Awas Dengan Kopi Radix Palsu Terbaru!

radix tiruan
Setelah lebih 7 tahun Kopi Radix dikeluarkan, bermacam ujian dan dugaan muncul. Sudah banyak kali Kopi Radix ditiru. Ada yang tiru bulat-bulat, ada yang meletakkan nama Radix sesuka hati mereka untuk produk kopi mereka sedangkan jenama Radix adalah hakcipta terpelihara HPA.

Paling terbaru ialah pihak yang tak bertanggungjawab telah meniru packaging Kopi Radix dan hanya menukarkan perkataan asal iaitu HPA Industries kepada Radix Industries beralamatkan Kuala Perlis.

Kandungan kopi sudah tentu berbeza daripada kopi Radix yang asli. Sila rujuk gambar yang disertakan di atas untuk info lanjut. Pihak HPA juga menawarkan ganjaran khas kepada individu yang berjaya mendapatkan maklumat mengenai pihak yang meniru ini.

Sila hubungi En Mohamad untuk maklumat lebih lengkap, 010-5453255.

3 thoughts on “Awas Dengan Kopi Radix Palsu Terbaru!”

  1. Assalamualaikum..
    Sebentar tadi baru sahaja saya beli satu sachet Radix. Yg dikilangkan oleh Radix industries, seperti yang di dalam gambar ini.
    saya mendapati, di papan radix 20sachet tu, ada tanda HPA yang menunjukkan ia original. berwarna silver.
    .:Confius:.

  2. Salam, beberapa thn yg lalu saya pernah terbeli kopi Radix yg palsu. Saya boleh tahu ianya palsu kerana aroma kopi Radix ini setelah dibancuh sgt berlainan dgn yg original kerana kopi palsu berbau seperti air Sarsi! Saya telah hubungi stokis berdaftar di Shah Alam untuk tindakan lanjut dan mereka mengambil kesemua bungkusan untuk dijadikan bukti. Pesan saya, beli dengan stokis/outlet HPA yg berdaftar shj dan jgn beli sebarangan tempat kerana musuh Islam wujud dlm pelbagai bentuk.

  3. Slm, Saya juga peminat Radik ni, Setakat ini belum lagi saya terkena dengan yang tiruan,T.kasih dengan info. yang di kongsikan untuk saya berhati-hati dengan produk glamor ini.

    Pesan saya untuk insan yang buat benda begini. Lebih baik bertaubat dan minta maaf. Walaupun produk yang dibuat tu Halal tapi rezeki yang diperolehi tu yang haram. Kalau nak buat pun, Buat jenama sendiri yang Ori. Tak tau nak letak nama apa? Letak saja nak saya. OK. Daripada tiru jenama orang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge