Program HPA Bulan Disember 2008

Kuliah Perubatan Jawi (KPJ)
Caw. Sungai Petani (13/12/08)
Caw. Shahab perdana (14/12/08)

Tarikh: 18/12/08 (Khamis)
Lokasi: KL International Hotel
Jam 8.30 Malam - 11 Malam

Masuk PERCUMA!

SIJIL HERBALIS MUDA

Tarikh: 15/12/08 hingga 22/12/08
Yuran: RM200.00 sahaja

Jika berminat, sila Bank In ke BIMB “El-Zahraa Sdn Bhd” No.Ac: 02020010049441. Tulis Atas Slip (Nama/Alamat/ID-HPA/No.Tel) Fax kepada: 044419254, Tel: 04-4419094

Kursus ini akan diadakan bermula pada 15/12/08 di Sungai Petani Kedah selama seminggu. Terbuka hanya kepada anak ahli HPA dan bilangan yang diterima adalah terhad iaitu 50 orang sahaja. Tempahan mestilah berserta dengan resit pembayaran.
Kos kursus sebanyak RM 200 dan hanya kepada mereka yang berumur 12 tahun keatas (lelaki) sahaja.

Tujuan kursus ini adalah untuk melahirkan generasi muda yang akan meneruskan Perubatan Jawi kelak. Antara subjek yang akan diterapkan ialah:

1. Pembinaan sahsiah dan ilmu adap
2. Herbalogi
3. Wirid dan Rukyah mengikut kaedah nabi
4. Berbekam
5. Seni bela-diri teknik JKD
6. Jungle trekking.
7. Hafalan Surah
9. Berenang - sungai Tupah.
10. Memanah - kemungkinan ada.
11. Berkuda - kemungkinan ada.

Mereka yang berminat boleh menghubungi saudara Haris 0195749717.

SIJIL HERBALIS

Tarikh: 11/12/08 – 31/12/08
Lokasi: Dewan HPA Sg. Petani, Kedah (Pertukaran Tempat)

Daftar Segera di Cawangan HPA, Hanya RM2500.00 untuk penginapan, makan dan nota. Jika berminat, sila Bank In ke BIMB “El-Zahraa Sdn Bhd” No. Acc: 02020010049441
. Tulis Atas Slip (Nama/Alamat/ID-HPA/No.Tel) Fax kepada: 044419254 Tel: 04-4419094.

Program PIC Khas Untuk Agen Stok

Tarikh: 27 - 28 Dec 2008
Lokasi: Cawangan HPA Sg.Petani
*Dibuka kepada Agen Stok yang belum ikuti

Popularity: 14% [?]

Program Menarik HPA Penghujung 2008

===========================
PROGRAM BULAN OKTOBER 2008
===========================

Kuliah Perubatan Jawi (KPJ)

14 Oktober 08 (Selasa) - Alor Setar (Shahab Perdana)
15 Oktober 08 (Rabu) - Sg. Petani
18 Oktober 08 (Sabtu) - Kuantan
19 Oktober 08 (Ahad) - Terengganu
30 Oktober 08 (Khamis) - KL International Hotel

PEGAWAI BERTUGAS: EN.FUZAIL (013-9976763)

*KPJ ialah Kuliah Bulanan yang dianjurkan secara PERCUMA untuk semua ahli HPA. Antara topik kuliah ialah perubatan herba, product knowledge dan berita-berita terkini HPA. Disampaikan oleh Pengarah Urusan HPA.

—————————-

PROGRAM PERKONGSIAN ILMU CEMERLANG (PIC)

Tarikh: 25-26 Oktober 2008 (Sabtu & Ahad)
Lokasi: RFC Sg. Petani
Bayaran: RM 200 sahaja

PEGAWAI BERTUGAS: CIK AZIRA MAMAT, H/P: 019–4548727

Apakah Program PIC? Rujuk maklumat lanjut disini: http://duniaherbahpa.com/2007/program-perkongsian-ilmu-cemerlang/

===========================
PROGRAM BULAN NOVEMBER 2008
===========================

akupunktur.jpg

KURSUS INTENSIF AKUPUNTUR

LOKASI: SG.PETANI
TARIKH: 1 NOV - 30 NOV 2008
BAYARAN: RM 2500 sahaja

—————————

Kursus Kiropraktik Kali Kedua
Tarikh: 15 dan 16 Nov 2008
Lokasi: Dewan Fatimah Zahraa Kluang Johor
Bayaran: RM 200 sahaja

PEGAWAI BERTUGAS: CIK AZIRA MAMAT, H/P: 019–4548727

===========================
PROGRAM BULAN DISEMBER 2008
===========================

SIJIL HERBALIS KALI KE 15
TARIKH: 1 DEC - 25 DEC 2008
LOKASI: Dewan Fatimah Zahraa, Kluang, Johor
BAYARAN: RM2500 sahaja

PEGAWAI BERTUGAS: CIK AZIRA MAMAT, H/P: 019–4548727

Kepada yang berminat untuk sertai program-program ini, sila hubungi Pegawai Bertugas yang dinyatakan.

Popularity: 21% [?]

Program PIC Di Sg Petani

PROGRAM PIC DI SUNGAI PETANI KEDAH

Penyertaan terbuka kepada mereka yang ingin mendalami ilmu tentang produk-produk terbaru HPA yang berada dipasaran boleh mengikutinya dalam program PIC kali ini. Perbincangan herba bersekitarkan dengan produk baru dipasaran bagi memudahkan para pengedar membuat jualan. Hubungi bahagian Latihan segera kerana tempat dihadkan kepada 200 orang sahaja dengan bayaran RM200 sahaja. PEGAWAI BERTUGAS: CIK AZIRA MAMAT  (H/P: 019–4548727 atau 013-9299944)

Lokasi Program PIC: Dewan Omar Mukhtar, atas Restoran RFC Sg. Petani

TENTATIF PROGRAM P.I.C

25 OKTOBER 2008
==============
8.00 A.M - PENDAFTARAN

9.00 A.M - UCAPAN PEMBUKAAN MAJLIS DAN TAKLIMAT

(EN.JAFRI BIN ABU BAKAR)

9.30 A.M - SLOT “PERKEMBANGAN HPA MASA KINI”

( EN.JAFRI BIN ABU BAKAR)

11.15 A.M - SLOT “PBC SATU JALAN KEJAYAAN”

(EN.FAISOL BIN ABD RAHMAN)

1.30 P.M REHAT & SOLAT JEMAAH

3.00 P.M - SLOT KULIAH HERBA

7.00 P.M - SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH / KULIAH MAGHRIB

(UST.AHMAD ADNAN BIN HJ FAZIL- penal syariah HPA)

9.10 P.M - MAKAN MALAM

9.30 P.M - SLOT KULIAH HERBA

26 OKTOBER 2008
==============
*4.00 A.M - QIYAMULLAIL, SOLAT SUBUH & KULIAH SUBUH

(INILAH PEGANGAN KAMI)

7.00 A.M - RIADHAH

t’shirt riadhah ‘radix’>

7.30 A.M - SARAPAN PAGI

9.00 A.M - SLOT KULIAH HERBA

12.00 P.M - REHAT DAN SOLAT ZOHOR

02.15 P.M - SOALJAWAB.

4.30 P.M - UJIAN & PERBINCANGAN

5.00 P.M - MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL & DOA

PENUTUP

Popularity: 18% [?]

Kursus Kiropraktik Bersama HQ HPA

Kursus KIROPRATIK, Peserta akan di dedahkan dengan kaedah pembetulan tulang belakang (Teknik pengubatan Jawi) yang berkesan untuk disinergikan dengan penggunaan herba.

Kursus ini akan dikendalikan oleh KPJ (pembelajaran langsung dengan pengarah urusan HPA) selama 2 hari termasuklah dengan pelbagai penggunaan herba-herba HPA.

Pada  : 11 dan 12 Julai 2008,

Tempat: di Dewan Omar Mokhtar (atas RFC).

Pendaftaran : 8 pagi.

Bayaran : RM150.00 (Tempat tinggal tidak disediakan)

Bagi mereka yang datang dari jauh boleh membuat tempahan bilik-bilik homestay HPA dengan menghubungi terus pegawai yang bertugas.

Ust Samad (0194340717), Pn Sikin (0175515911)

Oleh kerana tempat yang terhad kami akan mengutamakan bagi tempahan berbayar sahaja.

