Radix Diciplak Lagi…Ayuh Banteras Habis-habisan

kopi radix haram

Perbandingan Kopi Radix Asli dan Palsu (klon)

1. Bungkusan: Bungkusan kopi radix klon lebih besar
2. Logo HPA: Berbeza pada huruf P. Kopi radix klon terdapat titik hijau pada warna putih di tengah huruf P
3. Pada logo Halal : Tulisan rumi HALAL pada kopi radix klon tidak jelas ejaannya dan tidak boleh dibaca.
4. Sudu: Warna sudu kopi radix klon kabur dan tak bersilau.
5. Air kopi : warna air kopi klon keperangan dan buihnya tidak jelas.
6. Angka 23g: Kopi radix klon mempunyai border merah pada angka 23g.
7. Tulisan MS 1500:2004 dan 23g dicetak agak ke bawah hingga terkena di bahagian pengunci bungkusan.
8. Bijirin 3 biji kopi di atas cawan pada kopi klon tiada bayang hitam.
9. Tulisan RADIXRADIXRADIX yang keluar dari cawan tiada pada kopi klon.
10. Rasanya : Pahit terasa. Sudah pasti kopi klon berbahaya dan tiada jaminan ada 7 herba.

Penyelesaian:

1. Belilah Kopi Radix yang asli hanya dari cawangan dan stokis HPA yang sah sahaja.

2. Kepada penggemar kopi Radix yang sering minum di kedai, kami memohon supaya anda sahkan dari taukeh kedai adakah kopi Radix yang dijual adalah yang asli atau palsu. Sahkan siapa yang menghantar bekalan kopi Radix kepada mereka.

3. Kepada taukeh kedai, sahkan dari mana pembekal anda ini mendapatkan bekalan? Anda boleh minta mereka tunjukkan bukti/ resit pembelian mereka di cawangan @ stokis HPA. Jangan bersubahat dengan mereka yang ingin menjatuhkan perniagaan Muslim.

Hanya Kopi Radix yang asli mengandungi 7 herba terpilih dan SAH HALAL.
Janganlah untuk keuntungan yang lebih sedikit anda mengkhianati sesama Muslim.

Sumber: StokisHpaTitiSerong.blogspot.com & Hpa.com.my


3 thoughts on “Radix Diciplak Lagi…Ayuh Banteras Habis-habisan”

  1. kena ciplak lg ka???
    abis pa tindakan???
    awat jd mcm 2???
    dl kn dh selesai…
    ada yg x kena kot…2 jd blk…
    sy nk tau sapa yg tangkap cina yang tlh hpa selesaikan masalah kopi tiruan nie dl…

  2. assalam…saye sudah lame tertipu dengan minum kopi radix yang tiruan ni…adalah dalam 9 bulan…saye sangat kesaal dengan peniaga yang menjual…katenye beli yang tiruan lebih murah dan jual dengan harga yang sama….memang rasanya agak pahit sehinggakan saye sudah tidak kenal lagi rasa radix yang original sehingga kan ibu saudara mengatakan radix yang saya minum itu tiruan….saye selalu amalkan radix tiruan ini pada awal pagi sebelum pergi ke kelas…selepas minum secawan saye terpakse minum air mineral/air kosong 2 cawan bagi mengelakkan rase pening kepale…then, sye mesti rase sakit perut yang melampau…saye fikirkan ini perkara biasa memandangkan saye minim setiap hari dan merasakan perkara yang same setiap hari….saye cukup marah dan selepas itu sekarang saye terus pergi ke stokis yang berhampiran untuk beli yang original… ….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge