Kursus Asas Kiropraktik

Kursus Asas  Kiropraktik

Tempat : Dewan Kuliah Di Masjid Bandar Sri Damansara

Pada: 14 November 2010 (Ahad)

Masa : 9.30 pagi – 4.00 petang

Artikel Mengenai Kiropraktik

SAKIT BELAKANG: ADAKAH RAWATAN KIROPRAKTIK MEMBANTU?

Apa kata para pengkaji?

Bukti klinikal menunjukkan yang kiropraktik adalah selamat dan berkesan sepertimana juga kaedah-kaedah konvensional, yang mana melibatkan ubat-ubatan tahan sakit, rehat yang cukup dan senaman. Walau bagaimanapun sakit belakang (pinggang) biasanya akan beransur baik dengan sendirinya dalam masa beberapa minggu, sekalipun bagi pesakit yang langsung tidak mendapatkan sebarang rawatan (bergantung kepada jenis sakit juga).

Sakit belakang (pinggang) biasanya disebabkan oleh kecederaan atau ketegangan, dan tiada ubat ajaib bagi masalah ini sebenarnya. Biasanya belakang kita akan sembuh dengan sendirinya, namun dalam suatu jangkamasa yang tertentu. Walaubagaimanapun, rawatan seperti kiropraktik atau juga cara konvensional mungkin boleh melegakan diri kita sambil-sambil kita menunggu sistem tubuh badan kita menjalankan proses penyembuhan diri.

Apa yang kiropraktor buat?

Konsep rawatan kiropraktik adalah tulang belakang yang terhalang gerakkannya akan menyebabkan kesakitan dan mengurangkan keberkesanan fungsinya. Penyelarasan tulang belakang adalah salah satu bentuk terapi yang kiropraktor gunakan bagi merawat masalah tulang belakang yang terhalang gerakannya ini. Matlamat utamanya adalah untuk memulihkan kembali pergerakkan tulang belakang dan hasilnya akan memulihkan kembali fungsinya serta mengurangkan atau menghilangkan sakit belakang.

Semasa penyelarasan, kiropraktor akan gunakan tangan dalam mengenakan tekanan pada sendi-sendi, menekannya melebihi julat gerakkan normalnya. Biasanya penyelarasan ini akan diikuti dengan bunyi-bunyian ‘pop’ dan ‘krak’ (insyallah tak patah, bunyi tulang selisih je).

…begitulah sedikit sebanyak mengenai kiropraktik.

Jika anda berminat untuk mengikuti Kursus Pembetulan Tulang Belakang secara Kiropraktik, sila hubungi 0138822518  Encik Ammar Sufyan bin Rostin atau  0136697491 – Ustaz Radzi

Bayaran  sebanyak RM 100.00

Sijil  serta  makan tengahari disediakan

One thought on “Kursus Asas Kiropraktik”

  1. salaam, ingin menjalani rawatan kiro sabtu, ahad di sg buloh utk wanita. saya mengalami slip disc dan sakit masih recurring dan merakan tulang pinggang, tulang servix dan lutut semakin mengecut (bone mass loss0 agaknya. pohon bantunan rawatan segera\ ahida 012 3353 450 jumaat 19/11 11 mlm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge