran Radix Chicken House (RCH) di Jelempok

RCH kini akan melakukan suatu perubahan luar biasa. Selain dari menu sedia ada, RCH akan memperkenalkan menu sihat seperti berikut:

1. Pembukaan seawal jam 7.00 pagi: Bermula 1hb Nov 2009 kecuali di Jelempok. RCH akan menyediakan menu sarapan seperti nasi lemak, Kopi o, Teh Tarik Radix, Radix Spring Roll(Popia Ayam Organik), Organic Chiken Ball dan pelbagai lagi menu menarik akan menyusul.

2. Makan tengah hari mulai jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang: Menyediakan pelbagai makanan seperti Sup Ayam Organik, Mee Ayam, Nasi Ayam pelbagai cita rasa dan beberapa makanan tradisional.

3. Makan petang dan malam: Organic Chickenchop.
Menu lain termasuk Ice Blended, Float, Mocca, Burger dan Sosej Ayam dsb akan menyusul dari masa kesemasa.

Sumber: Blog GMalwahida.blogspot.com

Restoran Radix Chicken House (RCH) di Jelempok

rch-kangar-perlis

Restoran Radix Chicken House (RCH) di Kangar, Perlis

  • Share/Bookmark
Tags: , , ,

HPA City RM100 juta di Shah Alam

Written by duniaherbahpa on Aug 22nd, 2009 | Filed under: HPA City, HPA Dalam Media, Info Terkini HPA

HPA City RM100 juta di Shah Alam

HPA Industries Sdn Bhd (HPA), syarikat jualan langsung (MLM) Bumiputera yang terkenal dengan produk kopi Radix, merancang menjadikan Shah Alam sebagai bandar HPA City dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Pengurus Besar Al Wahida Marketing Sdn Bhd (milik HPA), Mohd Faisol Abd Rahman, berkata pembangunan yang membabitkan nilai pembangunan kasar RM100 juta untuk fasa pertama itu akan bermula menjelang akhir tahun ini secara berperingkat mengikut fasa.

Beliau berkata, ketika ini, HPA City berpusat di Kedah mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan merangkumi pelbagai bidang antaranya Radix Fried Chicken (RFC), Hotel El Zehra Inn, HPA Ilham Holiday, Radix Bakery House, Thoharah Dobi dan Jawi Herb Shop.

Katanya, Shah Alam akan menjadi HPA City kedua selepas Kedah dan langkah itu bertujuan mengembangkan lagi perniagaannya, sekali gus sebagai batu lonjatan ke persada antarabangsa.

“Ketika ini HPA menembusi pasaran Indonesia dan bakal menerokai Timur Tengah dalam masa terdekat serta menjadikan Asia Tenggara sebagai sasaran utama.

“Langkah menjadikan Shah Alam sebagai HPA City secara langsung dapat mengukuhkan lagi perniagaan kami di kawasan Lembah Klang yang akan memudahkan pelanggan mengakses serta mengenali produk kami,” katanya kepada Bisnes Metro pada majlis pelancaran Kad VIP HPA dan perasmian kios HPA pertama di hotel iaitu di Hotel De Palma, Ampang, Selangor, semalam.

Kad VIP HPA adalah kad istimewa untuk ahli HPA seluruh negara yang dicatatkan mempunyai lebih 550,000 ahli termasuk pengedar.

Mengulas lanjut, Mohd Faisol berkata, pihaknya mensasarkan untuk memperoleh jualan mencecah RM25 juta pada 2010 dengan disokong rancangan syarikat untuk membuka kiosk seumpama ini di pelbagai lokasi seperti di hotel, masjid, pusat beli-belah dan bangunan kerajaan serta korporat seluruh negara.

Sumber: Harian Metro, 21 Ogos 2009

  • Share/Bookmark
Tags: , , , , , , ,