Herba Tuju Angin

Herba Tuju Angin dihasilkan oleh tumbuhan yang mujarab untuk masuk angin serta melancarkan pembuangan air besar, sehingga badan terasa ringan. Herba ini merupakan makanan kesihatan yang baik untuk tua mahupun muda, baik lelaki atau perempuan. Ia dapat mengatasi masalah angin seperti :

1. Angin Duduk: cepat penat, terasa mual

2. Angin Darah: emosi dan cepat marah

3. Angin Sendi: sakit-sakit badan, lemas, kesemutan dan terasa ditusuk-tusuk pada kaki dan tangan.

Herba Tuju Angin juga baik untuk mengubati migrain, gejalanya sakit kepala sebelah, tiba-tiba pusing. Selain itu, ia baik untuk mengatasi masalah gastrik seperti perut kembung, terasa kenyang sebelum makan.

Manfaat herba ini:

1. Mengatasi perut kembung

2. Menghilangkan rheumatik

3. Mengatasi migrain

4. Sebagai ubat gastrik

5. Menghilangkan kesemutan pada hujung jari

7. Hilang selera makan

Sebahagian maklumat produk ini telah dikeluarkan daripada web atas sebab-sebab yang tidak dapat dinyatakan.  Sila lawati laman web rasmi HPA untuk maklumat lain atau hubungi admin web dan para pengedar HPA.

Komposisi (75 Kapsul per botol) :

1. Cinnamomum Iners

2. Vitex Pubescens

3. Micromelium Pubescens

4. Morinda Eliptica

Dos :
Malam 2 kapsul dan 1 kapsul untuk pagi.

Harga Pasaran
Semenanjung Malaysia: RM 34.00
Sabah & Sarawak: RM 36.00

 

Artikel Berkaitan Herba Tuju Angin Tulisan Tuan Haji Ismail bin Ahmad, Pengarah Urusan HPA

Tablet kalsium

Sumber kalsium yang terbaik adalah daripada tumbuh-tumbuhan terutama pada tumbuh-tumbuhan yang berakar tunjang.

Mari kita buat satu kajian siapakah yang lebih cepat terkesan antara pengguna calsium tablet dengan pengguna herba tuju angin HPA. Masalah kehausan tulang dan lendir tidak dapat diatasi dengan tablet kalsium tetapi boleh diatasi dengan Herba Tuju Angin (HTA). HTA mempunyai kalsium, magnesium dan zink dan pelbagai mineral lain yang wujud dalam bentuk mineral surih.

InsyaAllah kenapa kita tidak memberikan kepada ibu-ibu kita dengan HTA?.

112 thoughts on “Herba Tuju Angin”

  1. saya telah mencuba herba tuju angin kerana terlalu banyak angin di badan saya….sakit di dada kanan kiri, perut dan alhamdullillah ada perubahan….pada mulanya saya ingat hanya banyak buang angin (kentot) tetapi pada malam pertama saya makan saya tak dapat tidur kerana terpaksa bangun untuk kerap ke tandas….mungkin segala toksin lama2 dalam perut dicuci dan di buang. Insyallah segala masalah migrain, angin akan hilang.

  2. saya student unvrsti….kerap mengalami masuk angin kat perut..kdg2 muke selalu pucat….
    mcm xselesa je selalu…. adkh herba tuju angin benar2 sesuai

  3. KESAKSIAN: Luar biasa khasiat HTA ini. Saya sudah 2 bulan minum tiap hari. Tubuh semakin lama semakin kuat. Tidak pernah lagi masuk angin. Makan jadi lahap. Emosi terkendali. Detak jantung normal. Alhamdulillah ya Allah Engkau menunjukkanku obat yang manjur dan halal. Jawa Tengah Indonesia

  4. assalamualaikum.

    saya telah melahirkan anak pada january lepas ( csection ). saya ada membeli set bersalin hpa, tapi tak makan cuz baby mengidap jaundis, kejap naik, kejap turun. so doc tak benarkan makan any herbal tea apa pun, memula saya minum jugak, but bb tak baik-baik, so saya stop semua ubat.

    sekarang baby dah ok tapi masalahnya saya risau sebab saya tidak mengamalkan apa apa ubat ataupun mengurut. Perut pun macam kembung je.. saya ada membeli stoma k dan tuju angin. adakah itu akan dapat mengatasi masalah perut kembung dan membuang angin dalam badan?

    dan ada apa-apa lain ke yang boleh saya amalkan?

    1. wasalam..kalau suriyana ada gastrik,kenelah isi perot dulu baru mkn tuju angin..kalau tak de gastrik,leh mkn tuju angin dulu,baru isi perot..walau bagaimanapun,sebaik baiknya biarlah herba diserap dulu pada badan sebelum mengambil sebarang makanan..kat botol tu hanyalah syarat daripada k.k.m shj..

  5. salam,
    sy nor dr. penang. Berkenaan masalah angin dlm badan. Baru2 ni kwan sepejabat mengalami angin yg. byk dlm. badan. Mcm2 ubat2an dimkn tp masih x berhasil.

    Unt. pengetahuan en/puan, kwan sy berumur 49 thn (lelaki). Ketinggian beliau ialah 5′ 3″. Unt. pengetahuan en/puan, kwan sy tiada masaalah gastrik….

    Pertanyaan sy. adakah cara amalan pemakanan herba HPA yg sebenarnya mengikut berat badan dan ketinggian seseorang individu.
    Sekian Terima Kasih…

  6. saya ingin kongsi pengalaman.saya pernah alami sakit atau lengoh pinggang yg terok.sakit tak terperi.sakit macam nak putus pinggang.semua tak kena .duduk atau baring serba tak selesa.panas dengan tungku panas pun tak lega.dulu dulu saya ambil ubat urat di kedai cina.lega tapi bahaya sebab ubat kimia.tapi sekarang saya amal tuju angin dan kopi radix.saya tak risau lagi.ubat sudah ku temui.hidup makin bahagia.sakit pinggang tak beri masaalah lagi.penawar sudah ada.alhamdullah.

  7. saya Ros berusia 33 tahun dan mengalami masalah bintat-bintat(gegata/semut bota)di badan ,tangan secara tiba-tiba..kadang-kadang tak semena-mena naik….ia merunsingkan saya. Dan saya tak pasti punca masalah ini..jadi sesiapa yang pernah mengalami masalah seperti saya dan dapat berkongsi bagaimana cara nak mengatasinya.Adakah tuju angin ini boleh mengatasinya?

  8. salam…
    saya ingin bertanya,saya mengamalkan memakan produk paramaria plus dan juga herba tuju angin.akan tetapi,semasa dlm keadaan haid,saya tidak memakan produk-produk tersebut krn atku akan kesan sampingan.Sebenarnye,blh kah produk ini di mkn ketika waktu tersebut. harap dpt penerangan.
    terima kaseh.

  9. sdri yana…

    setahu saya, paramaria & hta boleh diambil ketika haid. Cuma wanita hamil tidak perlu ambil paramaria

  10. kadang-kadang saya terasa sakit dibahagian kiri seperti dicucuk-cucuk dan bila diurut bahagian itu saya akan sendawa dan tulang rusuk saya juga terasa sakit. bila diurut sakit itu seperti merebak ke tempat lain. apakah puncanya itu?

  11. saya nak tahu, apakah produk hpa yg paling sesuaia untuk sakit gastrik/pedih buluh hati? harap sy dapat jawapan segera? terima kasih…

  12. saya mengalami kesukaran bernafas yang mgkin puncanya datang dari perut dan adakalanya mcm nak sesak nafas. 2 bln lps penah emergency antar hspital sbb sesak nafas. doktor bg ubat gastrik jer. sy ni kdg2 penat tp kdg2 tiba2 hilang pastu pnat blk., bila tarik nafas yg full rasa terhimpit kat perut & dada..kat hspital HKL dah masuk kamera ikut mulut, buat ecg, buat ultrasound, test darah (3x dah) dan buat endoskopik. doctor ckp normal cuma dia kata prut merah skit…usus besar xbuat test tp pembuangan sy setiap pg ok. dah berubat ngan ramai ustaz tak hilang juga, dah berbekam, dh mkn ubat homopati, dah urut 1 bdn, dah urut saraf kt tkg urut saraf, mkn madu, habbatussawda, telur aym kg, minyak gamat dan mcm2 lagi tp sakit mcm tu juga..jd ada apa2 HPA boleh beri saranan untuk menyembuhkan sakit sy ini.

