>> Harga Produk HPA Sudah BERUBAH. Mohon Rujuk HARGA TERKINI Disini (klik) <<

POSTUR duduk yang tidak betul boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang. – Gambar hiasan

TAHUKAH anda empat daripada lima orang di dunia menderita sakit belakang sekurang-kurangnya sekali seumur hidup mereka?

Apabila membeli barang di pasar raya, ramai pelanggan mengangkat barang secara membongkokkan badan, padahal mereka sepatutnya membengkokkan kaki bagi gerak mengusung yang diperlukan.

Bagi pekerja kolar putih pula, mereka duduk di meja dan menghadap komputer masing-masing selama berjam-jam. Setelah penat bekerja dan pulang ke rumah ada yang terlena di atas sofa ketika menonton televisyen.

Adakah senario yang digambarkan di atas menyamai rutin harian kehidupan anda? Kini semakin banyak iklan tentang pil, plaster, balm dan ubat sakit belakang. Semua itu adalah bukti bahawa insiden sakit belakang bahagian bawah (LBP) semakin meningkat.

Tulang belakang yang juga dipanggil tulang spina sebenarnya satu rangkaian tulang vertebra yang membentuk belakang seseorang. Ia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu servikal, torasik dan lumbar.

Memberi fleksibiliti

Bahagian servikal mempunyai tujuh tulang vertebra yang menyambungkan tengkorak kepada tulang belakang. Ia juga membentuk struktur leher selain memberi ruang untuk leher berpusing ke kiri atau kanan.

Bahagian torasik pula adalah bahagian tulang belakang yang mempunyai paling banyak vertebra iaitu 12. Vertebra itu terletak di bahagian dada dan bercantum dengan tulang rusuk yang melindungi organ-organ penting seperti paru-paru dan jantung.

Bahagian lumbar biasanya mempunyai lima atau enam vertebra. Bahagian itu adalah bahagian tulang belakang terkuat kerana ia menyokong berat badan. Ia juga bersambung dengan tulang pelvis.

Keseluruhannya, vertebra berfungsi melindungi kordus spinal dan saraf yang berkaitan. Kordus spinal adalah sekumpulan saraf tunjang yang panjang dan sel-sel sokongan yang bersambung dengan otak lalu menjadikan sistem saraf pusat.

Fungsi lain vertebra tulang belakang ialah memberi fleksibiliti kepada pergerakan badan dan anggota, menyokong kerangka badan selain mengimbangi berat badan ketika berjalan atau berdiri.

Kebanyakan LBP berpunca daripada otot. Badan memerlukan otot yang kuat bagi memastikan postur yang betul.

Di seluruh dunia, perubahan dalam gaya hidup memberi impak dan kesan terhadap kesihatan termasuklah LBP.

Di negara maju dan sedang membangun, masyarakat lebih cenderung meluangkan banyak masa dengan bekerja. Faktor itu dikenal pasti sebagai antara sebab mengapa mereka yang bekerja lebih cenderung mengalami LBP.

Menurut Dr. Barry Kluner: “Banyak kes LBP tersilap diagnosis atau diberikan rawatan yang tidak sepatutnya dan ini menyebabkan kesakitan yang berulang”.

MENGANGKAT barang dengan cara yang tidak betul boleh menjejaskan otot tubuh.

“LBP boleh terjadi pada mana-mana peringkat umur. Ia juga lebih prevalen di kalangan remaja dan anak kecil”, kata Dr. Kluner yang juga pakar tulang belakang.

Menyentuh mengenai rawatan LBP, Dr. Kluner berkata, terdapat beberapa cara konservatif seperti berehat, ubat tahan sakit, manipulasi tulang spinal, ubat relaksasi otot, fisioterapi dan mengurut untuk mengurangkan kesakitan tersebut.

Bagaimanapun, kaedah itu kurang berkesan. Kebanyakan LBP yang berpunca daripada otot boleh pulih dalam masa beberapa minggu jika didiagnosis dengan tepat.

Alat sokongan

LBP akut memerlukan tempoh pemulihan yang lebih lama. Kesakitan berulang dapat dihalang jika punca sebenar LBP diketahui.

Kebanyakan aktiviti seperti bekerja, makan dan menonton televisyen dilakukan secara duduk. Menggunakan postur badan yang betul ketika melakukan aktiviti penting bagi menghindari LBP atau kesakitan lain.

Di AS kos perawatan bagi masalah LBP dianggar berjumlah AS$30 juta (RM90 juta) setahun.

Kerugian masa bekerja, pengurangan produktiviti serta had dan sekatan dalam aktiviti harian adalah antara kemudaratan yang disebabkan LBP. Masalah itu menyebabkan badan dan organisasi tidak dapat mengoptimum produktiviti.

Masyarakat Malaysia perlu sedar betapa pentingnya mempunyai tulang spina yang sihat dan pencegahan adalah lebih lebih baik daripada rawatan. – Bernama

Kredit : kosmo.com.my

Produk HPA Untuk Mengurangkan Sakit Belakang

1. Minyak But-but

Minyak But-But mengandungi ramuan lebih dari 100 jenis herba, termasuklah jenis tumbuhan yang kebiasaannya digunakan oleh burung But-But untuk membuat sarangnya.

Kelebihan Minyak But-But adalah seperti berikut:-

Untuk Patah Tulang.

Panaskan minyak dan sapukan pada bahagian yang patah dan terus balutnya dengan kain. Amalkan bersama Radix sebanyak 6 kapsul sehari.

Untuk Urut.

Minyak ini bersifat sejuk diluar dan didalam ia akan meresap ke lapisan epidermis yang mampu untuk mengubati saraf yang terganggu.

Komposisi (75 ml per botol) :

1. Kaempferia Galanga

2. Melaleuca Lecodendron

3. Cocos Nucifera Oil

4. Tinospora Crispa

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 10.50
Sabah & Sarawak: RM 13.00

2. Krim But-but

Krim But-But (pengolahan dari minyak but-but dalam bentuk krim, rasa panas dan wangi). Sesuai dipakai bagi menghilangkan lenguh-lenguh sendi dan urutan minyak panas.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 13
Sabah & Sarawak: RM 15


klik-beli

Senarai Produk HPA | Cara Sertai Ahli HPA | Senarai Cawangan HPA

>> Harga Produk HPA Sudah BERUBAH. Mohon Rujuk Disini (klik) <<