Herba Tuju Angin

Herba Tuju Angin dihasilkan oleh tumbuhan yang mujarab untuk masuk angin serta melancarkan pembuangan air besar, sehingga badan terasa ringan. Herba ini merupakan makanan kesihatan yang baik untuk tua mahupun muda, baik lelaki atau perempuan. Ia dapat mengatasi masalah angin seperti :

1. Angin Duduk: cepat penat, terasa mual

2. Angin Darah: emosi dan cepat marah

3. Angin Sendi: sakit-sakit badan, lemas, kesemutan dan terasa ditusuk-tusuk pada kaki dan tangan.

Herba Tuju Angin juga baik untuk mengubati migrain, gejalanya sakit kepala sebelah, tiba-tiba pusing. Selain itu, ia baik untuk mengatasi masalah gastrik seperti perut kembung, terasa kenyang sebelum makan.

Manfaat herba ini:

1. Mengatasi perut kembung

2. Menghilangkan rheumatik

3. Mengatasi migrain

4. Sebagai ubat gastrik

5. Menghilangkan kesemutan pada hujung jari

7. Hilang selera makan

Sebahagian maklumat produk ini telah dikeluarkan daripada web atas sebab-sebab yang tidak dapat dinyatakan.  Sila lawati laman web rasmi HPA untuk maklumat lain atau hubungi admin web dan para pengedar HPA.

Komposisi (75 Kapsul per botol) :

1. Cinnamomum Iners

2. Vitex Pubescens

3. Micromelium Pubescens

4. Morinda Eliptica

Dos :
Malam 2 kapsul dan 1 kapsul untuk pagi.

Harga Pasaran
Semenanjung Malaysia: RM 34.00
Sabah & Sarawak: RM 36.00

 

Artikel Berkaitan Herba Tuju Angin Tulisan Tuan Haji Ismail bin Ahmad, Pengarah Urusan HPA

Tablet kalsium

Sumber kalsium yang terbaik adalah daripada tumbuh-tumbuhan terutama pada tumbuh-tumbuhan yang berakar tunjang.

Mari kita buat satu kajian siapakah yang lebih cepat terkesan antara pengguna calsium tablet dengan pengguna herba tuju angin HPA. Masalah kehausan tulang dan lendir tidak dapat diatasi dengan tablet kalsium tetapi boleh diatasi dengan Herba Tuju Angin (HTA). HTA mempunyai kalsium, magnesium dan zink dan pelbagai mineral lain yang wujud dalam bentuk mineral surih.

InsyaAllah kenapa kita tidak memberikan kepada ibu-ibu kita dengan HTA?.

112 thoughts on “Herba Tuju Angin”

  1. Adakah dengan mengamalkan herba tuju angin, dapat mengatasi sepenuhnya masalah kesihatan tanpa perlu rawatan mengurut dan sebagainya?

  2. Cik Amina, anda tinggal di mana dan kerja dimana? Sila beri alamat rumah anda utk memudahkan saya mencari stokis yg berdekatan. Sila emel kpd saya –> muhamadredza@yahoo.com utk urusan selanjutnya bagi mendptkan produk Herba Tuju Angin ini.

  3. Cik Athi, pihak kami menyediakan penghantaran ke destinasi sekitar Lembah Klang termasuk KL. Sila beri alamat dan no telefon anda kpd saya. Atau anda juga boleh terus hubungi saya (Redza) melalui handset 0193093956 atau melalui emel muhamadredza@yahoo.com .

  4. Saya mendapati terdapat biji biji angin yang banyak di badan saya, terutamanya dikiri kanan rusuk. Saya mengesyaki terdapat banyak angin didalam saluran darah. Setelah mencuba produk (Herba Tuju Angin) saya dapati saya selalu sendawa tetapi biji biji angin tersebut masih saya rasa dibadan saya. Boleh ke tuan memberi penerangan?

  5. En D’nans, saya kurang pasti dengan punca masalah saudara. Saya akan cuba rujuk kepada Herbalis HPA berkenaan hal ini. Untuk sementara waktu, gunakan minyak but-but dan sapu pada bahagian berkenaan. Harap bersabar.

  6. En D’nans, saya cadangkan anda mendapatkan pemeriksaan daripada doktor terlebih dahulu. Adakah sakit jika disentuh biji tersebut? Adakah biji tersebut semakin membesar? Susah untuk saya ketahui tentang penyakit anda tanpa melihatnya sendiri. Sebab itu saya cadangkan anda bertemu doktor utk rawatan lebih lanjut. Wassalam.

  7. salam..
    saja berkongsi maklumat, utk en. D’nans, saya cadangkan anda melakukan rawatan bekam samada bekam angin/ bekam darah kerana kemungkinan benar terdapat banyak angin di dlm saluran darah anda. selain dpt mengurangkan angin, berbekam juga boleh melancarkan peredaran darah dan membuang toksik dlm darah.

  8. Salam En Aizam, terima kasih atas nasihat dan pandangan anda berkenaan masalah En. D’nans. :) Kami mengalu-alukan sebarang bentuk nasihat daripada pengunjung web ini kepada mana-mana individu yang memberi komen atau pertanyaan. Mungkin ada yang mempunyai ilmu dan pengalaman yang boleh dikongsi bersama. Terima kasih sekali lagi.

  9. Eja, herba ini berfungsi merawat sistem penghadaman dan menghilangkan gejala angin berlebihan dalam badan. Ia tidak menyumbang kepada pertambahan berat badan. Herba HPA boleh diambil bersama tidak kira berapa jenis produk dan itulah konsep sinergi dalam perubatan herba. Sila dapatkan nasihat daripada HPA sebelum mengamalkan apa-apa herba untuk rawatan sesuatu penyakit.

  10. Pelanggan saya bertanya apabila kita telah mula menggunakan produk HPA perlukah lagimenggunakan juga ubat hospital yang sebelum ini digunakan untuk merawat penyakit Darah Tinggi dan kecing manis ?

  11. En Ismail, anda tidak perlu tinggalkan terus ubat hospital apabila mengamalkan herba, cuma apa yang anda perlu lakukan ialah menjarakkan masa selama 3 jam antara pengamalan herba dan ubat hospital. Makan herba dulu sebelum ubat hospital. Setelah lama kelamaan (beberapa bulan), anda boleh selang selikan makan ubat hospital tersebut. Maksudnya, hari ini makan, esok tak makan dan lusa makan semula.

  12. assalamualaikum..
    saya mengalami masalah sakit belakang yang amat teruk..setelah 7 bulan melahirkan anak dgn kaedah ceasarean..saya terpaksa berjalan membongkok keran tidak dapat berdiri tegak akibat sakit belakang. dan apabila berurut, makcik tukang urut tu kata, saya mempunyai masalah angin yang berat di bahagian belakang badan (pinggang terutamanya). Adakah Herba Tuju angin ini dapat mengurangkan angin2 di badan saya??

  13. Waalaikumussalam Pn Amanina, setiap penyakit ada penawarnya. Penyakit akan sembuh dengan izin Allah. Anda boleh cuba amalkan Herba Tuju Angin (2×2) dan Teh Herba (1 uncang, minum 2x sehari). Makan herba 30 minit sebelum makan kecuali jika gastrik, makan selepas makan. Bykkanlah berdoa dan solat hajat. Kami juga turut mendoakan agar sakit anda akan berkurangan. Amin.

  14. salam.semalam 20072007 saya diserang angin dalam badan..
    hmm… matter went worst sebb tetiba rasa panik.. teringat HTA..
    dan terus telan 2 bijik..
    alhamdulillah selang 5 minit..
    dah bule tidur dengan lena..
    masya-Allah..
    semoga lebih ramai orang percaya dengan kehadiran herba dari HPA ini.. yang penting istiqamah..

  15. saya mengalami sakit di bahagian tengah tumit kaki di kedua-dua belah. Kesakitan amat aktif apabila bangun daripada tidur, atau bangun daripada duduk…
    bolehkah herba tuju angin ini mengatasi kesakitan saya?

  16. Salam Pn Siti, anda disarankan utk mengambil produk2 HPA seperti berikut iaitu:

    1. Paramaria Plus: 2×2
    2. Herba Tuju Angin: 2×2
    3. Malac: 2×2
    4. Teh Herba: minum 2 x sehari

    Selamat mencuba!

  17. saya selalu mengalami sakit belakang apa kah herba yang patut saya ambil n macik saya mengalami asma apa kah product yang perlu mak cik saya ambil

  18. Salam Anol, anda disarankan mencuba produk Radix kapsul (2×2), minyak but-but (utk disapu dari bwh ke atas belakang badan) dan Kopi Radix utk permulaan. Selain herba, anda juga digalakkan membuat rawatan bekam atau urutan badan.

    Utk masalah asma, cadangan produknya ialah Morin-A (2×2), Madu Asli, Kopi Radix dan minyak herba (disapu dan dibasahkan di dada tiap2 mlm). Selamat mengamalkan produk HPA!