Terimakasih

Web asal: http://hpa.com.my/hpanews/index.php?option=com_content&task=view&id=42&Itemid=1 

Popularity: 12% [?]

KPJ di KLIH 22 Jun 2008

KULIAH PERUBATAN JAWI (KPJ) AKAN DIADAKAN

PADA 22 JUN 2008,

9.00 MALAM - 11.00 MALAM,

BERTEMPAT DI KUALA LUMPUR INTERNATIONAL HOTEL ( KLIH ).

SIARAN SECARA LANGSUNG BOLEH DITONTON MELALUI WEBTV HPA.

MASUK PERCUMA, JOM HADIR BERAMAI-RAMAI.

Popularity: 12% [?]

Ilmu Diagnosis Penyakit Dalam Perubatan JAWI

1. Diagnos Saraf Tapak Tangan

2. Diagnos Anak Mata (Iridology)

3. Diagnos Lidah dan Denyutan Nadi

Popularity: 16% [?]

Ilmu Perawatan Dalam Perubatan JAWI

1. Bekam (Al-Hijamah)

2. Akupunktur

3. Kiropraktik (Rawatan Membetulkan Tulang Belakang)

4. Urut Refleksologi

5. Urutan Limfatik

6. Accupressure

Popularity: 21% [?]

Rukun Penyembuhan

RUKUN PENYEMBUHAN

Konsep Perubatan Jawi mempunyai beberapa rukun penyembuhan. Seorang pesakit perlu dibimbing untuk memenuhi semua rukun-rukun penyembuhan tersebut supaya mendapat hasil optimal dan khasiat herba yang diambil. Rukun Penyembuhan tersebut adalah:-

  1. Keyakinan
  2. Amalan yang berterusan
  3. Munculnya krisis penyembuhan (Healing Crisis)
  4. Dosis yang mencukupi.

1. KEYAKINAN (CONFIDENCE / BELIEVE)

Pertama kali, harus ditanamkan kepada pesakit mahupun perawat bahawa setiap penyakit itu pasti ada ubatnya dan ubatan herba yang diberikan kepadanya merupakan ubatan yang berkualiti. Keyakinan ini adalah sangat penting kerana ia merupakan pintu penyembuhan yang perlu dibuka terlebih dahulu. Keyakinan akan membangkitkan tenaga dalaman yang amat penting untuk membantu mengembalikan sistem imuniti. Pengambilan herba dalam keadaan yang tidak yakin akan membuahkan usaha yang sia-sia.

2. AMALAN BERTERUSAN (CONTINIOUS PRACTICE / CONSUMPTION)

Ertinya kita harus istiqomah dan sabar menantikan tubuh yang sedang menjalani proses penyembuhan melakukan pembaikan ke seluruh tubuh secara menyeluruh (total healing). Apabila kita menyedari bahawa sumber penyakit datang dari makanan harian yang mengandungi toksid (zat beracun), maka sudah semestinya pengambilan herba menjadi perkara rutin dalam kehidupan seharian. Penyakit timbul setelah sekian lama gangguan organ terjadi. Begitu juga ubat memerlukan tempoh atau waktu untuk menjalani proses pemulihan sel-sel yang telah rosak.

3. KRISIS PENYEMBUHAN

Krisis penyembuhan (healing crisis) adalah tanda-tanda yang menunjukkan herba sedang bekerja yang dikenali sebagai Direction of Cure (DOC). Beberapa DOC yang muncul akibat penggunaan herba antara lain:-

a)Bertambah keluar penyakit.
Seringkali kita menjumpai seseorang yang menggunakan herba mengalami healing crisis, dimana nampak semakin bertambah penyakit yang keluar, seperti perempuan yang mengalami keputihan, jerawat dan lain-lain.

b)Berpindah penyakit dari bahagian tertentu kepada bahagian yang lain.
Kita juga sering lihat perubahan beberapa penyakit seperti orang yang menderita asma setelah mengkonsumi herba mengalami gatal-gatal di kulit.

c)Terasa sakit di bahagian pinggang dan telapak kaki.
Sistem saraf yang mempengaruhi keadaan ini dimana rasa sakit akan terasa seolah-olah berpindah turun ke bawah terutama di sekitar pinggang dan langsung ke telapak kaki. Telapak kaki dihubungkan ke wilayah refleksi bagi perawatan seluruh tubuh.

d)Mengulangi sejarah kesakitan. Pengulangan simptom yang tidak disedari telah keluar di suatu masa dahulu.

4. DOSIS YANG MENCUKUPI

Penggunaan herba yang tepat haruslah disesuaikan dengan berat badan pesakit. Dalam hal ini perbandingannya adalah 10kg : 1 gm, ertinya setiap berat badan 10kg memerlukan 1 gram herba ubatan yang harus dikonsumi.

Ulasan: Oleh itu, ketahuilah bahawa sekiranya anda mengamalkan herba tetapi tidak berkesan, maka ia berpunca daripada anda sendiri yang tidak mematuhi peraturan-peraturan di atas. Kesemua rukun ini sangat penting untuk anda fahami sama ada anda seorang perawat atau pesakit.

Tambahan: Air kosong juga hendaklah diminum dengan banyak semasa mengambil herba iaitu sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari (>8 gelas). Sampaikanlah ilmu ini kepada mereka yang mengamalkan produk herba HPA khususnya.

Popularity: 14% [?]

Perubatan JAWI

Sejarah Perubatan JAWI

Perubatan JAWI telah diasaskan oleh Tn. Haji Ismail bin Haji Ahmad. Perkataan JAWI diambil bersempena nama tempat kelahiran beliau iaitu Jejawi, satu daerah yang terletak di negeri Perlis.

Tn. Haji Ismail bin haji Ahmad merupakan seorang graduan dari Universiti Pertanian Malaysia (kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia) dalam bidang Pertanian (Kajian Botanikal). Berbekalkan pengalaman bertahun-tahun dalam dunia perubatan herba, serta hasil lawatan, seminar, workshop serta kursus-kursus lainnya ke pelbagai negara, beliau telah berjaya mewujudkan satu kaedah perubatan yang dinamakan sebagai ‘Perubatan JAWI’.

Kejayaan kaedah perubatan ini telah diakui oleh ribuan pengguna yang pernah mencuba dan mengamalkan herba ini. Atas usaha untuk merealisasikan Perubatan JAWI ini, akhirnya lahirlah Institut Latihan Herba Al-Wahida yang lebih dikenali dengan nama INTIBAH.

Pengertian Perubatan JAWI

Perubatan JAWI ialah suatu sistem perubatan menyeluruh (holistik) yang menggabungkan 2 sumber utama iaitu sumber alamiah dan ilahiyah. Perubatan ini berlandaskan kepada keyakinan yang kuat bahawa hakikat penyembuhan yang sebenarnya berasal daripada Allah S.W.T yang bersifat Asy-Syafii (Maha Penyembuh) serta ketepatan (kemujaraban) penawar menjadi pegangan.

Perkataan JAWI merujuk kepada:

J : Jejawi: Nama sebuah daerah kecil di Perlis, tempat di mana perubatan ini dikembangkan.

A : Alamiah: Bererti perubatan ini menggunakan bahan-bahan alami atau semulajadi sebagai salah satu sumber perubatan herba.

W : Wathan: Beerti negeri atau tempatan dalam Bahasa Arab. Ini bermaksud perubatan ini menekankan penggunaan bahan-bahan alami (semulajadi) yang berasal dari dalam negeri di mana penyakit itu dijangkiti.

I : Ilahiyah: Bererti meletakkan unsur-unsur Ilahiyah (ketuhanan) sebagai sumber perubatan. Jadi, perubatan ini bersumberkan dari Al-Quran dan As-Sunnah.

hpa-hq-perlis-2.JPGkladang-hpa.JPG

Sumber Perubatan JAWI

Konsep Perubatan JAWI merupakan konsep perubatan yang mengetengahkan dua sumber utama iaitu Ilahiyah dan alamiah. Ia berdasarkan pada sabda Rasulullah S.A.W:

“Gunakanlah dua penyembuhan: madu dan Al-Quran” (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan al-Hakiem)

Ahli herba melihat bahawa madu sebagai suatu sumber alamiah dan Al-Quran sebagai sumber Ilahiyah

Ilahiyah bermaksud bahawa segala penyakit yang berlaku datangnya daripada Allah S.W.T dan Allah S.W.T jugalah yang sebenarnya yang menyembuhkan penyakit tersebut. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:

“Berubatlah kamu, kerana sesungguhnya Allah S.W.T yang menurunkan penyakit, Dia (Allah S.W.T) jualah yang menurunkan ubatnya.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Perawatan akan lebih berkesan apabila perawat sendiri mempunyai hubungan yang kuat dengan Allah S.W.T. Doa adalah intipati Perubatan JAWI, Tawakal merupakan Pelengkap, sementara Keberkesanan (kemujaraban) dan ilmu menjadi Asas Tindakan.

DOA –> ILMU –> TAWAKAL

Oleh yang demikian, sumber Ilahiyah memberi keyakinan bahawa hakikat penyembuhan itu dating daripada Allah S.W.T yang bersifat As-Syafi (Maha Penyembuh). Pesakit juga perlu didekatkan dengan Allah S.W.T melalui nasihat dan tuntutan beribadah serta menjauhi sifat-sifat mazmumah (tercela).

Alamiah ialah menggunakan semua sumber alam yang ada di atas muka bumi ini seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Kajian yang lebih luas kepada bahagian-bahagian tumbuhan seperti akar, batang, daun, kulit, buah, bunga dan bahagian tumbuhan yang lain.

Sumber alamiah menggunakan herba-herba yang terpilih mengikut disiplin herba yang teratur. Sejarah mencatatkan bahawa herba telah digunakan sebagai sumber perubatan sejak berabad-abad tahun yang lalu dan dianggarkan lebih dari 20,000 spesies herba telah digunakan di seluruh dunia.

Oleh yang demikian, konsep Perubatan JAWI ini sesuai dengan prinsip-prinsip perubatan dalam Islam iaitu:

1. Prinsip Keyakinan, iaitu yakin bahawa yang menyembuhkan adalah Allah S.W.T. Sehubungan dengan itu, dalam merawat pesakit, hendaklah dilakukan secara ihsan dan sesuai dengan syariat Islam (Al-Quran dan As-Sunnah).
2. Menggunakan ubat yang halal, thoyyib (baik) dan tidak sekali-kali menggunakan ubat-ubatan yang haram atau tercampur dengan bahan yang haram.
3. Prinsip perubatan yang tidak membawa mudharat. Perubatan itu tidak sekali-kali merosakkan tubuh, kecuali jika keadaannya sangat darurat dan tidak ada perubatan lain pada ketika itu.
4. Prinsip perubatan; tidak berbau tahyul, khurafat dan bid’ah.
5. Prinsip mencari yang lebih baik, berdasarkan kaedah Islam dan ilmu-ilmu perubatan.
6. Mengambil sebab melalui ikhtiar serta tawakal, juga selalu berikhtiar mencari yang terbaik.

SEBUAH KEJUJURAN…”SEKIRANYA ANDA MENDAPATI HERBA-HERBA KAMI BAIK & BERKESAN, HEBOHKANLAH UNTUK ORANG LAIN AGAR MEREKA SAMA -SAMA MENDAPAT KELEBIHANNYA & SEKIRANYA ANDA MENDAPATI TIDAK BERLAKU KESEMBUHAN, MAKA BERITAKAN KEPADA KAMI AGAR KAMI DAPAT MENCADANGKAN SESUATU YANG TERBAIK UNTUK ANDA”-TN HAJI ISMAIL BIN HAJI AHMAD, PENGARAH URUSAN I HPA INDUSTRIES SDN BHD

Ilmu Perawatan Dalam Perubatan JAWI

1. Bekam (Al-Hijamah)

2. Akupunktur

3. Kiropraktik (Rawatan Membetulkan Tulang Belakang)

4. Urut Refleksologi

5. Urutan Limfatik

Ilmu Diagnosis Penyakit Dalam Perubatan JAWI

1. Diagnos Saraf Tapak Tangan

2. Diagnos Anak Mata (Iridology)

3. Diagnos Lidah dan Denyutan Nadi

Nota: Semua kursus berkaitan dengan ilmu perawatan dan diagnosis penyakit akan dimaklumkan dari masa ke semasa melalui website ini. Hubungi Redza (019-3093956) untuk keterangan lanjut.

Popularity: 21% [?]