DuniaHerbaHPA.com

HPA Online | Berita HPA Dalam 1 Blog

DuniaHerbaHPA.com

Blog ini dibangunkan bertujuan untuk berkongsi informasi dan maklumat terkini berhubung perniagaan dan produk HPA. Selain itu, ia juga adalah untuk menambah lebih ramai lagi rangkaian usahawan HPA tidak kira dimana jua anda berada. Kami adalah pengedar HPA dan blog ini ialah blog peribadi kumpulan kami. Ia bukan laman web rasmi syarikat HPA.

Koperasi HPA Umum Dividen 14%

Written by duniaherbahpa on Jun 27th, 2009 | Filed under: HPA Dalam Media, Info Terkini HPA, Koperasi HPA

koop-hpa-umum-dividen-14

Sila klik pada gambar untuk besarkan

Dividen 14 peratus

Oleh Zainuddin Zain

zainuddin@hmetro.com.my

KOPERASI Wahida HPA atau KoHPA, koperasi ditubuhkan syarikat jualan langsung (MLM) milik penuh Bumiputera terbesar di negara ini, HPA Industries Sdn Bhd (HPA) sejak tiga tahun lalu, mengumumkan dividen sebanyak 14 peratus kepada pelaburnya bagi tahun modal saham berakhir 30 Jun 2008.

Dividen empat peratus lebih tinggi berbanding tahun modal saham berakhir 30 Jun 2007 itu diumumkan ketika Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali ke-3 pada 20 Jun lalu di Hotel De Palma Ampang, Selangor.

Mesyuarat dihadiri lebih 90 perwakilan dari setiap zon iaitu Utara, Timur, Selatan, Tengah, Borneo dan staf HPA dengan dirasmikan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Perlis, La’anain Jamil.

Pengumuman berkenaan dibuat Pengerusi KoHPA, Mohd Faisol Abdul Rahman, yang turut mengumumkan koperasi berkenaan mencatatkan keuntungan lebih RM1 juta bagi tahun kewangan berkenaan hasil daripada pelaburan dalam perniagaan Kopi Radix dan ayam organik yang dikeluarkan HPA.

Beliau yang juga Pengurus Besar Al-Wahida Marketing (AWM) Malaysia dan Indonesia iaitu unit bertanggungjawab terhadap pemasaran dan jualan produk di dalam HPA berkata, KoHPA akan meneruskan pelaburan di dalam industri yang dirasakan selamat tetapi mampu mencatatkan keuntungan besar di dalam HPA.

“Antara Laporan Projek 2010 terhadap unjuran keuntungan yang bakal diperoleh KoHPA ialah melalui pelaburan dalam Kopi Radix kerana terbukti kopi adunan daripada tujuh jenis herba keluaran HPA ini adalah kopi segera terlaris di Malaysia dan kini turut popular di Indonesia menerusi program `Groom Big’ yang dilancarkan HPA di Indonesia.

“Kita juga akan melabur dalam beberapa projek besar HPA seperti ayam organik, makanan ayam, Radix Fried Chicken (RFC) dan skim Takaful,” katanya.

Sumber: Harian Metro

  • Share/Save/Bookmark
Tags: , , ,

Mesyuarat Agung Koperasi Wahida HPA Berhad Kali Ke-3

Written by duniaherbahpa on Jun 23rd, 2009 | Filed under: Info Terkini HPA, Koperasi HPA

Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali ke-3 Koperasi Wahida HPA Berhad, 20 Jun 2009

Alhamdulillah.. Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali ke-3 Koperasi Wahida HPA Berhad bertempat di Hotel De Palma Ampang pada 20 Jun yang lalu berjalan dengan cukup baik di mana seramai 63 daripada 70 orang perwakilan hadir ke mesyuarat tersebut. Perwakilan yang hadir adalah terdiri daripada anggota-anggota Koperasi Wahida HPA Bhd seluruh Malaysia yang dibahagikan bagi wakil-wakil zon masing-masing.

Mesyuarat telah di rasmikan oleh En La’anain bin Hj Jamil selaku Pengarah SKM Negeri Perlis, En La’anain dalam ucapan beliau menyatakan bahawa KoWAHIDA adalah dalam senarai koperasi terbaik di Negeri Perlis dan menjangkakan bahawa koperasi ini dilihat sebagai sebuah koperasi yang cukup tinggi potensinya.

KoWAHIDA berjaya mencatat keuntungan pada tahun berakhir 2008 sebanyak tiga kali ganda berbanding pada tahun sebelumnya iaitu hampir 1 juta ringgit keuntungan. Bajet 2010 yang dibentangkan oleh Lembaga pada kali ini pula menjangkakan keuntungan sebanyak 5 juta ringgit bakal diperolehi pada tahun berakhir 2010.

Pengerusi, En Mohamad Faisol Bin Abdul Rahman dalam ucapan beliau memberi keyakinan kepada anggota bahawa koperasi akan merangka lebih banyak projek-projek besar bagi menjana lebih pendapatan serta dapat memberi keuntungan yang lebih baik kepada anggota insyaAllah.

Mesyuarat telah pun mengisytiharkan dividen sebanyak 14% bagi modal saham berakhir 2008 kepada anggota dan barisan baru ALK juga telah di lantik. Barisan baru Ahli Lembaga ini diberi harapan dan kepercayaan penuh oleh anggota bagi menggerakan koperasi ke arah cita-cita besar anggota dan salah satunya adalah koperasi menuju ke arah pembentukan sebuah perbankan Islam.

AHLI LEMBAGA KOPERASI SESI 2009/2010

1-Mohammad Faisol bin Abd Rahman (Pengerusi)
2-Azizan bin Ahmad (Setiausaha)
3-Mohd Rosli bin Abu Bakar (Bendahari)
4-Hafidzan bin Faudzi
5-Ismail bin Othman
6-Fisal bin Ahmad Tajuddin
7-Abdul Ghani bin Hussein
8-Khalid bin Iskri
9-Ramly bin Ahmad
10-Zambri bin Othman
11-Rashidah bt Abd Rahim
12-Siti Zawiah bt Abd Rahman
13-Zaharah bt Yusoff
14-Nor Bee bt Ramli
15-Norhaida bt Ramli

Sumber: http://kowahida.blogspot.com/

Berita Berkaitan:

Koperasi Wahida Sah Keluarkan Dividen 14% dan InsyaAllah 20% Pada Tahun Hadapan

Salam pada seluruh warga HPA, khususnya para ahli Koperasi Wahida Berhad. Kali pertama kita telah mengisytiharkan dividen 10%. Dalam Mesyuarat Agung kali kedua baru-baru ini kita telah mencadangkan sejumlah 14% dan insyallah akan di sahkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia(SKM). Saya mensasarkan tahun hadapan dengan plan membesarkan projek sedia ada dan projek baru, insyallah mampu mencecah sehingga 20%.

Diantara projek baru yang akan dilaksanakan adalah:

1. Pembukaan beberapa RFC di Lembah Klang.
2. Usahasama dengan Halalgel
3. Usahasama mengembangkan perniagaan HPA dengan para Pengedar HPA. (Jual beli produk dalam jangkawaktu tertentu dengan jaminan bonus). LANGKAH AWAL MISSI BANK WAHIDA.
4. Pengembangan projek Insuran berasaskan Takaful.

Sumber: http://gmalwahida.blogspot.com/

  • Share/Save/Bookmark
Tags: , ,