Ficus (Herba Buasir)

CYMERA_20141107_110938

Buasir ialah benjelon yang wujud di selaput lendir rektum atau pada kulit dubur. Sembelit merupakan punca terjadinya buasir teruatamanya berlaku apabila seseorang itu mengerang untuk proses pembuangan air besar. Keadaan ini juga berlaku pada wanita yang mengerang untuk melahirkan bayi.

Kekurangan serat dan makanan pedas juga merupakan punca kepada terjadinya buasir. Penderita buasir akan mengalami pedih, keluar benjolan, gatal pada rektum dan berlaku pendarahan. Ficus merupakan produk terbaik untuk mereka yang mengalami permasalahan tersebut. Herba Ficus Callicarpa (Pokok Tengkuk Biawak) merupakan herba utama dalam ubat buasir ini.

Panduan/Petua/Artikel Berkaitan Ficus Tulisan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA

Ficus/bedak delima (biji) untuk buasir

Ficus adalah salah satu produk HPA yang berkesan untuk buasir. Ia di buat daripada sejenis herba yang dikenali sebagai pokok Tengkok Biawak ataupun Ficus calicarpa. Dilihat dari bentuk batangnya mengambarkan juga seperti usus orang yang sakit buasir.

Herba ini bersifat astringen iaitu mengecutkan dan bahagian yang berkesan untuk rawatan buasir daripada getahnya yang berwarna merah. Sebaiknya dibuka kapsul dengan dos 5x 3 dan di bancuh dengan air panas segelas ketika perut kosong. Kalau ada ketulan yang menyakitkan di luar boleh gunakan bedak delima (biji) yang baru dipasarkan.

Dalam masa yang dekat ketulan akan menjadi kecut, InsyaAllah.

Ficus untuk buasir

Ficus calicarpa dan Ardisia crispa merupakan dua herba astringen(kelat/sepet(ind) yang mempunyai kesan mengecutkan buasir/peradangan.Namun bagitu ada sedikit teknik pengambilan kapsul ficus agar lebih berkesan iaitu:-

1. Buka kapsul dengan dos minima 3×3 bagi yang tidak teruk dan 5×3 bagi yang serious.
2. Masukan serbuk kedalam gelas sederhana dan dimasukan air yang mendidih kedalamnya.
3. Kacau/aduk(ind) dan tutup dengan piring agar tidak keluar wapnya.
4. selepas agak suam,minum persiapan herba tersebut sebelum makan.

InsyaAllah , kaedah perawatan buasir yang mudah dengan herba terpilih.

Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Ficus Callicarpa 2. Ipomea Reptans

Dos :
Amalkan 3 kapsul pada pagi dan 3 kapsul pada malam.

Harga Pasaran
RM 37.00

>> Laman web BARU untuk tempahan produk buasir HPA (klik disini) <<

.

.

49 thoughts on “Ficus (Herba Buasir)”

  1. Salam Zaza, anda boleh mencuba Kordial Pegaga atau Teh Herba utk permulaan.

    Salam Nor, DOC berlaku bergtg kpd tahap keadaan penyakit. Setakat ini saya belum dapat berita ttg kesan DOC yg luarbiasa berlaku di kalangan pengguna produk herba ini. Anda boleh mengamalkannya sehingga penyakit tersebut betul2 sembuh. Wassalam.

    1. salam…saya mengalami buasir dah hampir 4 tahun.sebelum nie saya mmg dah ambil ficus,teh pegaga dan mnyak but but.tp 2 3 ari nie saya mengalami pendarahan samasa pembuangan air besar…adakah semua nie punca panas dlm badan?mksud kapsul campur dgn air seperti yg di terang tu adakah ambil 5 biji kapsul ambil serbuknya dan campur dgn air panas…?

  2. Terima kasih atas bantuan. tapi saya masih musykil. maksudnya saya kene berhenti untuk mengambil ficus kerana ada kesan sampingan untuk mengandung atau saya perlu mengambil kordial pegaga/teh herba.
    untuk makluman tuan, saya masih mengambil ficus.

  3. Salam Zaza, produk HPA tidak ada kesan sampingan. Sila amalkan kordial pegaga/teh herba dan hentikan makan ficus utk sementara.

    Salam linda, ramuan, cara pengamalan ada disertakan di kotak produk. Perlu juga ambil bersama Minyak but2 (utk disapu), omega 3 softgel. Seeloknya amalkan D’karm, d’deu, d’det bersama.

  4. Salam,

    Nak tanya, kalau ibu2 yang sedang mengandung, adakah boleh dan selamatkah mengambil produk Ficus ini untuk mengatasi masalah buasir?

    Sekian.

  5. terima kasih atas penerangan.sy baru amalkan pengambilan
    teh herba memandangkan sy telah disahkan mengandung.
    setelah bersalin saya akan mengambil ficus semula.

