>> Harga Produk HPA Sudah BERUBAH. Mohon Rujuk HARGA TERKINI Disini (klik) <<
sinar harian

Klik gambar untuk imej lebih jelas

KANGAR – Syarikat pengeluar produk herba, HPA Industries Sdn Bhd menerusi cawangannya di Perlis menyasar untuk melahirkan 320 usahawan herbalis setahun selain bertekad meningkatkan jualan kepada RM25 juta sebulan.

Pengerusi Komuniti HPA Perlis, Mohd Zuhairi Yusoff berkata, keyakinan itu adalah berdasarkan pelancaran program pelan bisnes ‘multi level’ berasaskan syariah pertama di negara ini iaitu Program Khas Laluan Ke Puncakjaya (PKLP) sejak empat bulan lalu.

Menurutnya, pelaksanaan program ini menekankan objektif melahirkan usahawan yang mahir dalam rawatan Islam berasaskan herba secara praktikal bagi membolehkan mereka membuka pusat terapi sendiri pada masa hadapan.

“Sehingga kini, program PKLP yang baru diperkenalkan mendapat sambutan hangat pengguna dari seluruh negara. HPA bukan sahaja menyediakan pakej tawaran komisen lumayan berasaskan MLM syariah, malah memberi peluang kepada mereka untuk mendalami ilmu rawatan Islam berasaskan herba yang diamalkan pada zaman Rasulullah SAW dahulu.

“Pada masa sama, HPA menyasar menubuhkan sebuah universiti yang memberi pemahaman terperinci terhadap kebaikan herba di negara ini dalam masa terdekat bagi membolehkan lebih ramai ilmuan herbalis dilahirkan,” katanya.

Beliau ditemui Sinar Harian selepas program kursus mengenal produk halal, barangan Yahudi, perawatan Islam dan usahawan Muslim secara syariah ibu pejabat HPA, Jejawi di sini semalam.

Turut hadir Pengarah Jati Setia HPA Perlis, Mohammad Aseri Hanafiah.

Sementara itu, Mohammad Aseri yakin dengan kemampuan HPA untuk memperjuangkan produk halal berasaskan Islam di peringkat nasional dan antarabangsa memandangkan keupayaan beberapa produknya berjaya menembusi pasaran luar negara seperti kopi Radix dan Radix Fried Chicken (RFC).

Menurutnya, kesedaran umat Islam terhadap produk halal berasaskan syariah masih lagi kurang, malah terdapat segelintir pihak cuba merendah-rendahkan kemampuan produk halal tempatan dan lebih mengagungkan produk Yahudi.

“Sikap ini perlu dikikis memandangkan usaha menyokong produk buatan syarikat muslim bermakna kita membantu mengukuhkan ekonomi orang Islam.

“Saya percaya HPA berada di landasan sebenar dan menggalakkan orang ramai turut sama berkecimpung dengan perniagaan berasaskan sunnah Rasulullah SAW demi keberkatan rezeki,” katanya.

OLEH: KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN
31 Mac 2012

Sumber: Sinar Harian


klik-beli

Senarai Produk HPA | Cara Sertai Ahli HPA | Senarai Cawangan HPA

>> Harga Produk HPA Sudah BERUBAH. Mohon Rujuk Disini (klik) <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...