>> Harga Produk HPA Sudah BERUBAH. Mohon Rujuk HARGA TERKINI Disini (klik) <<

Sebahagian Lirik Lagu Ditulis Oleh Pengarah Urusan HPA

Semasa Konvek HPA yang berlangsung baru-baru ini, HPA turut melancarkan album Nasyid Hijrah dari kumpulan UNIC. HPA juga pernah bekerjasama dengan kumpulan nasyid Raihan dengan melahirkan album Musafir Perjuangan dan Selawat Theraphy pada tahun 2010. Album Hijrah adalah projek khas Tuan Haji Ismail Bin Ahmad (Pengarah Urusan HPA) dan yang istimewanya adalah 6 buah lagu di dalam album ini, liriknya adalah hasil daripada nukilan beliau sendiri.

Antara lagu-lagu yang termuat di dalam album ini ialah :

  • Hijrah
  • As-Syafi
  • Menuju Wawasan
  • Sajak Usahawan
  • Ubatan Hakiki
  • Sangkar Hati
  • Doa Dhuha
  • Doa Rabitah
  • Solatlah Wahai Permata Hatiku

Lirik lagu Sajak Usahawan:

usahawan bukannya manusia luar biasa
cuma usahawan
luar biasa kerjanya
luar biasa ketabahannya
luar biasa tindakannya
luar biasa mindanya

bertemu usahawan itulah
rezeki kerana usahawan membawa
peluang kepada yang mahu mengubah diri sendiri

hidup jiwanya bersama usahawan
fikir kejayaan
fikir strategi
fikir kelemahan diri
bukan mencari kelemahan orang lain

masa bagi usahawan
paling penting
menyusun, merangcang dan mengatur
yang paling penting
usahawan tidak takut dengan persaing
kerana usahawan sering bersedia
tetapi pesaing yang takut usahawan
kerana mereka gimik semata-mata

istilah gagal dan putus asa
tiada dalam kamus usahawan
dibalik gagal ada kejayaaan
putus asa pula pintu kekufuran

cita-cita usahawan cukup tinggi
kekadang usahawan dikatakan bermimpi
gerak kerja usahawan penuh wawasan
pengalaman lampau jadi degree usahawan
mengalahkan mereka yang punya kelulusan
yang mampu merangcang, tapi tiada pengalaman

kalau tidak
usahawan tidak boleh berada
dipuncak jaya
memiliki yang tidak dimiliki
usahawan bukannya manusia luar biasa
usahawan berdiri di atas kaki sendiri

usahawan punya indole sendiri
yang patut dicontohi
bahkan sejarah kejayaan usahawan sendiri
akan ditulis orang suatu hari nanti

yang penting
usahawan manusia yang bertaqwa
banyak kebajikannya
banyak ibadah dan zikirnya
kuat perjuangannya
amat kasih usahawan pada Rasulnya
amat cinta usahawan pada Tuhannya

Ini pula keratan akhbar mengenai perkembangan terbaru UNIC.

Preview Album ini boleh ditonton di Youtube.com:

Jom dapatkan segera CD album nasyid Hijrah UNIC ini dari cawangan HPA berhampiran atau beli online melalui kami. Sambil-sambil anda memandu kereta atau bekerja bolehlah pasang CD ini sebagai halwa telinga dan mengingatkan diri kita kepada Ilahi.

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia : RM 25.00
Sabah & Sarawak : RM 27.90

Harga Pengedar HPA:
Semenanjung Malaysia : RM 23.00
Sabah & Sarawak : RM 25.00

Nilai Mata (NM) : 5

Ingin dapatkan info dan perkembangan terbaru UNIC, layari web mereka di

[+] http://www.famili-unic.net

Terus UNIK Bersama UNIC


klik-beli

Senarai Produk HPA | Cara Sertai Ahli HPA

>> Harga Produk HPA Sudah BERUBAH. Mohon Rujuk Disini (klik) <<