>> Harga Produk HPA Sudah BERUBAH. Mohon Rujuk HARGA TERKINI Disini (klik) <<

Sihat, organik dan halal. Tiga faktor utama menjadi keutamaan Herba Penawar Al-Wahida (HPA) bagi pelaksanaan restoran makanan segera di bawah pengurusan mereka iaitu Radix Fried Chicken (RFC).

Pembukaan cawangan pertama RFC di Sungai Petani empat tahun lalu, menjadi titik tolak kepada syarikat dan sehingga kini mereka mempunyai sepuluh cawangan seluruh Malaysia.

Menekankan moto Produk Halal Tanggungjawab Bersama, RFC semakin rancak melebarkan empayarnya bagi segmen makanan segera.

Walaupun terpaksa bersaing dengan restoran makanan segera lain, tetapi tidak menjadi penghalang kepada RFC untuk memperoleh keyakinan pelanggan terhadap menu ditawarkan.

RFC bukan francais

Berbeza dengan restoran makanan segera lain yang ada di antaranya diusahakan dengan konsep francais, tetapi tidak bagi RFC.

Pengarah Urusan Kumpulan HPA, Ismail Ahmad berkata, setiap ahli yang mempunyai modal boleh membuka dan mengusahakan RFC tetapi perlu mendapat keizinan daripada HPA terlebih dahulu.

Menurutnya, kos pelaburan bagi pembukaan dan pelaksanaan sesebuah cawangan adalah antara RM500,000 hingga RM1 juta.

“Pembukaan cawangan baru secara tidak langsung pengusaha sedang mengembangkan jenama di bawah pengurusan HPA.

“Bagi ahli yang membuka cawangan RFC, mereka akan diberikan bantuan dari segi khidmat nasihat dan latihan untuk mengendalikan restoran,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya.

Ismail berkata, pembukaan setiap cawangan RFC secara tidak langsung membantu  mengembangkan jenama di bawah HPA berikutan kebanyakan produk digunakan adalah keluaran sendiri.

Katanya, Mac lalu, RFC telah membuka jabatan khusus bagi mengendalikan promosi secara terus dan menyeluruh melibatkan jualan, acara dan pengiklanan menerusi media elektronik serta cetak.

14 cawangan pada 2013

Menurut Ismail, sehingga kini RFC mempunyai 10 cawangan di Semenanjung Malaysia dan optimis menambah tiga lagi bagi melengkapkan 13 kesemuanya menjelang hujung tahun ini.

Katanya, syarikat turut menyasarkan pembukaan 14 cawangan baru pada  2013 bagi Semenanjung Malaysia dalam melebarkan sayap perniagaan RFC sekali gus memastikan mereka terus kukuh.

“Tidak hanya menumpukan pemasaran di Semenanjung Malaysia, tetapi RFC turut mendapat permintaan daripada pelanggan di Sabah dan Sarawak, tetapi perlu mengkaji pelbagai faktor sebelum membukanya.

“Pelaburan bagi setiap pembukaan cawangan baru melibatkan kos antara RM1 juta hingga RM1.2 juta secara keseluruhan termasuk pengubahsuaian dan kelengkapan diperlukan,” katanya.

Menurutnya, purata kapasiti pengeluaran ayam setiap bulan mencecah 30,000 ekor. Walaupun kos ternakannya tinggi, tetapi ia masih dapat ditampung RFC.

Ismail berkata, selain menambah cawangan baru, RFC juga bercadang menyediakan dapur bergerak bagi memudahkan pelanggan mendapatkan produk mereka pada setiap majlis dianjurkan.

Katanya, berbanding sebelum ini, setiap majlis atau program anjuran syarikat perlu diadakan di cawangan Shah Alam, tetapi dengan kewujudan dapur bergerak tersebut, syarikat dapat mengadakannya di pelbagai lokasi.

Bakal sertai DPIM

Mengulas mengenai penyertaan HPA dalam Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), beliau berkata, sehingga kini mereka belum menjadi ahli, tetapi mempunyai perancangan menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Ismail berkata, HPA sememangnya mempunyai hubungan baik bersama DPIM khususnya Presidennya, Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang sering dijemput dalam sesi dialog dan program HPA.

“Selari dengan perjuangan DPIM, RFC juga menjalankan perniagaan berkonsepkan islamik dan berhasrat menjadi salah satu restoran makanan segera berbentuk islamiah.

“Fokus utama syarikat kini adalah meningkatkan hospitaliti dan perkhidmatan lebih efisien di setiap cawangan bagi memastikan pelanggan berpuas hati,” katanya.

Ismail berkata, penekanan yang diutamakan RFC bagi segmen pemprosesan, penternakan dan pengeluaran ayam adalah kualiti.

Katanya, mekanisme digunakan untuk menternak ayam adalah berkonsepkan organik tanpa menggunakan vaksin dan bebas daripada ubatan kimia.

“Manakala, makanan ayam yang digunakan juga diproses sendiri tanpa menggunakan serbuk tulang (dicalsiumphosphate). Ayam RFC tidak hanyir dan rasanya seperti ayam kampung.

“Tidak menggunakan serbuk perisa (monosodiumglutamate) bagi setiap ayam membuatkan pelanggan kami tidak cepat jemu,” katanya.

Menurutnya, hampir semua produk digunakan di RFC adalah keluaran HPA termasuk sos cili dan air yang digunakan setiap pelanggan ketika mengunjungi mana-mana cawangan.

Ismail berkata, syarikat turut memberi keutamaan bagi penyembelihan ayam dan memastikan ia dibuat mengikut hukum fikah malah penyembelih juga terdiri daripada mereka yang bertauliah serta dipilih sendiri oleh HPA Farm.

Oleh: NURAINN AZHAR
11 Julai 2012
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/rfc-sasar-14-cawangan-baru-1.65381

klik-beli

Senarai Produk HPA | Cara Sertai Ahli HPA | Senarai Cawangan HPA

>> Harga Produk HPA Sudah BERUBAH. Mohon Rujuk Disini (klik) <<