  6. Salam Gawex, utk ibu hamil, saya sarankan agar mengambil produk:

    1. Teh Herba/kodial pegaga
    2. Spirulina
    3. HB

    Salam Shazleen, dapatkan produk HPA melalui pengedar kami : http://duniaherbahpa.com/usahawan-hpa/ atau melalui cawangan HPA: http://duniaherbahpa.com/2008/senarai-penuh-cawangan-hpa-seluruh-malaysia/ atau melalui stokis HPA seluruh Malaysia: http://hpa.com.my/senaraistokis.htm .Utk ibu menyusu, elok amalkan:

    1. Teh Herba/kodial pegaga
    2. Spirulina
    3. HB
    Tambahan: Kopi Radix utk memperbykkan susu ibu.

  7. Sekadar ingin bertanya.

    Sejak dua bulan kebelakangan ni saya kerap mengalami pendarahan ketika membuang air besar. Saya telah berjumpa dengan doktor, tapi masalah masih tidak selesai. Doktor menyatakan saya mengalami masalah buasir. Pada ketika ini saya mengalami gatal-gatal dan pedih sedikit ketika selepas membuang air besar. Saya dapati bahagian anus saya sudah terkeluar sedikit. Apakah ubat yang saya perlukan untuk menyembuhkan dan mengecutkan busir ini??

  8. Salam Sirehana, ini panduan dr Tn Hj Ismail,

    Ficus/bedak delima (biji) untuk buasir:

    Ficus adalah salah satu produk HPA yang berkesan untuk buasir. Ia di buat daripada sejenis herba yang dikenali sebagai pokok Tengkok Biawak ataupun Ficus calicarpa. Dilihat dari bentuk batangnya mengambarkan juga seperti usus orang yang buasir.

    Herba ini bersifat astringen iaitu mengecutkan dan bahagian yang berkesan untuk rawatan buasir daripada getahnya yang berwarna merah. Sebaiknya dibuka kapsul dengan dos 5x 3 dan di bancuh dengan air panas segelas ketika perut kosong. Kalau ada ketulan yang menyakitkan di luar boleh gunakan bedak delima (biji) yang baru dipasarkan.

    Selamat mencuba.

    Dalam masa yang dekat ketulan akan menjadi kecut,InsyaAllah.

  9. Assalamualaikum,
    Saya juga menghadapi masalah yg sama seperti Sirehana. Skrg ini sy hanya mengambil ubat yg dibeli dari farmasi. Ada kesan..tp utk sementara je..setelah berhenti mkn ubat, ia kembali menyerang. Sy tertarik utk mencuba produk HPA. Adakah ubat ini merawat dgn cepat, atau berapa lamakah utk merasakan keberkesanannya? Setelah ada kesan, adakah perlu diteruskan pemakanan ubat atau terus berhenti? Boleh jelaskan. Tq.

  10. assalamualaikum…
    saya ingin bertanya sama ada pengambilan ficus ini akan menyebabkan saya untuk sukar hamil atau bagaimana? saya amat risau dengan penyakit buasir yang saya alami dan malu untuk memberitahu suami saya. saya juga belum pernah mengandung dan sedang mencari produk yang sesuai untuk mempermudahkan saya hamil tetapi pada masa yang sama sangat risau dengan penyakit buasir yang saya alami..

  11. assalammualaikum tuan haji ismail…
    nak tanya ada kesan tak ambil ficus dan pelawas jika ambil untuk jangka masa panjang dan kenapa ada testimoni tanya pasal hamil tu ficus ni ada kesan tak blh hamil ke

  12. Prtnyaan cara makan herba ficus yg dgn betul dan bkesan.:
    1. makan sebelum makan atau perut kosng?
    2. perlukah makan bersama herba lain utk kesan segera, cadangan?
    3.maksud dibuka kapsul dan ambil dos 3x3apa maksudnya. adakah 3 bijil kpsul 3 kali sehari.

  13. sya da mengamalkan ficus selama sebulan.sepanjang pengambilan buasir da hilang tetapi selepas berhenti pengambilan ia datang balik?adakah saya perlu meneruskan pengambilan?

  14. Asalamualaikum semua,dahulu saya mengalami buasir berdarah dan pernah jumpa pakar sehingga habis ratusan ringgit sekali rawatan.Saya kini mengamalkan herba ficus dan teh herba tiap-tiap hari dan juga jaga diet pemakanan.Alhamdulillah saya tidak lagi phobia setiap kali masuk ke tandas kerana risau dengan pendarahan.Elakkan makanan pedas,daging dan lain-lain yang susah hadam.Insyaalah penyakit ini dapat dikawal.

  15. bolehkah saya ambil ficus dan spirulina utk buasir tanpa ambil teh herba atau kordial asiatica? kerana saya lihat fungsi teh herba dan spirulina adalah sama, iaitu utk melawaskan. minta cadangan terbaik utk penawar buasir.

  16. Prtnyaan cara makan herba ficus yg dgn betul dan bkesan.:
    1. makan sebelum makan atau perut kosng?
    2. perlukah makan bersama herba lain utk kesan segera, cadangan?
    3.maksud dibuka kapsul dan ambil dos 3×3apa maksudnya. adakah 3 bijil kpsul 3 kali sehari.

  17. Salam.. Sy nak tanya ckit.. adakah ficus ini selamat digunakan oleh pesakit tekanan darah tinggi, org yg mempunyai masalah jantung, ada masalah degupan jantung yang lebih cepat spt penghidap tyroid atau org2 yg mempunyai penyakit2 yg lain.. TQ

  18. salm. sy nak tanye.sy br lepas 2 bulan setengah bersalin. masalah saya, selepas bersalin, penyakit buasir sy semakin teruk. setiap kali selepas buang air besar, akan sakit. wlpun diberi ubat, buasir tetap tak sembuh. adakah produk ficus sesuai untuk sy ataupun sy mengalami buasir tahap kritikal??

  19. salam saya mengalami buasir yang dah terkeluar..just nak tanya ficus tu berkesan ke untuk menghilangkan dan mengecutkan buasir. berapa lama sy perlu mengambil ficus?

  20. sekiranya mengambil ficus adakah perlu untuk mengambil bedak delima (biji)? dan adakah bedak delima itu sama fungsinya dengan minyak but-but

  21. Salam, shbt sy yg mengalami buasir hanya mengambil ficus & minyak but-but saja, sbb dia tak suka & tidak boleh minum teh. Adakah ianya mencukupi dan apa produk yg boleh digantikan dgn teh herba utk kesan yg lebih effective?

  22. salam… saya penghidap buasir.. dah lama dah.. cuma takut nak gi jumpa doktor.. buasir sy dah di tahap teruk kot.. sbb dah ada benjolan(luaran).. tak blh dimasukkan semula… sekarang ni saya hamil.. ubat apa yg sesuai utk saya… dan bolehkah buasir saya sembuh tanpa pembedahan… TQ..

  23. sy x fhm dgn cara pemakanan…sy salah seorg pengidap peyakit ni…lebih kurg 30thn menanggung penyakit ini..mkin di sebabkan keturunan…ada family sy yg terpaksa oparation utk membuangnya.adakah sy makan produk ini sy blh sembuh…sy x berani utk mengandung kerana takut buasir ini akan kluar…setiap kali mbuang air besar…ia akan kluar dan bedarah.sy terpaksa memasukkanya smula.dapat kah produk ini membantu sy…harap dapat maklum balas ..sy sedang makan produk ini tp mengikut atur cara di lebel botol ahj.

  24. Salam,,,,abg saya menghadapi buasir…15/11/10 kena operation cuz doctor kata dah sampai tahap ketiga..Apa pendapat Tuan Haji…

  25. Assalamualaikum…

    saya mengalami masalah tanda-tanda buasir iaitu keluar darah apabila membuang air besar walaupun najis tersebut lembut.untuk makluman,apabila saya mengalami masalah tersebut,saya mengambil kapsul ficus dan herba pelawas.soalan saya,1.perlukah pengambilan tersebut berterusan walaupun keadaan kembali normal?atau ambil bila perlu sahaja?
    2.adakah sesuai jika saya mengambil kedua-dua herba tersebut iaitu ficus dan pelawas .
    3.Apakah kesan-kesan sampingan lanjutan dari pengambilan herba tersebut.

    Sekian,terima kasih.

  26. salam…
    nk tanya pasal minyak but-but…
    adakah HPA ada sediakan sekali…..
    1 lg saya xfaham pasal (Buka kapsul dengan dos minima 3×3 bagi yang tidak teruk dan 5×3 bagi yang serious.)apa maksud 3×3 n 5×3?
    sy mmg mengalami tahap kronik

    1. salam janggut, minyak but2 dijual berasingan. kapsul herba HPA boleh dibuka dan serbuk dari kapsul di masukkan dalam air masak, dikacau dan diminum. dos 3×3 bermaksud 3biji pagi, 3 biji ptg , 3 biji mlm.

  27. Salam,saya bakal melahirkan anak mei nanti.saya ada masalah buasir yang dah terkeluar..saya bercadang untuk mengambil ficus..adakah ibu yang menyusu tidak elok makan ficus?apa sebabnya ye?

  28. adakah buasir di tahap bahaya bila darah keluar daripada dubur walaupon kita dalam keadaan duduk (beristirehat)…
    apakah ubat yang sesuai untuk ini…

  29. saya ibu menyusukan anak yang baru 7 bulan,,saya nak tanye tentang ubat apa yang sesuai,sebab buasir saya dah dicatagorikan,teruklah.

  30. salam..saya masih dlm pantang…mengalami sembelit &terdapat bonjolan di dubur.adakah ini buasir?blh x amik ficus jika menyusu bayi?

  31. salam,
    saya mengalami buasir yang serius, saya ingin bertanya
    jika saya mengambil ubat ficus dan minyak but-but adakah ianya dapat mengurangkan penyakit atau menyembuhkan terus sakit buasir saya?
    2. saya pernah mengambil minyak but-but dulu, dan sekarang tidak lagi, setelah melahirkan anak ke.2.. buasir saya kembali dgn lebih teruk, saya harap sangat kalau boleh beri apakah pemakanan dan ubat yang boleh menyembuhkan penyakit buasir ini agar tidak kembali lagi,terutamanya bila mkan makanan yang pedas.
    terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge