Syarat Baru Untuk Layak Menjadi PJS

Pengarah Urusan 1 HPA, Tuan Haji Ismail mengumumkan PJS bukan lagi berpandu pada angka bonus. Tapi atas keaktifan mengisi program. Mulai sekarang semua Pelapis PJS (Pengedar berpangkat PJ keatas yang mempunyai bonus RM1,000 ke atas) boleh memohon sebagai PJS melalui Kelab Zon masing-masing. Mereka yang memohon akan ditemuduga oleh Panel Syariah, GM AWM dan GM MIS.

Ini kenyataan dari blog GM AWM:

1. Mulai sekarang syarat utama permohonanan PJS adalah minimum bonus RM 1000 dan aktif serta komited dalam semua program utama ESP, Bengkel ESP, KPJ ESP, Anugerah ESP dan semua program berkaitan dengan ESP. Borang permohonan PJS sila dapatkan di zon masing-masing melalui jabatan latihan Zon.


2. Untuk permohonan menyambung status PJS yang sedia ada, pihak Latihan Zon di kehendaki membuat laporan penilaian melalui Borang yang akan disediakan oleh pihak AWM (En Kamal). Syarat utama menyambung kontrak PJS juga tertakluk kepada keaktifan dan komitmen PJS sedia ada terhadap program program yang berkaitan dengan ESP.

3. Setiap kontrak penyambungan PJS hanya untuk tempoh 3 bulan sahaja. Selain dari komitmen dan keaktifan dalam program berkaitan ESP, syarat kelayakan juga bergantung kepada disiplin, tidak melibatkan diri dalam MLM lain samada secara langsung atau sebaliknya, karakter kepimpinan tanpa mengira jaringan, keaktifan program mingguan, cawangan samada dianjurkan oleh syarikat dan kelab.

4. Semua PJS dan bakal PJS di wajibkan memastikan membawa minima 6 downline pada aras 1 di program ESP serta melakukan maintain 150NM untuk kenaikan PLX. Ini sejajar dengan pembentukan rangkaian melalui program ESP seperti yang dianjurkan oleh HPA.

5. Kelayakan dan keaktifan sebagai Mentor dalam program ESP, adalah suatu advantage/kelebihan dalam proses penilaian dalam perlantikan PJS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge