DuniaHerbaHPA.com

HPA Online | Berita HPA Dalam 1 Blog

DuniaHerbaHPA.com

Blog ini dibangunkan bertujuan untuk berkongsi informasi dan maklumat terkini berhubung perniagaan dan produk HPA. Selain itu, ia juga adalah untuk menambah lebih ramai lagi rangkaian usahawan HPA tidak kira dimana jua anda berada. Kami adalah pengedar HPA dan blog ini ialah blog peribadi kumpulan kami. Ia bukan laman web rasmi syarikat HPA.

Archive for the ‘Galeri HPA’ Category

Kiosk HPA Pertama Di Hotel & Pelancaran Kad VIP HPA

Written by duniaherbahpa on Aug 25th, 2009 | Filed under: Galeri HPA, Info Terkini HPA, Kad VIP, Kiosk HPA

Kiosk HPA Pertama Di Hotel De Palma Ampang



Khamis 20 Ogos, satu sejarah baru bagi HPA apabila kiosk pertama di hotel dapat dibuka dengan rasminya di ruang legar Hotel De Palma Ampang. Majlis perasmian yang dihadiri lebih 150 orang di dewan utama hotel tersebut telah dirasmikan oleh Pengurus Besar AWM En. Mohamad Faisol Abdul Rahman.

Kelihatan kiosk HPA berada dipenjuru pintu masuk di lobby hotel depalma Ampang

Hotel De Palma Ampang mengambil langkah terkehadapan daripada hotel-hotel yang lain bagi mengwujudkan sebuah hotel yang mengamalkan syariah. Kita tidak perlu risau untuk duduk menikmati makanan di kedua restorannya kerana kesemua produk disediakan telah dipastikan halal.

HPA juga mengucapkan terima kasih atas kepercayaan pihak hotel membenarkan pembukaan kiosk produk halal HPA di lobby. HPA juga menawarkan agar pihak hotel mendapatkan sumber halal daripada HPA seperti penggunaan ayam organik dan lain-lain produk HPA yang sangat sesuai bagi melengkapkan tujuan murni hotel De Palma Ampang.


Pelancaran Kad VIP HPA

KEISTIMEWAAN KAD VIP HPA

Pemegang kad layak berbelanja di setiap anak syarikat HPA terpilih tanpa mengeluarkan wang tunai

  • Pemegang kad diberi layanan VIP
  • Pemegang kad berpeluang mendapat diskaun 5%.
  • Kaedah bayaran melalui potongan bonus bulanan
  • Pengedar layak mendapat bonus melalui nilai mata seperti biasa dengan setiap perbelanjaan menggunakan HPA VIP CARD.

Kad VIP HPA diperkenalkan untuk keselesaan berbelanja di semua anak syarikat HPA tanpa menggunakan tunai. Antara anak syarikat HPA berikut menerima HPA VIP CARD:-

  • RADIX FRIED CHICKEN SDN BHD
  • RADIX ORIENTAL CUISINE
  • RADIX CHICKEN HOUSE
  • RADIX BAKERY HOUSE
  • EL ZAHRAA HOTEL
  • JAWI HOMESTAY
  • PUSAT PERABUT PJS
  • TOHARAH DOBI
  • HPA ILHAM HOLIDAY
  • HPA MULTIMEDIA SALES & SERVICES
  • JAWI HERB SHOP
  • HPA COLLECTION
  • HPA ORGANICS
  • MUTIARA HIKMAH (KEDAI BUKU & STATIONARY)

Sumber: http://jamalmajlis.blogspot.com/

  • Share/Save/Bookmark
Tags: , , ,

HPA Terima Anugerah Inovasi Jaya 2009

Written by duniaherbahpa on Jun 27th, 2009 | Filed under: Galeri HPA, Info Terkini HPA

award-hpa

award-hpa1

award-hpa2

award-hpa3

award-hpa4

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menganugerahkan HPA Anugerah Inovasi Jaya bersempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perlis Tahun 2009. Tahniah HPA!

  • Share/Save/Bookmark
Tags: , ,

RFC Kedua Kini Dibuka Dengan Rasminya Di Alor Setar

Written by duniaherbahpa on Feb 8th, 2009 | Filed under: Galeri HPA, Info Terkini HPA, Radix Fried Chicken

Pada 7 Februari 2009 yang lalu, telah berlangsung majlis perasmian Radix Fried Chicken (RFC) cawangan Alor Setar. Ini merupakan cawangan kedua dan lebih banyak cawangan akan menyusul selepas ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Azizan bin Abdul Razak. RFC kedua ini telah menggunakan warna oren pada keseluruhan bangunan restoran berbanding warna merah yang digunakan di Restoran RFC pertama di Sungai Petani.

Berikut ialah beberapa gambar suasana sekitar perasmian RFC kedua ini. Untuk melihat gambar yang lebih banyak, sila klik disini: http://www.flickr.com/photos/35205663@N06/

rfc-as

rfc-as2

rfc-as10

rfc-as4

rfc-as5

rfc-as3

rfc-as6

rfc-as7

rfc-as8

rfc-as9




  • Share/Save/Bookmark
Tags: , ,

Menu Radix Fried Chicken (RFC)

Written by duniaherbahpa on Jul 9th, 2008 | Filed under: Galeri HPA, Info Terkini HPA, Radix Fried Chicken

menu-rfc-v2.JPG

menu-rfc-v4.JPG

drinks-rfc.jpg

drinks-rfc-v4.JPG

Sila klik gambar kecil di atas untuk melihat dengan lebih jelas.

  • Share/Save/Bookmark
Tags: , ,

Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Sg Petani, Kedah

Written by duniaherbahpa on May 21st, 2008 | Filed under: Galeri HPA, Info Terkini HPA, Radix Fried Chicken

Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Cawangan Sg Petani:
Waktu Perniagaan RFC: 24 jam sehari. Dibuka setiap hari.

Alamat: Lot 95-97, Jalan Lagenda 1, Legenda Height, Sungai Petani, Kedah Darul Aman. No. Tel: 04-4254717. Emel: syedrfc@yahoo.com.my

Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Cawangan Alor Setar:
No. 20, Jalan Shahab Perdana, 05150 Alor Setar, Kedah. No tel: 04-7334717 / 047336717
Waktu Perniagaan RFC: 10 pagi – 11 malam.

rfc-as

rfc-as3

rfc-as4

Berminat dengan perniagaan franchise RFC? Sila rujuk artikel di bawah.

RFC satu altenatif.

Selain daripada KFC kini muncul pula RFC yang memberikan pilihan yang sangat menarik pada massa. Restoran yang dimiliki oleh HPA merupakan tonggak kebangkitan produk halal yang disokong oleh 400,000 orang ahli-ahlinya. Sesuatu yang menarik ialah sumber bekalan ayamnya di ambil daripada HPA farm yang telah bertungkus lumus menghasilkan ayam halal dipasaran.

Bermula daripada penyediaan makanan ayam yang halal, bebas dari penggunaan antibiotik, bebas dari penggunaan beta agonist (enzim penggemuk dari babi) dan sembelihan yang terjaga hukum hakamnya sampailah kita menyediakan makanan yang siap dimakan.

RFC menggunakan radix cola sendiri menggantikan coca-cola dan rempahan yang digunakan untuk menghasilkan ayam RFC juga diproses dengan resepi tersendiri. Chili sos, tomato sos dan Thai Sos juga dihasilkan di kilang HPA yang terletak di Jejawi Sematang Perlis.

Apa yang menarik ialah ahli-ahli yang makan di RFC akan diberi nilai mata (NM) sesuai dengan peniagaan MLM HPA. Manakala restoran RFC pula akan di “franchise” kepada ahli-ahli HPA yang berminat menerusi 1 pakej iaitu pakej RM 1.5 juta.

Menjelang tahun 2010 RFC berhasrat mempunyai 20 rangkaiannya diseluruh malaysia. InsyaAllah.

Mereka yang berminat boleh hubungi 013-5309717 (Hj Fisal) untuk pertanyaan lanjut.

Terima Kasih kepada semua ahli HPA.

Sumber: http://jawiherbshop.blogspot.com/2008/05/rfc-satu-altenatif.html

=================================

Perkongsian Bijak RFC (PBR)

Sudah sampai masanya kami mempelawa mereka yang mempunyai modal dan berminat untuk membuka RFC dalam peluang PBR di empat lokasi iaitu :-
1. Perlis
2. Alor Setar
2. Pulau Pinang
3. kelantan
4. Terengganu.

Syarat awal yang diperlukan ialah:
1. Modal RM1.5 juta (minimum) bergantung pada keluasan tempat.
2. Mempunyai tempat yang stategik
3. Menjadi ahli HPA lebih dari 3 bulan dll.

Tempat-tempat yang lain masih belum dibuka lagi.

==================================

Sistem Mudharabah dalam peniagaan RFC

Kepada semua mereka yang berminat untuk membuat pelaburan dalam RFC, disini diberikan syarat awal pelaksanaan Mudharabah RFC.

1. Ahli HPA dan mengikuti PBC
2. Pelaburan bernilai RM 1.5 juta ringgit
3. Keuntungan 50/50
4. Tempoh perjanjian 5 tahun dan modal dikembalikan selepas 5 tahun.
5. Pelaburan semula bergantung kepada penilaian baru.
6. Lokasi mestilah dengan kelulusan RFC
7. Keuntungan dibayar pada setiap bulan
8. Pelabur tidak mempunyai hak dalam pentadbiran
9. Pelabur tidak mempunyai hak menghalang pembinaan cawangan-cawangan baru
10. Untung dan rugi ditanggung bersama
11. Anggaran keuntungan antara 18% – 25% setahun
12. Pemberian keuntungan bermula pada bulan operasi
13. RFC mengambil tempoh 3 hingga 5 bulan bagi menyiapkan sesuatu cawangan.
14. Jika keuntungan 18 % (pelabur akan mendapat RM900,000.00 / 5 tahun- anggaran )

Pihak yang berminat boleh menguhubungi 04-4483716 (En Suhairi atau Ust Samad) atau 013-5309717 (Hj Fisal)

  • Share/Save/Bookmark
Tags: ,