>> Harga Produk HPA Sudah BERUBAH. Mohon Rujuk HARGA TERKINI Disini (klik) <<

Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali ke-5 Koperasi Wahida HPA Berhad (KOWAHIDA) bertempat di HPAIC pada 6 Ogos yang lalu berjalan dengan cukup baik di mana seramai hampir 50 orang perwakilan yang hadir ke mesyuarat tersebut. Perwakilan yang hadir adalah terdiri daripada anggota-anggota Koperasi Wahida HPA Bhd. seluruh Malaysia yang dibahagikan bagi wakil-wakil zon masing-masing.

Mesyuarat itu telah di rasmikan oleh En Meor Mohd Shariffudin, Timbalan Pengarah SKM (Suruhanjaya Koperasi Malaysia) Perlis, En Meor dalam ucapan beliau menyatakan bahawa KOWAHIDA adalah dalam senarai koperasi terbaik di Negeri Perlis dan mengucapkan tahniah kepada KOWAHIDA kerana telah dianugerahkan Koperasi Tunas Cemerlang pada Hari Koperasi Negara di Putrajaya baru baru ini.

Pengerusi KOWAHIDA En Mohamad Faisol menyerahkan cenderahati kepada En Meor Mohd Shariffudin, Timbalan Pengarah SKM Perlis yang sudi merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan KOWAHIDA kali ke 5

Di samping itu juga Pengerusi KOWAHIDA, En Mohamad Faisol Bin Abdul Rahman dalam ucapan beliau memberi keyakinan kepada anggota bahawa koperasi akan merangka lebih banyak projek-projek besar bagi menjana lebih pendapatan serta dapat memberi keuntungan yang lebih baik kepada anggota insyaAllah.

Pada Mesyuarat tersebut Ahli Lembaga dan Pewakilan KOWAHIDA bersetuju mengisytiharkan dividen sebanyak 10% bagi modal saham berakhir 30 Jun 2010 kepada anggota yang layak.

Barisan baru ALK juga telah di lantik dalam mesyuarat tersebut, 2 orang ALK lama telah digugurkan, En Ismail bin Othman dan Pn Nor Haida binti Rameli.

ALK baru yang dilantik bagi mengantikan ALK yang digugurkan adalah En Harryzan bin Yaakub dan En Zambri bin Abd Aziz. Barisan baru Ahli Lembaga ini diberi harapan dan kepercayaan penuh oleh anggota bagi menggerakkan koperasi ke arah cita-cita besar anggota dan salah satunya adalah koperasi menuju ke arah pembentukan sebuah perbankan Islam.

LANTIKAN BARU BARISAN AHLI LEMBAGA KOPERASI 2011/2012

1. Mohammad Faisol bin Abd Rahman (Pengerusi)

2. Azizan bin Ahmad (Setiausaha)

3. Mohd Rosli bin Abu Bakar (Bendahari) – Lantikan Semula-

4. Hafidzan bin Faudzi

5. Fisal bin Ahmad Tajuddin

6. Abdul Ghani bin Hussein

7. Ramly bin Ahmad

8. Rashidah bt Abd Rahim

9. Siti Zawiah bt Abd Rahman

10. Zaharah bt Yusoff

11. Nor Bee bt Ramli

12. Zambri bin Othman – Lantikan Semula-

13. Faezah bt Daud – Lantikan Semula-

14. Harryzan bin Yaakub – Lantikan Baru-

15. Zambri bin Abd Aziz – Lantikan Baru-

Anda belum menjadi ahli Koperasi Wahida dan ingin melabur? Rujuk infonya DISINI.


klik-beli

Senarai Produk HPA | Cara Sertai Ahli HPA | Senarai Cawangan HPA

>> Harga Produk HPA Sudah BERUBAH. Mohon Rujuk Disini (klik) <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...