  13. to sallehuddin:
    saya pun mengalami masalah yang sama. Jika saudara sudah menjumpai penawar/ubatnya, sila maklumkan kepada saya. sama2 kita ikhtiar dan memohon kepada Allah swt.
    insyaAllah

  14. en zam,
    senergi yg sesuai untuk masalah gastrik ialah:

    SET GASTRIK
    1. TEH HERBA RM16
    2. MINYAK BUT-BUT RM8
    3. HERBA TUJUH ANGIN RM16
    4. SPIRULINA RM24
    5. KOPI RADIX RM13
    TOTAL RM77 (harga ahli)

  15. Salam

    Saya ingin bertanya mengenai herba tuju angin ini. Bolehkah ibu hamil mengambil herba ini? Tidak adakah kesan sampingan?

    Saya mengalami masalah angin yang agak teruk. Pada mulanya doktor mengatakan gastrik yg ada kaitan dgn angin juga, apabila berjumpa dgn doktor yg lain, beliau mengatakan angin dalam badan (dispepsia). Masalah ini terlalu mengganggu kehidupan harian saya, kadang2 saya rasa seperti hendak pengsan kerana angin telah naik ke kepala dan menyerang seluruh badan saya. Doktor mencadangkan saya mengamalkan jeli gamat untuk memulihkan semula luka2 dalam perut malangnya kulit saya mengalami alahan pada kulit pula (gatal2). Walaupun saya menjaga makan masalah ini tetap ada.

    Adakah herba tuju angin ini sesuai untuk penyakit yg saya hadapi?

  16. Puan,

    Cuba ambil set untuk kehamilan:

    SET WANITA HAMIL
    1. EVERGREEN
    2. MALAC
    3. HERBA TUJUH ANGIN
    4. SPIRULINA
    5. MEGA-3 KAPSUL
    6. TEH HERBA

    selain itu cuba amalkan minum kopi radix dgn pengambilan cair sedikit (atau separuh). melalui pengalaman isteri (ketika hamil) sy beliau juga ada masalah angin, selain itu baby sy tidak diserang sakit kuning, susu ibu jadi banyak dan baby cepat keras badannya (kini sudah 4bulan). Dengan izin Allah dari pengamalan produk HPA setelah 4 tahun kahwin.

  17. baru2 nie saya ada jumpa doktor coz terdapat masalah angin dlm badan..tetiba saja terasa nak pitam dan lenguh di tengkuk..ingatkan darah dah naik tapi doktor kata ok…Setelah di periksa doktor kata terdapat banyak angin didalam perut saya..apakah produk yang patut saya ambil untuk menghilangkan masalah angin nii.

  18. saya ada angin dlm badan.dekat 6 bln dah.berat badan turun.masuk hospital pulak tu sbb denyutan jantung laju.but check darah,ecg and 1 badan semua normal.tapi angin saya agak teruk.perut belah kiri keras sangat kadang2.berdenyut2 rasanya.bile menyerang badan jadi panas di tapak tangan atau bahagian badan terutamanya perut.erm…hpa apa yang elok.dan di mana boleh beli?

  19. Salam…
    saya nak bertanya, produk hpa apa yang seeloknya di makan oleh saya, wanita 30- an, untuk kesihatan yang menyeluruh dan juga kebahagian rumahtangga. Saya juga mempunyai masalah angin yang banyak di perut.

  20. Salam En.Sallehuddin, saya amat bersimpati dengan sdr kerana saya pernah mengalami penyakit yang hampir sama dengan yang sdr alami. Alhamdulillah setelah berbekam, 75% penyakit saya berkurang (dengan izin Allah). Mungkin sdr boleh cuba berbekam di tempat saya berbekam (di Seremban). Di samping itu saya ada mengambil produk HPA tertentu dan mengamalkan banyak minum air suam. Amalkan baca 3 Qul dan ayat kursi, tarik nafas dalam2 dan hembus ditapak tangan atau air, sapukan kesemua rongga dari atas ke bawah (tanya mereka yang lebih arif takut saya tersilap), insyallah berkesan

  21. Lagi satu perkara saya nak tanya, ada tak sdr memelihara haiwan (misalnya ikan, burung dsbnya) di tempat yang kecil yang tidak balance dengan saiz haiwan tersebut menyebabkan haiwan tersebut menderita fizikal/ mental sukar bergerak dengan bebas. Nasihat saya eloklah merdekakan haiwan tersebut atau gembirakan ia dengan ruanngan yang selesa. Mudah-mudahan haiwan tersebut mendoakan kesejahteraan kita. Menyiksa sesama mahluk Allah juga menyumbang kepada kesukaran penyakit kita sembuh (sila rujuk kepada yang lebih arif takut saya tersilap)

  22. Salam

    Saya seorang ibu yg mengandung. Masalah saya ialah baru2 ni saya megalami pening kepala yg pusing. Tidak sakit kepala cuma pusing yg amat teruk berlarutan hingga 4 hari. Saya tidak boleh tidor berbaring kerana keadaan akan menjadi lebih terok, terpaksa tidor dlm keadaan duduk.