  19. Soalan:

    http://duniaherbahpa.wordpress.com/2006/09/28/herba-tuju-angin/#comment-932

    assalamualaikum,

    emak saudara saya berumur 48 tahun, sejak 2/3 tahun ni haidnya tidak teratur, kekadang selang 2/3 bulan baru datang, adakah herba2 hpa yang boleh diambil untuk melambatkan monopos.

    terima kasih..

    satu lagi saya lupa nak tanya tadi, ada tak herba2 hpa yang sama fungsinya dengan viramin c dan kalsium yang boleh diambil oleh semua peringkat umur.

    terima kasih..

    Jawapan:

    Sila amalkan set wanita HPA iaitu Paramaria Plus (melancarkan perjalanan haid), Herba Tuju Angin, Kopi Radix (sumber kalsium. melambatkan menopos), Omega 3 Sofgel, D’Deu (mengandungi Vitamin C megados). Selamat mencuba.

  20. assalamualaikum, saya nak tanya apakah herba yang sesuai untuk saya kerana saya mengalami angin yang kuat dalam badan.saya dah makan ubat doktor tp kesannya kurang. saya dah buat endoskopi dia kata tiada apa cuma merah sikit.sya juga ada darah tinggi.

  21. Salam En Wan Ahmad, utk masalah angin, amalkan Herba Tuju Angin (HTA) dan Teh Herba beserta Madu Asli. Anda boleh tambah dos utk HTA dari 2×2 kpd lebih jika kesannya kurang, cth: 3×3 atau 4×4 dos. Utk masalah darah tinggi pula, amalkan Vitex: 2×2, Malac: 2×2, Omega 3 Softgel: 2×2. Selamat mencuba! Wassalam.

  22. Salam…cara makan untuk herba tuju angin sebelum atau selepas makan? sebab saya selepas makan saya terus makan ubat herba tuju angin, kwn saya cakap x berapa elok macam tu..so..saya harap pihak hpa boleh terangkan kepada saya…sekian, terima kasih.

  23. sy skrg mengambil paramaria, tuju angin n stoma k. tp sy tak confident menelan herba ni beserta dgn kapsulnya sekali. (sbb guna kapsul plastik) so stp kali nk mkn, sy akan bukak kapsul n campur 3 produk ni n tambah dgn air then minum. nk tahu either cara ni akan menjejaskan keberkesanan product ini or sebaliknya n klu kita mkn produk ini beserta dgn kapsulnya skli, ada side effect tak?

  24. Salam Shira, tidak ada masalah jika anda mengamalkan produk tersebut dgn membuka kapsulnya dan dicampur bersama air. Ia tidak menjejaskan keberkesanan produk ini. Kapsul utk semua produk HPA adalah diperbuat dari gelatin HALAL dgn kerjasama Halalgel Sdn Bhd. Tidak timbul isu side efek kerana semua produk herba HPA tidak mempunyai sebarang kesan sampingan. Wassalam.

  25. Salam. Saya tinggal di Bandar Sunway. Macm mana kalau saya nak order barang.

    Saya mempunyai masalah sakit belakang berpunca dari tulang belakang yang sedikit kebelakang. selain itu saya ada masalah angin dalam badan dimana sakit yang menyucuk dibahagian kaki setiap kali bangun tido. kadang kala urat akan menegang dan untuk mengurangkan rasa sakit saya akan berurut. produk apa yang sesuai saya ambil. terima kasih

  26. Salam Nurisa, stokis HPA terdekat ada di puchong dan shah alam. Sila rujuk web ini: http://www.hpa.com.my dan lihat bhgn cwgn/agen HPA. Cdgn produk HPA utk masalah anda ialah Herba Tuju Angin (2×2), Radix kapsul (2×2), Teh Herba, Minyak But-but (disapu pada bhgn berkenaan).

    Salam Ida, wanita hamil boleh mengamalkan Herba Tuju Angin.

  27. assalamualaikum,

    saya nak tanya herba yang mana patut saya ambil untuk hilangkan mengantuk, dan untuk cergas selalu, saya sering mengantuk walaupun tidur cukup.

    terima kasih

  28. assalamualaikum,
    saya nak bg pendapat mengenai produk Herba Tuju Angin ni…
    dulu sy mmg susah nak buang air besar…3,4 hari sekali baru sy ada rasa nak buang air besar,tp sejak saya amalkan makan herba HPA ni….alhamdulillah masalah buang air besar ni selesai..dan setiap pg sy pasti akan buang air besar dgn lawas sekali..saya dah menggunakan produk ni dah 5 bulan..

    saya juga ada tanda2 gout..atas saranan herbalis HPA..sy skrg ambik 6 jenis herba HPA….
    1-kopi radix-ni saya ambil 3 peket sehari-alhadulillah rasa ringan badan dan hilang rasa mengantuk di waktu pg
    2-mega 3-
    3-herba tuju angin
    4-HB
    5-paramria
    6-spirulina

    yg pasti sy menggunakan tanpa was2..
    alhamdulillah kesihatan sy skrg bertambah baik

  29. Salam Zaliha, cdgn kami utk masalah anda:

    Kopi Radix, Madu Asli (dicampur dgn air dan minum setiap pagi), Paramaria Plus, Pelawas (jika sembelit) dan mega 3 kapsul. Tmbhn, boleh juga ambil spirulina.

    Salam Qutreen, terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman anda menggunakan produk HPA. Ia akan menjadi satu bukti keberkesanan produk HPA utk diamalkan oleh semua masyarakat.

  30. assalamualaikum,
    tuan, saya bertanya soalani bagi pihak dua orang saudara saya yg mempunyai masalah,

    Saudara A (perempuan).
    Berumur 62 tahun, dia mengalami gatal2 seluruh badan, selalu batuk. Dibahagian atas pehanya kena penyakit kayap, kakinya pula sakit daripada bahagian peha ke bawah, lututnya pulak bengkak dan tidak boleh nak lipat kaki, beliau sudah pergi buat pemeriksaan doktor selepas diberi injection adalah kurang sikit. Tapi sekarang selalu terasa mengah dan cepat semput.
    adakah ini disebabkan kesan daripaya kayap atau pun sebaliknya.

    Saudara B
    Saya mengalami masaalah kedatangan haid sejak setahun yang lalu, sebelum itu kedatangan haid seperti biasa iaitu setiap bulan atau paling lewat 2 bulan lewat akan tetapi sejak Julai 2007 haid saya tidak datang hingga kini. Saya telah berjumpa doktor untuk membuat peperiksaan, tetapi tiada apa-apa dapat menolong cuma ini sebab simpton-simpton premenupos.

    Data fizikal saya:
    Umur: 45++
    Kerja: Pejabat
    Tinggi: 5’2″
    Berat: 57kg
    Status: Single

    Saya, fizikalnya tiada mengalami tekanan, baik kerja atau kehidupan harian semua berjalan dengan lancar. Saya jugak cergas dalam membuat kerja harian. Jarang sekali saya keletihan. Selain dari itu badan saya tidak dapat menerima makan maajun, penah saya memakannya maajun, ni menyebabkan suhu badan saya naik dan demam seminggu.

    Saya perlukan bantuan dan nasihat serta cadangan tuan apa2 herba HPA yang patut dan sesuai dgn masalah kedua2 saudara saya ini.

    sekian terima kasih.

  31. assalamualaikum,saya ingin bertanya,adakah angin dan gastrik berlebihan boleh menyebabkan sakit pada dada dan belakang serta menyebabkan kesukaran bernafas lebih2lagi semasa tidur?Saya sering kali mengalami gejala ini dan kadang2 rasa menusuk-nusuk pada bahagian dada.Kadang2 kiri dan kadg2 kanan dada.Saya juga sering rasa ingin sendawa.Apakah rawantan untuk keadaan ini?

  32. Askm,
    seorang rakan saya yang masih menyusukan anaknya (umur satu tahun) telah mengamalkan spirulina,paramaria dan stoma-k sejak 2 hari lepas bertujuan untuk menurunkan berat badan dan kesihatan dalaman,

    beliau amalkan mengikut saranan pada botol.tetapi pg tadi sy dimaklumkan bayinya mengalami cirit birit yg agak teruk dan tak selera makan sejak dia amalkan produk diatas,
    So,saya nak tahu produk apa yang dia kena stop makan?atau beliau kena ubah dari segi dosnya?
    terima kasih.

  33. salam..saya nak btanya bagi pihak rakan saya,dia ada trkena buatan orang(santau) sejak 12tahun lalu tapi sudah diubati,ttapi sejak akhir2 ini betisnya asyik bengkak n lebam2 sprti dipukul.Dia jga tdak bleh makan bnda2 masam sperti limau,cuka,nanas n seumpamanya.adakah itu kesan dari santau trsebut dan bolehkah diubati dgan ubat2hpa.jika bleh apakah ubat yg sesuai bgnya.angin dalam bdannya pn ada jga.minta diberi penjlasan.trima kasih..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge