Jom Tukar & Amal

Kami ingin mengajak semua ahli HPA sekalian dan juga yang bukan ahli HPA khususnya umat Islam untuk sama-sama beralih menggunakan produk SUCI & HALAL HPA dalam setiap produk asas harian di rumah anda. Apa yg perlu anda lakukan hanyalah menukar produk kegunaan harian di rumah anda kepada produk jenama HPA.

Kenapa perlu berbuat demikian? Kerana sebagai umat Islam kita wajib mencari produk yg suci dan halal. Apatah lagi produk HPA dihasilkan oleh syarikat bumiputra Muslim.

Adakah anda yakin produk yang anda gunakan sekarang ini suci dari bahan-bahan yang meragukan? Atas sebab itu anda harus melakukannya dengan niat untuk membawa produk suci dan halal ini ke dalam rumah. Disamping itu, bagi ahli HPA pula dalam masa yang sama anda akan dapat mengumpul Nilai Mata (NM) dan berpeluang menikmati bonus daripada HPA.

Apa produk HPA yang anda boleh cuba dan tukarkan?

Di sini disenaraikan antara produk kegunaan harian yang anda boleh tukarkan kepada produk HPA.

Air minuman: Air Mineral HPA
Ayam: Ayam Organik HPA
Baja:
Baja Organik HPA
Bedak:
Bedak Talkum Lelaki, Wanita dan Bayi
Beras:
Beras Perang Organik
Berus Gigi:
Berus Gigi Kasturi
Biskut: Biskut Radix, Biskut Coklat Radix
Cecair Pencuci Tangan: Orange Wash
Cecair pencuci: Wahdah
Daging: Daging Kambing, Lembu Organik HPA
Fish Cake, Ball, Nugget, Burger: Fish Cake, Ball, Nugget, Burger HPA
Kelengkapan Umrah dan Haji: Produk Omrahaj HPA
Kopi: Kopi Radix, Kopi O Radix (menggantikan Nescafe, kopi)
Kordial minuman: Kordial Roselle/Pegaga/Kurma/Mangga/Kundur
Kosmetik: Centella White
Milo:
Radix Koko
Minuman Berkarbonat:
Radix Cola, Radix Sarsi, Radix Oren, Ice Cream Soda Radix
Minuman bijirin: Cereal Radix (menggantikan nestum, quaker oat)
Minyak rambut: Tonik Pandan /Tea Tree Oil Cream/Minyak Zaitun
Minyak urut: Minyak But-but
Perapi rambut: Hair Conditioner HPA
Perencah:
Perencah Alami
Sabun mandi:
Sabun Safron/Susu kambing/Pegaga/Cassia/Whitening/Men 2 in 1/Cucumber Bath Gel
Sabun pencuci baju: Freesia Plus
Sos: Sos Cili, Tomato, Thai HPA
Syampu rambut: Syampu Betik/ Pandan Kasturi/Pegaga/Aromaterapi
Teh: Teh Herba/Teh Asiatica Plus/ Teh Tropika/Teh Manjakani
Ubat batuk:
Madulia
Ubat gigi:
Ubat gigi herba HPA, Amal

Kami yakin, sudah pasti produk-produk yang kami senaraikan di atas adalah produk yang sering anda gunakan setiap hari. Akan datang akan ada lebih banyak lagi produk HPA berbentuk kegunaan harian yang akan dikeluarkan.

Oleh itu, jangan berlengah lagi…Mari Bersama Kami menggunakan produk SUCI & HALAL HPA ini.

Buat ahli HPA, jadilah pengguna setia produk HPA…
Buat mereka yang belum menjadi ahli HPA, sertai kami segera untuk merasai kehebatan produk HPA dan berpeluang menjadi usahawan produk Halal yang berjaya…
Buat umat Islam, marilah bersama kami menggunakan produk HPA ini, kalau bukan anda, siapa lagi yang akan menyokong produk umat Islam ini!

Popularity: 35% [?]

Pautan Web Berguna Untuk Rujukan

Pautan Web Berguna Untuk Rujukan Dan Panduan Anda:

  • Ingin menerima rawatan dan berubat dengan Tuan Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA, klik link dibawah: http://www.hpa.com.my/jhs

Popularity: 34% [?]

Daftar Ahli Baru

Cara mendaftar ahli baru HPA secara offline:

  • Dapatkan kit niaga HPA di mana2 cawangan, stokis HPA dengan harga RM 30 sahaja. Borang pendaftaran ahli HPA ada di dalam kit.
  • Bakal ahli hendaklah melengkapkan borang pendaftaran ahli HPA. Tulis nama anda (penaja) di bahagian penajaan beserta no ahli HPA (kod penaja) anda pada borang keahlian bakal tajaan anda. Tulis no ic di kod penaja jika anda belum mendapat no ahli HPA.
  • Simpan salinan borang (kertas kuning) utk anda dan tajaan anda (kertas merah). Yang lain serahkan kpd cawangan/stokis HPA. Mereka akan submit kepada pihak HQ HPA.
  • Maklumkan kepada Admin setelah anda selesai menyerahkan borang ahli. Sila emel NAMA, NO IC, EMEL dan NO TELEFON downline anda ke muhamadredza@gmail.com . Kami perlukannya untuk rekod kami.

Popularity: 9% [?]

Perihal Bonus HPA

Sedikit info mengenai BONUS BULANAN dari HPA…

Anda layak memperolehi bonus bulanan dengan syarat membuat belian minima 50 Nilai Mata (NM) dalam satu-satu bulan. 50 NM bersamaan dengan RM 100++.

Bentuk2 pemberian bonus:

1. Cek dalaman (seperti voucher):

Utk bonus kurang dari RM 50. Anda boleh tukarnya dgn membeli produk HPA di stokis atau cawangan HPA. Tidak boleh di tunaikan kpd wang.

2. Cek Bank Islam:

Utk bonus melebihi RM 50. Anda juga boleh tukarnya dgn membeli produk HPA di stokis /cawangan HPA atau menunaikan cek tersebut kpd wang tunai di Bank islam.

3. Bonus di bank in ke akaun Bank Islam:

Tidak kira berapa nilai bonus anda, ianya akan di bank in terus ke akaun secara online. Anda perlu mempunyai akaun Bank Islam dan mengisinya ke dlm borang pendaftaran ahli HPA atau boleh juga isi borang khas yg boleh didapati di cawangan HPA.

Pilihlah mana yang anda rasa sesuai. Surat Penyata Bonus tetap dipos kepada anda walaupun anda memilih utk terima bonus secara online.

Anda digalakkan utk membuat belian 100 NM setiap bulan. Kenapa? Ini kerana bagi ahli yg belum berpangkat dan berpangkat pertama (Pengurus Melati, PLX), anda layak menerima BONUS PEMBELIAN STABIL (BPS) sekiranya anda membuat belian 100NM selama 3 BULAN BERTURUT-TURUT.

BPS adalah sebanyak 5% drpd perkongsian keuntungan syarikat. Anggaran BPS adalah RM25-40 dan ianya bergantung kepada jumlah jualan bulanan syarikat. Jika anda ter ‘miss’ utk beli 100NM pada mana2 bulan, anda kena mengulanginya semula.

Popularity: 12% [?]

Panduan Untuk Bermula

BAGAIMANA NAK BERMULA? RINGKASAN GERAK KERJA:

1. DAFTAR AHLI HPA

Daftar di web www.duniaherba.net, upgrade kepada VIP dengan bayaran RM 30 + (kos penghantaran kit niaga HPA) ke akaun Admin. Pendaftaran ahli HPA akan diuruskan oleh Admin.

2. TERIMA KIT NIAGA HPA

Admin akan pos kit niaga HPA. Pastikan segala dokumen/katalog di terima.

3. KENALPASTI CAWANGAN/STOKIS HPA

Semak senarai cawangan HPA dan senarai stokis HPA dalam kit/web HPA. Kami galakkan anda utk beli sendiri produk HPA di cwgn/stokis HPA. Hubungi Admin jika tiada maklumat stokis di tempat anda.

4. BELI & GUNA PRODUK HPA

Anda sudah boleh beli produk HPA dengan harga ahli. Tunjukkan kad sementara/kad ahli HPA semasa beli brg. Simpan setiap invois belian untuk mengetahui jumlah NM semasa anda. Boleh juga beli secara online (pos) melalui Admin atau HQ HPA.

5. KUMPUL 50 NM / 100 NM

Setiap produk HPA mempunyai Nilai Mata (NM) tertentu. Anda perlu mengumpul sekurang-kurangnya 50 NM iaitu belian minima yang disyaratkan utk melayakkan anda menerima bonus bulanan dari HPA. Digalakkan buat belian 100 NM untuk mendapatkan Bonus Pembelian Stabil.

6. TUKAR JENAMA PRODUK HARIAN

Cara mudah untuk kumpul point (NM), tukar jenama produk kegunaan harian di rumah kepada produk HPA. Dijamin suci dan halal. Rujuk disini untuk tips dan panduan.

7. PROMOSI WEB REPLIKA

Anda akan menerima web replika sendiri menggunakan nama userid anda. Contohnya, www.duniaherba.net/useridanda. Promosi dan iklankan web replika anda ini. Gunakan bantuan teknik promosi web dan banner promosi yang kami sediakan di Download Area.

8. FOLLOW UP DOWNLINE

Follow up downline/prospek yg mendaftar percuma di bawah anda dan ajak mereka menjadi ahli VIP (beritahu mereka kelebihan menjadi ahli VIP). Hubungi Admin jika anda perlukan bantuan penerangan.

9. DAFTAR UNTUK DOWNLINE

Apabila downline baru (VIP) telah join dibawah anda melalui web, Admin akan menguruskan penghantaran kit niaga HPA dan pendaftaran keahlian HPA mereka. Jika anda ingin daftarkan mereka sendiri secara offline, rujuk caranya disini.

10. DOWNLOAD NOTA

Download semua nota penerangan dan bahan-bahan lain dalam web DuniaHerba.net pada Download Area untuk rujukan.

11. BONUS BULANAN

Bonus bulanan HPA akan diurus dan dihantar oleh HQ HPA. Bonus HPA diberi mulai 24 - 31 hb setiap bulan. Bentuk bonus HPA.

12. HADIR PROGRAM PBC

Sertai program PBC selama 2 hari 1 malam utk dapatkan ilmu dan teknik menjalankan perniagaan HPA dgn cara yg betul dan berkesan. Yuran PBC hanya RM 180. Bonus dan pangkat anda akan meningkat dengan cepat. Anda juga berpeluang menjana pendapatan 5 angka melalui program ini.

13. HADIR PROGRAM HPA YANG LAIN

Sertai program HPA spt kelas mingguan di cawangan, product knowledge, Program Perkongsian Ilmu Cemerlang (PIC), Kuliah Perubatan JAWI (KPJ), kursus perawatan dll untuk menambah pengetahuan dan kemahiran. Rujuk program bulanan HPA.

14. TAMBAH ILMU DENGAN MEMBACA

Blog Pengasas HPA:

http://jawimedherb.blogspot.com/

http://jawiherbshop.blogspot.com/

HPA News:

http://hpa.com.my/hpanews/

15. BANTUAN DARI ADMIN

Hubungi Admin jika ada pertanyaan/kemusykilan tentang produk/perniagaan/web.

16. DUPLIKASI

Lakukan duplikasi untuk semua gerak kerja di atas. Sarankan downline agar mengikut gerak kerja anda ini. InsyaAllah, selepas itu, anda akan menerima bonus yg lumayan dan berterusan. MURAH, MUDAH, LUMAYAN, BERTERUSAN!

Popularity: 12% [?]

Bagaimana Sistem Autodownline Ini Berfungsi?

Bagaimana Sistem Autodownline Ini Berfungsi?

(Sistem ini merujuk kepada web www.duniaherba.net)

Sistem Autodownline kami membolehkan anda semua mendapatkan downline atau prospek secara online dengan lebih cepat, mudah dan berkesan.

Apabila anda mendaftar percuma di web DuniaHerba.net, dan kemudiannya upgrade ke VIP dengan bayaran RM 35 ke akaun kami, anda sudah menjadi ahli HPA yg sah dan memiliki laman web replika percuma dengan nama user anda sendiri. Contoh: www.duniaherba.net/user_id_anda .

Sistem autodownline ini berfungsi apabila sesiapa yang klik web replika anda tadi dan kemudian mendaftar percuma, maka mereka itu akan secara automatik menjadi bakal downline anda. Mereka masih bukan downline anda yang sah sehinggalah mereka upgrade ke VIP dengan bayaran RM 35 ke akaun kami.

Anda akan menerima satu EMEL spt ini: “Tahniah! Anda Mendapat Downline Baru ”. Emel ini juga disertakan sekali NAMA, NO TEL dan EMEL bakal downline anda.

Follow up! Anda perlu follow up bakal downline anda yg telah mendaftar percuma tadi agar mereka juga upgrade kepada VIP seperti anda. Kini, tugas anda adalah untuk menghubungi mereka dan menyarankan mereka agar upgrade ke VIP jika mereka berminat dan serius untuk menjadi ahli HPA.

Anda boleh melihat Senarai Downline anda setelah anda login ke web DuniaHerba.net. Sila klik “Senarai Downline” di bahagian kanan web.

  1. Lajur downline berwarna KELABU bermaksud downline anda hanya mendaftar PERCUMA dan belum menjadi ahli HPA.
  1. Lajur downline berwarna HIJAU bermaksud downline anda adalah ahli VIP (berbayar) dan sah menjadi ahli HPA dibawah tajaan anda.

Anda perlu promosi web replica anda dengan userid anda. Contoh: www.duniaherba.net/user_id_anda . Jika tiada userid diletakkan, (maknanya www.duniaherba.net sahaja), pengguna akan direct diletakkan di bawah ADMIN (maknanya penaja adalah ADMIN).

Anda semua dinasihatkan agar menyusun downline anda dengan 6 orang sahaja di level pertama. Orang yg ke 7 hingga ke 36 dinasihatkan agar diletakkan di level KEDUA. Maklumkan kepada ADMIN tentang perkara ini. Kami akan mengubah susunan downline anda.

Ringkasan Cadangan Susunan Downline:

LEVEL 1: 6

LEVEL 2: 36

LEVEL 3: 216

LEVEL 4: 1296

Popularity: 21% [?]

Panduan Untuk Pengguna DuniaHerba.net

Panduan Untuk Pengguna DuniaHerba.net

1. Daftar PERCUMA di www.duniaherba.net/register.asp . Anda akan menerima emel daripada Admin sekiranya pendaftaran berjaya dilakukan.

2. Sila login semula setelah mendaftar menggunakan userid dan password anda.

3. Sila kemaskini maklumat peribadi anda untuk memudahkan kami memproses urusan pendaftaran keahlian HPA. Klik pada ‘Maklumat Anda’ dan kemudian klik ‘Kemaskini Maklumat Peribadi Anda’.

4. Untuk upgrade kepada VIP, sila lakukan bayaran RM 35 ke akaun Admin. Kemudian sila login ke dalam web dan klik pada bahagian ‘Pembayaran’ dan isi maklumat pembayaran anda.

5. Ahli VIP akan dapat akses ke bahagian ‘Download Area’ dan boleh mendownload ebook dan nota-nota yang kami letakkan di sini.

6. Ruangan ‘Hantar Emel’ diwujudkan untuk membolehkan anda mempromosi web replika anda menerusi emel. Hanya perlu masukkan seberapa banyak emel yang anda mahu dan boleh juga letakkan mesej yang relevan.

7. Ruangan ‘Daftar Member’ pula adalah untuk membolehkan anda mendaftar sendiri ahli HPA yang sedia ada di bawah anda. Maklumkan kepada Admin untuk mengupgrade keahlian rakan anda tadi kepada VIP jika mereka adalah ahli HPA yang sah di bawah anda.

8. ‘Senarai Downline’ membolehkan anda melihat senarai downline anda yang telah mendaftar secara percuma atau VIP. Latar berwarna kelabu bermakna downline itu adalah ahli percuma dan latar berwarna hijau adalah ahli VIP.

9. Di ruangan ‘Banner Promosi’, kami memuatkan 3 jenis banner pelbagai saiz setakat ini sebagai bahan promosi online anda. Sila copy skrip html yang tertera di bawah setiap banner dan paste kan ke blog atau mana-mana web yang anda ingin iklankan.

10. Sila klik ‘Logout’ untuk keluar dari web. Web telah di set “AUTO LOGOUT” selepas beberapa minit jika anda tidak menggunakannya.

Popularity: 21% [?]

Keahlian DuniaHerba.net

1) Keahlian DuniaHerba.net terbahagi kepada dua iaitu KEAHLIAN PERCUMA dan VIP.

2) KEAHLIAN PERCUMA bermaksud anda menyertai DuniaHerba.net secara percuma dan tidak upgrade keahlian anda dengan modal berbayar. Ia juga belum mengesahkan lagi anda menjadi ahli HPA secara rasmi. Kami tidak benarkan anda untuk melakukan penajaan secara online selagi anda belum upgrade kepada keahlian VIP.

3) KEAHLIAN VIP ialah pendaftaran berbayar (RM 35 sahaja) dan secara rasminya anda menjadi ahli HPA melalui rangkaian kami. Untuk upgrade kepada VIP, sila lakukan bayaran sebanyak RM 35 sahaja ke mana-mana akaun kami. RM 30 adalah yuran keahlian HPA seumur hidup. RM 5 adalah kos penghantaran kit niaga HPA. Sila login ke dalam web dan klik pada bahagian Pembayaran dan isi maklumat yang berkaitan selepas bayaran dibuat.

4) Keahlian akan diupgrade kepada VIP setelah bayaran diterima. Pihak kami akan pos kit niaga HPA kepada anda. Kit niaga HPA mengandungi:

a) Borang pendaftaran ahli HPA
b) Katalog produk HPA
c) Buku plan pemasaran
d) Senarai cawangan dan stokis HPA seluruh Malaysia
e) Salinan sijil HALAL JAKIM, sijil AJL
f) Senarai Harga dan Nilai Mata Produk HPA

PERHATIAN! Kepada yang sudah menjadi ahli HPA dengan rangkaian lain, keahlian anda dihadkan secara percuma sahaja. Anda tidak boleh menggunakan web ini untuk melakukan penajaan secara online. Setiap tindak tanduk anda akan dipantau oleh ADMIN. Jika ianya berlaku, akaun anda akan digantung atau ditutup terus.

Kelonggaran akan diberikan kepada mereka yang ingin mendaftar semula keahlian HPA di bawah penaja baru melalui mana-mana ahli HPA (akaun VIP) rangkaian DuniaHerba.net. Sila rujuk Syarat Penajaan Semula di link ini: http://hpa.com.my/penajaan%20semula.php

Popularity: 23% [?]