    Saya ke klinik tp tekanan darah ok, normal dan kepekatan darah juga ok bg ibu mengandung, maknanya saya tidak kurang darah. Doktor mengatakan punca kepala saya pusing ialah angin kerana saya mengalami gastrik.

    Adakah benar masalah kepala pusing ini berpunca dr angin dalam badan? Untuk makluman masalah angin saya agak terok berpunca dr masalah pengahadaman yg tidak baik. Kadang2 saya takut utk keluar dr rumah kerana pernah terkena serangan angin hingga saya rasa lemah badan hingga tak boleh berjalan dan badan terasa seram sejuk. Bahagian belakang juga selalu rasa sakit. Boleh kah HTA membantu saya?

  23. Salam Pn.Kay

    Izinkan saya mencelah berdasarkan pengalaman yang hampir sama dialami oleh isteri dan saya sendiri. Saya mengesyaki puan mengalami salah satu penyakit iaitu `Vertigo’ atau `Angin’ atau kombinasi kedua-duanya.

    Pertama, puan disyaki mengalami penyakit yang dinamakan `VERTIGO’ iaitu ketidak seimbangan di kepala/dalam telinga menyebabkan kepala rasa berputar. Saya difahamkan penyakit ini berpunca dari pelbagai faktor seperti stress, kurang rehat, tidur lewat malam, berterusan dengan PC tanpa henti, pergerakan kepala secara mendadak, alkohol, rokok dsbnya.

    Penyakit ini boleh dikurangi dengan memperbanyakan minum air suam, senaman tertentu, kurangkan stress dan perbanyakan rehat/tidur yang mencukupi. Amalkan baca 3 Qul & ayat Kursi dan hembus diair atau tapak tangan dan minum/usapkan dikepala. Ada petua mengatakan sebaik sahaja terkena serangan, kita terus sujud (walaupun tidak dalam keadaan solat) supaya kedudukan jantung lebih tinggi dari kepala.

    Kedua, saya mengesyaki puan mengalami penyakit angin berlebihan dalam badan yang terutamanya berpunca dari keadaan stress/sistem immuniti yang lemah menyebabkan bakteria `baik’ tidak mampu melawan bakteria `jahat’ yang produce angin/gas berterusan/berlebihan dalam perut. Angin berlebihan ini boleh menyebabkan pelbagai penyakit hingga ke peringkat kronik. Bagi mengatasinya saya cadangkan puan mengambil produk HPA tiga serangkai iaitu D’ Karm. D’ Det dan D’Deu bagi menyeimbangkan suhu badan, mempertingkatkan immuniti dan memperbaiki sistem penghadaman. Di samping itu perbanyakan minum air suam, tidur awal dan solat malam. Elok juga diamal makan bawang putih yang digoring dengan minyak zaitun, air halia suam dan makanan sunnah rasul bagi menyihatkan badan. Elakkan makanan berminyak, berempah, berasid, berkacang, kobis, brokoli dsbnya. Semoga penyakit puan disembuhkan Allah.

    (Rujuk maklumat lanjut dari Doktor/Herbalis/Ustaz ditakuti maklumat saya yang saya berikan tersilap). Assalamualaikum

  24. Salam,

    Berdasarkan pengalaman saya sendiri, saya ingin menasihatkan, khususnya kepada pengguna yang baru mencuba produk HPA buat pertama kalinya, agar memahami pengertian `Direction of Cure (DOC)’ iaitu reaksi awal produk terhadap ketidak seimbangan sistem tubuh kita.

    Di antara reaksi awal tersebut termasuklah mengantuk, letih, pening, tubuh rasa goyang/tidak stabil/rasa nak pitam, kembung perut/sebu, lengoh/sakit di sana sini dsbnya, khususnya pada minggu pertama penggunaan.

    Semua reaksi awal ini boleh diatasi dengan berehat/tidur sebentar sebaik sahaja mengambil produk; di samping perbanyakan minum air bersih/air suam. Sesekali campurkan air suam tersebut dengan sesudu madu asli dan/atau beberapa titis minyak habatusauda. Selepas itu lakukan sedikit senaman ringan (nota: Solat adalah senaman terbaik).

    Bagi mengelakan risiko yang tidak diingini, khususnya kepada pemandu motokar, penonggang motosikal atau pekerja binaan, saya mencadangkan agar bercuti (berehat di rumah) selama beberapa hari bagi membiasakan diri dengan reaksi awal DOC tersebut.

    Di samping itu saya menasihatkan mereka yang mengambil beberapa jenis herba, agar makan satu persatu (tidak serentak) bagi mengelakan reaksi awal yang berlebihan.

    Apapun bentuk DOC yang dialami, ianya adalah bersifat sementara dan sama sekali tidak memudharatkan/tiada kesan sampingan. Oleh itu teruskan penggunaan di samping banyakan berdoa, untuk kesihatan dan kesejahteraan masa panjang.

    Saranan ini berdasarkan pengalaman peribadi saya sebagai pengguna untuk dikongsi bersama (sila rujuk herbalis yang betauliah untuk maklumat lanjut)

    Terima kasih.

  25. salam..Saya memang ada sejarah gestrik. baru2 ni kena lagi slps 3 thn lepas. panas diulu hati dan perut dah hilang tp perut rasa kembung terutama sebelah kiri perut bawah tulang rusuk. selalunya saya kentut lawas..ok. tp skrg kentut kecil aja.apa makanan HPA yang perlu saya ambil. Tlglah…keadaan sy skrg memang x selesa. wsalam

  26. Salam Puan Saadah

    Mana-mana makanan berikut amat baik untuk masalah dalaman perut seperti angin berlebihan, gastrik, buang air besar berdarah, ulser & kanser.

    1. Madu lebah asli (minum satu sudu (gunakan sudu plastik) bersama air suam sebaik sahaja bangun tidur sebelum solat subuh)
    2. Minyak zaitun `extra virgin’ (minum satu sudu bersama air suam sebelum tidur)
    3. Minyak habatusauda (3-5 titis bersama air suam sebelum tidur atau bangun pagi)
    4. Kurma atau buah tin (makan 3 atau 5 atau 7 biji sehari waktu pagi)
    5. Halia (sebesar ibu jari ditumbuk/rebus dan minum airnya bila-bila masa)
    6. Bawang putih (3-5 ulas ditumis dengan minyak zaitun dijadikan ulam/rencah masakan)
    7. Kunyit hidup (peraham air sebesar ibu jari diminum)
    8. Telur ayam kampung (kuning telur 2 biji seminggu)
    9. Daun selasih (beberapa helai diulam atau diminum air rebusan)
    10. Lain-lain produk HPA yang bersesuaian

    Makanan di atas boleh diambil secara individu, secara berselang seli atau secara campuran mengikut kesempatan atau citarasa sendiri misalnya:
    1. Halia + madu + air suam
    2. Minyak zaitun + habatusausa + air suam
    3. Bawang putih + halia + minyak zaitun (tumis)
    4. Kuning telur + perahan ibu kunyit

    Sesetengah makanan di atas ada dikeluarkan oleh HPA. Saranan di atas adalah berdasarkan pangalaman peribadi saya, bacaan buku agama dan petua orang lama (sila puan dapatkan nasihat doktor/herbalis HPA untuk kepastian). Wasalam.

  27. tanya sikit, ada tak kes angin dalam badan ni membawa masalah susah nak tido, kawan saya ni tido 2 jam sehari semalam, punca dari penyakit angin,
    minta penjelasan

  28. mohon penjelasan….
    saya mengandung 2 bulan….perut sentiasa sebu…tak rasa lapar tetiba dah kembung dibahagian ulu hati. kalau makan..angin tu tak keluar , saya tak sendawa…angin tu bersarang diulu hati buat saya rasa tak selesa.

    bolehkan makan herba tuju angin ni utk ibu mengandung? sblm ni makan paramaria memang angin kuar tapi saya tak amalkan lagi sejak tahu saya mengandung

    tq.

  29. salamualaikum.sy menglami penyakit angin dlm badan.bila dia dtg jantung rse bdenyut kencang dan tubuh rase lemah,sy telah buat pemeriksaan jantung takut sy mengalami sakit jantung.tp dr ckp jantung sy normal tiada masalah.kdg2 mase bkerja atau mase di rumah dia akan datang sy akan jadi lemah tpakse berehat dlm sejam baru reda.apakah ubat yg sesuai untuk sy?harap dpt beri penerangan dan nasihat

  30. Assalammualaikum.Saya ada masalah angin di dalam badan.Bila dia datang mengakibatkan saya rasa cemas dan rasa sesak nafas.Boleh ke saya makan ubat herba Tuju Angin dgn Pelawas je utk mengeluarkan angin dlm badan saya…Terima Kasih

  31. Salam Nazim, boleh saja makan Herba Tuju Angin dan Pelawas tetapi elok digabungkan dengan Omega-3 sekiranya anda tidak ada tekanan darah rendah serta Alkalizing Clorophyll Drops.

    Pada Junita, boleh periksa di senarai stokis/cawangan di HPA bagi mendapatkan nama stokis kawasan Damansara.

  32. Salam, saya menghadapi masalah sakit pada bahagian belakang badan, sendi2 bahu & kadangkala pada bahagian2 lain badan..saya juga mengalami pening2 kepala jika lambat makan atau perut kosong..juga rasa menyucuk2 pada bahagian belakang leher..keadaan ini berkurangan jika saya berurut pada waktu malam..tetapi akan berulang semula pada keesokan harinya.saya sudah mencuba bahan2 seperti minuman halia, pil bawang putih tetapi tiada kesan..adakah HTA dapat merawat masalah saya ini..

  33. salam..
    sy de menghadapi masalah angin ni..perut terasa kembung sehingga ke tulang rusuk kdng2 ke dada rase berdebar2..buang air besar mmg kerap tapi dalam kuantiti yg sikit(tak puas)..
    dh pergi klinik buat ECG test doc ckp jantung ok mungkin angin disebabkan gastrik..doc bagi ubat gastrik selepas makan ubat ok (angin mmg selalu keluar)tapi kadang2 jadi semula sakit tu..kena sentiasa ada ubat tue..mmg tak pernah makan ubat lain or makanan kesihatan..boleh ke saya amalkan makan herba tuju angin @ yg lain2 utk membuang angin dalam badan saya..saya ada penyakit darah tinggi & kencing manis(makan ubat hospital)

  34. saya ada masalah gastrik, tapi tak pedih bulu hati, rasa panas dalam perut. najis agak lembut tapi terpaksa push untuk keluar….kerap buang tapi rasa tak selesa …kentut rasa macam tak puas……sakit pinggang sampai ke tulang belakang dah……saya dah buat scan tapi ok je….setakat ni belum buat ultrasound lagi….doktor bagi ubat angin dengan gastrik….dah tiga doktor saya pergi….2 doktor bagi ubat macam ubat antibiotik angin dan gastrik…kena makan 2 kali sehari….tapi masih belum sembuh lagi…makin hari makin sakit pulak…apa ubat yang sesuai untuk saya…..

  35. Assalamualaikum..saya ada masalah angin yang lama.dah 2-3 tahun saya tak dapat makan banyak.boleh dikatakan 2 sudu nasi saja dapat masuk dalam perut saya.lepas tu dah rasa penuh sangat..saya terpaksa kerap2 makan..sebelum ini saya ada masalah bengkak ovari.dan sudah dibedah.tapi masalah angin belum ilang juga..doktor pakar cek pun cuma angin.bahagian atas perut saya keras dengan angin.kdg2 kerap sendawa tapi angin masih gak banyak..sekarang saya hanya makan ubat angin gastrik yang diberi doktor..bolehkah encik/cik memberi pendapat/cadangan kepada saya cara-cara untuk saya mengobati sakit saya ini..

  36. salam…saya berumur 46 tahun, pernah menjalani pembedahan semasa bersalin dan dah dibuang peranakan kerana tumpah darah, nak tau produk hpa apa yang saya boleh ambil untuk menghilangkan sakit belakang yang kerap dan tekanan darah tak menentu kadang2 naik kadang2 seperti biasa, bila darah tinggi naik sakit sangat bahagian tengkuk..

    1. salam hamidah, sapu minyak but2 dengan kerap pada bhgn tengkuk dan urut perlahan2. Utk amalan herba, dicadangkan mengambil omega 3 sofgel, teh herba, malac. rawatan lain yg disarankan ialah berbekam.

  37. saya mengalami patah lengan bahagian atas akibat kemalangan jalanraya pada bulan 10/2010. Tangan saya displint bagi mengelakkan dari bergerak. Kini hampir 2 bulan setengah tulang masih tidak menyambung sepenuhnya dan tangan menjadi bengkak akibat masuk angin kerana lama tergantung. Jadi apakah produk yand sesuai untu saya amalkan.

  38. assalamualaikum, saya berusia 26 tahun dan sejak kebelakangan ini saya mengalami sedawa yang teruk. kadang2 sampai 1 jam tanpa henti walaupun sudah makan. saya penah mengambil ubat pecah angin dari klinik tetapi tiada perubahan. ini menyebabkan saya susah untuk berinteraksi dengan sekeliling dan mereka juga kurang selesa dengan keadaan saya. saya juga kadang2 mengalami migrain dan alahan. adakah ubat tuju angin HPA boleh membantu masalah saya?

  39. assalamualaikum. saya wanita yang baru hamil 6 minggu. saya menghadapi masalah angin dalam badan yang menyebabkan sendawa tak lepas. ini sgt tidak selesa. adakah ubat yang sesuai bagi saya? adakah ia tidak membahayakan kandungan saya? harap dapat membantu.

  40. Saya mengandung 2 bln..dan mengalami tekanan darah tinggi yang serius,,walaupun ambik ubat doc,tetap rasa sakit kepala dan tekanan darah meningkat..anak saya pernah meninggal dlm kandungan 5 bln.kerana tekanan darah tersebut,,saya betul2 risau..tlg cadangkan mana2 ubat yang blh saya amalkan sebagai ikhtiar saya utk menghilangkan penyakit tersebut..Insyaallah.Boleh tak saya berbekam??

  41. saya ibu yang masih menyusukan anak, tapi angin dalam badan saya nie terlalu banyak. kekadang sambik bercakap pun saya boleh bersendawa bukan setakat sedang bercakap malah bila kawan2 tersentuh tangan pun saya boleh bersendawa. kawan2 ade nasihat kan saya minum air halia. tapi saya tak berani kerana masih menyusukan anak takut panas. kalau saya ambil herba tuju angin ini akan memberikan kesan pada anak saya ker? dan dimana saya boleh dapatkan produk nie? terima kasih

  42. Assalamualaikum

    Nota: (Rujuk maklumat lanjut dari Doktor/Herbalis/Ustaz ditakuti maklumat saya yang saya berikan tersilap).

    Bolehkah vertigo diubati dengan kaedah pemakanan HPA berikut:
    Pertama, puan disyaki mengalami penyakit yang dinamakan `VERTIGO’ iaitu ketidak seimbangan di kepala/dalam telinga menyebabkan kepala rasa berputar. Saya difahamkan penyakit ini berpunca dari pelbagai faktor seperti stress, kurang rehat, tidur lewat malam, berterusan dengan PC tanpa henti, pergerakan kepala secara mendadak, alkohol, rokok dsbnya.
    Penyakit ini boleh dikurangi dengan memperbanyakan minum air suam, senaman tertentu, kurangkan stress dan perbanyakan rehat/tidur yang mencukupi. Amalkan baca 3 Qul & ayat Kursi dan hembus diair atau tapak tangan dan minum/usapkan dikepala. Ada petua mengatakan sebaik sahaja terkena serangan, kita terus sujud (walaupun tidak dalam keadaan solat) supaya kedudukan jantung lebih tinggi dari kepala.
    Kedua, saya mengesyaki puan mengalami penyakit angin berlebihan dalam badan yang terutamanya berpunca dari keadaan stress/sistem immuniti yang lemah menyebabkan bakteria `baik’ tidak mampu melawan bakteria `jahat’ yang produce angin/gas berterusan/berlebihan dalam perut. Angin berlebihan ini boleh menyebabkan pelbagai penyakit hingga ke peringkat kronik. Bagi mengatasinya saya cadangkan puan mengambil produk HPA tiga serangkai iaitu D’ Karm. D’ Det dan D’Deu bagi menyeimbangkan suhu badan, mempertingkatkan immuniti dan memperbaiki sistem penghadaman. Di samping itu perbanyakan minum air suam, tidur awal dan solat malam. Elok juga diamal makan bawang putih yang digoring dengan minyak zaitun, air halia suam dan makanan sunnah rasul bagi menyihatkan badan. Elakkan makanan berminyak, berempah, berasid, berkacang, kobis, brokoli dsbnya. Semoga penyakit puan disembuhkan Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge