Kad Bisnes HPA Dibuka Untuk Tempahan

Salam ukhwah,

Kad Bisnes HPA dengan design yang pelbagai kini dibuka untuk tempahan. Anda boleh lihat contoh design dalam gambar di bawah:

Klik Disini Untuk Mendownload Contoh Design Kad Bisnes HPA

Kad bisnes atau business card semestinya mempunyai kelebihan yang tersendiri. Antaranya:

  • Menunjukkan imej dan personaliti anda sebagai seorang usahawan.
  • Memberi keyakinan dan kepercayaan kepada pelanggan bahawa anda seorang yang serius menjalankan perniagaan.
  • Akan memudahkan pelanggan berhubung dengan anda melalui maklumat perhubungan yang diletakkan dalam kad bisnes.
  • Menjimatkan masa anda untuk memberi maklumat perhubungan diri anda kepada pelanggan (contohnya terpaksa menulis dengan pen). Anda mungkin boleh terlepas peluang mendapatkan pelanggan yang mungkin hendak cepat.
  • Sangat praktikal dan dengan mudahnya anda dapat berikan kad bisnes ini kepada sesiapa saja semasa anda menghadiri sesuatu majlis, program atau aktiviti di tempat anda.
  • Akan membantu anda mengekalkan perhubungan dengan pelanggan anda untuk suatu jangka masa yang panjang.

Jika anda seorang ahli HPA yang bergiat aktif sebagai pengedar, usahawan mahupun stokis, inilah masanya untuk mempromosi perniagaan HPA anda dengan lebih efektif dan profesional dengan menggunakan kad perniagaan.

Jadi, kepada semua ahli HPA yang berminat untuk mendapatkan Kad Bisnes HPA ini, sila emel ke sales.duniaherba@gmail.com beserta maklumat berikut untuk proses penghantaran:

  • Nama:
  • Kod design:
  • Alamat:
  • No tel (rumah/pejabat):
  • Emel:
  • Laman web:

Anda boleh juga menambah maklumat lain seperti lokasi, no ahli HPA dan lain-lain. Harga untuk 200 keping kad ialah RM 40 sahaja. Tidak termasuk kos penghantaran. Jom tempah sekarang!