>> Harga Produk HPA Sudah BERUBAH. Mohon Rujuk HARGA TERKINI Disini (klik) <<

Garam Bukit HPA (keluaran Halagel) adalah garam yang berasal dari kawasan Gunung Himalaya dan berada dalam bentuk asalnya. Ia adalah garam organik yang paling tulen, berkhasiat, paling bersih dan mempunyai struktur geometrik kristal yang amat sempurna.

Suatu ketika dahulu garam bukit dikenali sebagai “Raja Garam atau emas putih” kerana ia hanya dihidangkan kepada golongan diraja sahaja. Elemen garam yang amat kecil memudahkan sel badan kita untuk menyerap unsurnya. Ia tidak cerna dalam badan malah ia tidak mengandungi kalori merbahaya.

Garam Bukit HPA mengandungi 84 elemen semulajadi yang diperlukan oleh badan kita. Sebaliknya garam biasa (dari laut) selepas proses pembersihan hanya mengandungi natrium klorida dan bahan tambahan (bahan awet).

Garam Bukit HPA dihasilkan secara semulajadi selama jutaan tahun dapat membebaskan tenaga didalam badan kita dan dapat menyeimbangkan kadar metabolisma tubuh. Sedangkan garam laut yang melalui proses kimia bukan dihasilkan secara semulajadi akan bertindak sebagai racun dimana tubuh sendiri cuba menyingkirkannya secepat mungkin untuk melindungi dirinya. Ini menyebabkan bebanan mendadak pada tubuh kita untuk menyingkirkan garam laut yang kaya dengan Natrium Klorida terutama pada organ penyingkiran seperti ginjal.

Sekiranya kandungan Natrium Klorida terlalu tinggi dan badan gagal menyingkirkannya, pengkristalan semula berlaku dimana badan akan menggunakan proten lemak haiwan yang tidak dicernakan untuk membentuk asid urik supaya dapat menghindarkan garam.

Oleh kerana badan tidak dapat membuang asid urid, asid urik akan mengikat dirinya dengan natrium klorida untuk membentuk kristal baru dan menempatkan dirinya terus kedalam sendi tulang dan berlakunya sakit sendi (arthritis) atau Ghout.

Oleh itu selamatkanlah diri dan keluarga anda dengan menggunakan Garam Bukit HPA yang semulajadi tanpa bahan tambahan dan pewarna. 100% Asli.

Mengandungi 84 “ natural” elemen yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Antaranya:

hydrogen,lithium,beryllium,boron,carbon,nitrogen,oxygen,fluoride, sodium,magnesium,aluminum,silicum,phosphorus,sulfur,chloride, calcium,scandium,titanium,vanadium,chromium,manganese,iron, cobalt,nickel,copper,zinc,gallium,germanium,arsenic,selenium,bromine, rubidium,strontium,yttrium,zirconium,niobium,molybdenum,ruthenium, rhodium,palladium,silver,cadmium,indium,tin,antimony,tellurium,iodine, cesium,barium,lanthanum,cerium,praseodymium,samarium,europium, gadolinium,terbium,dysprosium,holmium,erbium,thulium,ytterbium, lutetium,hafnium,tantalum,fungsten,rhenium.Osmium,iridium,platinum, gold,mercury,thallium,lead,bismuth,polonium,astatine,francium,radium, actinium,thorium,protactinium,uranium,neptunium dan plutonium.

Garam dan aktiviti otak.

Malah proses yang paling mudah dalam badan kita memerlukan garam atau unsur semulajadinya yang berbentuk ion. Sebagai contoh adalah tugas sistem saraf kita untuk menghantar rangsangan yang telah direkod melalui deria input ke otak kita . Dan kemudiannya menghantar maklumat ini kembali kepada otot untuk bertindak balas mengikut rangsangan yang berlaku .

Muncul potensi elektrik berlaku pada dinding membran sel apabila ion caj potassium yang positif meninggalkan sel dan kerana saiznya yang besar juga ion caj sodium yang positif tidak dapat memasukinya. Bahagian luaran menjadi caj positif dan bahagian dalaman menjadi caj negatif. Apabila sistem saraf menerima rangsangan membrannya tiba-tiba menjadi polar bertentangan dan akibatnya telah diresapi oleh ion sodium .

Dalam masa 1 /1000 saat , potensi elektrik berubah dan dibebaskan , dengan setiap denyutan saraf , 90 mill volt tenaga terhasil. Rangsangan yang diterima kini bertukar menjadi fikiran dan perbuatan . Tanpa unsur potassium dan sodium dalam garam, proses ini mustahil berlaku . Apalagi untuk berfikir , apalagi untuk bertindak juga mustahil tanpa kehadiran unsur berkenaan.

Tindakan minum segelas air , memerlukan berjuta-juta arahan yang berlaku melalui dorongan . Pada mulanya hanyalah fikir nak minum . Fikiran itu bukan apa-apa tapi adalah frekuensi elektromagnet . Garam bertanggungjawab untuk membolehkan frekuensi itu ditukarkan menjadi arahan kepada otot dan organ .

Beza Garam biasa dan garam bukit.

Sebagaimana biasanya kegunaan garam didapur , begitulah juga hubungan jumlah penyakit dengan garam harian . Hidup adalah mustahil tanpa garam. Tetapi penggunaan garam boleh membunuh kita. Mengapa begitu??? Ini kerana garam biasa kita tidak mengandungi apa-apa yang sama dengan garam kristal yang sedang kita perkatakan di sini. Garam pada hari ini bukanlah garam biasa tetapi sodium klorida .

Garam asli sepatutnya terdiri daripada bukan hanya dua tetapi lengkap dengan semua unsur semulajadinya. Ini ada persamaan dengan unsur yang dibina oleh badan kita dan semulajadinya ditemui wujud dari ” laut dahulukala ” dimana semua hidupan bermula.

Yang menariknya , darah kita berbentuk sole , mengandungi sama larutan garam sebagaimana laut dahulukala iaitu cecair terdiri dari air dan garam. Nisbahnya kepekatannya sama, sebagaimana wujud berakhirnya hidup laut dahulukala . Sole ini mengalir menerusi lebih dari 56,000 batu aliran air dan salur darah menerusi hidupan kita dengan desakan graviti , terapung , mengawal dan mengimbang tugas dalam badan kita.

Bagaimana Garam membebankan tubuh anda.

Badan kita memerlukan 0.007 auns garam sehari . Sebahagian daripada kita mengalami kekurangan garam, walaupun kita terlebih penuh dengan sodium klorida. Apabila penggunaan garam kita kurang dari 0.007 auns sehari , berlaku ketagihan garam. Mengikut purata perkapita penggunaan garam harian di US adalah antara 0.4 hingga 0.7 auns. Walau bagaimanapun , badan kita hanya mampu mengumuhkan 0.17 auns hingga 0.25 auns sehari menerusi buah pinggang bergantung kepada umur , resam badan dan jantina.

Badan mengenalpasti garam biasa sebagai racun bersel dan bukan bahan semulajadi dan mahu memusnahkannya secepat mungkin untuk melindungi dirinya. Ini menyebabkan bebanan mendadak pada tubuh kita untuk berkumuh. Dalam hampir semua produk pengawetan, garam digunakan sebagai salah satu proses mengawet. Jadi dengan menambah garam pada bahan yang sedia awet, badan menerima lebih garam dari jumlah yang sepatutnya dikumuhkan.

Kesan penggunaan garam biasa.

Kesan menggunakan garam biasa telah membentuk keasidan edema yang tinggi atau lebihan cecair dalam tisu badan punca penyebab terjadinya selulit. Sebab itulah doktor melarang kita mengambil garam lebih. Untuk setiap .035 auns sodium klorida yang tidak boleh dimusnahkan oleh badan menggunakan 23 kali ganda jumlah sel airnya untuk meneutralkan garam itu.

Kalau kandungan masih terlalu tinggi pengkristalan semula berlaku semasa badan menggunakan semula protin lemak haiwan yang tidak dicernakan ( non-degradable ) biasanya terdapat dalam susu ) yang juga tidak berguna dan tidak dapat dilupus atau dimusnahkan. Protein inilah yang digunakan oleh badan untuk untuk membentuk asid urik untuk menghindarkan lebihan garam. Oleh kerana badan tidak dapat membuang asid urik , ia telah mengikat dirinya dengan sodium klorida untuk membentuk kristal baru dan menempatkan dirinya terus ke dalam sendi tulang .

Inilah yang menimbulkan pelbagai jenis penyakit Arthritis , gout ( sengal tulang ) dan pundi hempedu ( gall bladder ). Pengkristalan ini merupakan jalan penyudah keselamatan untuk sel badan dan organ bagi melindungi badan dari mengalami kerosakan mahupun keracunan akibat pengambilan makanan yang tidak betul. Dalam jangka masa panjang ia meracuni sistem badan kerana bahan berkenaan tidak dapat dikumuhkan.

Garam dan Sunnah.

Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam. Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka. Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam .Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.

SUNNAH-SUNNAH BERKAITAN GARAM

Dari Abdullah Bin Umar

” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu beis, api ,air dan garam”

Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .

Dari Anas Bin Malik, Nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .

Hadis riwayat Ibnu Majah

” Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam ”

Hadis riwayat Al – Bazzar.

Garam Sunnah dan Pengamalannya.

* Ambil secubit garam sunnah mengikut panduan yang diberikan . Guna ibu jari dan jari teliunjuk, diikuti jari manis , jari kelingking dan jari telunjuk semula untuk mengambil secubit garam ( 4 X ). Kalau boleh jangan campur dengan orang lain . Kalau anda mencubit garam itu dari bekasnya . Ia khas untuk anda sahaja . Berkaitan dengan sistem penghadaman dan energy anda. Kalau perlu asingkan dari bekasnya. Amal sebelum dan selepas makan dapat hindari 330 jenis penyakit paling kurang , kusta , gila, sakit gigi, keracunan, sakit kepala ,melancarkan sistem penghadaman secara semulajadi dan selebihnya hanya ALLAH S.W.T yang mengetahui ( cara perubatan Rasulullah SA.W ).

* Minum air mineral pada kadar PH 7 atau 7.4 jangan lebih dari ph 14 atau kurang dari PH 7. Air yang paling terbaik adalah air zam-zam. Minum air sekurang-kurangnya 3 liter . Tidak kurang 8 gelas sehari . Jangan minum teh atau kopi atau nescafe kerana ia akan membatalkan khasiat garam. Minum teh herba sahaja . Lagi kopi garam bukit boleh diminum.

Cara lain – Ambil satu sudu kecil teh garam sunnah cairkan dan minum dalam keadaan perut kosong . Kemudian minum air mineral sebanyak banyaknya 2 hingga 3 liter padu air sepanjang hari.

Merawat dan mematikan jerawat dalam masa 1 hari sahaja : Makan 4 cubit garam ikut arahan pada kotak dan ambil sesudu kecil teh letak dalam tapak tangan titis air dan tenyeh pada tapak tangan dengan air sedikit pastikan sebahagian garam cair dan sebahagian tak cair . Sapukan pada muka seperti bedak sejuk . Basuh selepas 20 minit . Atau malam-malam lepas sapu tidur sampaikeesokan harinya . Baca selawat dan niat untuk mematikan kuman jerawat . Selamat mencuba !

Nota: Untuk merawat kanak-kanak memadai ikut cubitan jari tangan mereka . Ia bagus untuk meningkatkan sistem imun kanak-kanak . Jangan melebihi sukatan kerana garam ini mengandungi ion tenaga yang amat tinggi . ( di proses bukan menggunakan besi )

Untuk wanita mengandung tidak digalakkan ambil garam sunnah . Rujuk dan ikut nasihat doktor sepanjang tempoh kehamilan . Garam biasa ( garam premium halagel/HPA boleh ).

Gunakanlah Garam Bukit HPA! Lebih berkhasiat, lebih tulen dan lebih bersih.

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia: RM 2.50
Sabah & Sarawak: RM 3.00

Harga Pengedar HPA:
Semenanjung Malaysia: RM 2.00
Sabah & Sarawak: RM 2.50

Nilai Mata (NM): 0.25


klik-beli

Senarai Produk HPA | Cara Sertai Ahli HPA | Senarai Cawangan HPA

>> Harga Produk HPA Sudah BERUBAH. Mohon Rujuk Disini (klik) <<