>> Harga Produk HPA Sudah BERUBAH. Mohon Rujuk HARGA TERKINI Disini (klik) <<

tekananTekanan darah merujuk kepada tekanan yang dikenakan oleh darah pada arteri atau pembuluh darah ketika ia dipam oleh jantung ke seluruh anggota badan.

Ujian tekanan darah dilakukan dengan mengambil dua ukuran dengan bacaan bagi tekanan darah normal adalah 120/80 mmHg.

Nombor 120 menunjukkan tekanan ke atas arteri akibat denyutan jantung atau sistolik.

Nombor 80 pula menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman dipanggil diastolik.

Masa paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa berehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

Sekiranya tekanan darah didapati sentiasa tinggi daripada kadar biasa secara berlarutan, seseorang itu dikatakan mengalami masalah darah tinggi.

Pesakit darah tinggi sekurang-kurangnya mempunyai tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat.

Pakar Perubatan Respiratori Hospital Pantai Ampang, Dr. Nor Adina Ahmad Tajudin berkata, mengukur tekanan darah amat penting bagi menunjukkan tahap kesihatan seseorang.

“Biasanya tekanan darah rendah adalah pada 90/50 ke bawah tetapi sebenarnya tekanan darah yang rendah menunjukkan sistem kardiovaskular mereka di peringkat yang amat baik,” katanya.

Bagaimanapun masalah timbul apabila tekanan darah turun secara mendadak yang biasanya disebabkan oleh penyakit berkaitan dengan tiroid, pendarahan, kurang darah, kandungan gula yang rendah atau jangkitan kuman.

Jika tekanan darah turun daripada 120/80 kepada 90/60 secara mendadak atau dikatakan sebagai acute change menunjukkan sesuatu yang tidak normal.

“Penurunan tekanan darah secara mendadak amat berbahaya kerana akan menyebabkan kekurangan oksigen di tempat penting seperti jantung dan otak.

“Ini boleh menyebabkan pesakit pitam atau lebih teruk pengsan,” katanya.

Biasanya golongan tua sering mengalami tekanan darah rendah disebabkan oleh kerosakan sistem saraf autoimun atau Autoimmune Nervous System.

Mereka yang duduk atau tunduk terlalu lama dan bangun secara tiba-tiba akan rasa pitam kerana tarikan graviti menarik darah ke bahagian bawah badan.

Ini akan mengecutkan salur darah menyebabkan darah tidak sampai ke otak.

“Biasanya 10 hingga 20 peratus warga emas mengalami masalah berkenaan,” katanya.

Selain itu kerosakan saraf boleh berlaku disebabkan oleh diabetes atau kekurangan darah.

Bagaimanapun jika tekanan darah memang sedia rendah, ini menunjukkan kesihatan kardiovaskular yang baik.

Berbeza dengan tekanan darah tinggi, yang menunjukkan tahap kesihatan penghidap kronik.

Sememangnya tekanan diperlukan untuk mengalirkan darah ke seluruh badan terutama organ-organ penting.

Bila tekanan darah terlalu tinggi, ia menyebabkan pelbagai kerosakan kepada tubuh badan terutama jantung.

Apa yang penting, pakar perubatan perlu melihat punca, komplikasi dan risiko tekanan darah tinggi.

Dr. Nor Adina berkata, 95 peratus tekanan darah tinggi tidak dapat dikenal pasti puncanya manakala lima peratus lagi disebabkan masalah hormon seperti hipertiroid, hiperadrenalin, penyakit jantung, buah pinggang atau kolesterol selain genetik.

“Biasanya mereka yang menderita tekanan darah tinggi mempunyai risiko penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung dan diabetes.

“Pesakit bakal menghadapi komplikasi seperti strok, serangan jantung, kegagalan jantung, kerosakan buah pinggang dan kerosakan mata,” katanya.

Lebih malang lagi, pesakit yang diserang strok seperti mati sebelah badan atau tidak boleh bercakap, tidak boleh kembali sembuh seperti sedia kala dan rawatan lebih kepada sokongan.

Dr. Nor Adina berkata, penyembuhan strok banyak bergantung kepada kekuatan dan semangat individu.

Justeru bagi mengelakkan komplikasi, pesakit yang menderita tekanan darah tinggi perlu mengambil ubat untuk mengawal penyakit sebelum bertambah kronik selain mengubah diet dan gaya hidup kepada lebih sihat.

“Pesakit perlu mengambil diet tinggi serat, rendah lemak, kurangkan garam, tidak merokok, tidak mengambil alkohol serta melakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari.

“Selain itu mereka perlu mengambil beberapa ubat,” katanya.

Pembunuh senyap

Tidak keterlaluan menggelarkan tekanan darah tinggi sebagai pembunuh senyap kerana ia tidak menunjukkan sebarang simptom ketara dalam masa lima hingga 10 tahun.

Masalah kolesterol yang amat berkaitan dengan tekanan darah tinggi biasanya berlaku kepada mereka yang berusia 40 tahun ke atas disebabkan salur darah yang menyempit.

Pemeriksaan berkala setiap dua hingga tiga bulan juga amat penting bagi mengesan sekali gus mengawal penyakit darah tinggi.

Dr. Nor Adina menyarankan setiap rumah mempunyai sebuah alat memeriksa tekanan darah.

“Ini memudahkan mereka memantau tekanan darah sendiri kerana tekanan yang meningkat secara tiba-tiba boleh menyebabkan mangsa jatuh, pernafasan dan peredaran darah terhenti,” katanya.

Pesakit juga terdedah kepada pendarahan atau darah beku di otak menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak dan jantung berhenti dengan tiba-tiba.

Penyakit kardiovaskular termasuk tekanan darah tinggi, kolesterol, obesiti dan diabetes banyak menyerang lelaki pada usia 55 tahun dan wanita 65 tahun.

Bagaimanapun, jelas Dr. Nor Adina, tekanan darah tinggi yang berlaku pada usia bawah 40 tahun mungkin disebabkan tekanan kerja, makanan tidak seimbang atau gaya hidup yang tidak sihat.

Kini ramai kanak-kanak menghidap tekanan darah tinggi mungkin kerana gaya hidup moden yang sedentari.

“Masyarakat pula tidak peka atau kurang kesedaran mengenai tekanan darah tinggi kerana mereka tidak nampak risiko yang bakal dihadapi pada masa akan datang,” katanya.

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN

Sumber: Mingguan Malaysia

Pertanyaan rawatan HPA untuk darah tinggi atau darah rendah –> http://duniaherbahpa.com/hubungi/


klik-beli

Senarai Produk HPA | Cara Sertai Ahli HPA | Senarai Cawangan HPA

>> Harga Produk HPA Sudah BERUBAH. Mohon Rujuk Disini (klik) <<