>> Harga Produk HPA Sudah BERUBAH. Mohon Rujuk HARGA TERKINI Disini (klik) <<

Pokok kabung, sejenis pokok palma berasal dari Indonesia yang dikenali juga sebagai pokok Enau atau nama botaninya ‘Arenga Pinnata‘, mungkin agak pelik berbanding dengan pokok daripada spesies palma yang lain.

Pokok daripada keluarga Arecaceae ini pelik kerana semakin ia meninggi dan matang, tandan bunga dan buahnya pula tumbuh kian merendah di bahagian bawah batangnya hingga hampir mencecah tanah.

Malah dikatakan bahawa apabila tandan yang tumbuh di batang itu sudah hampir ke tanah itu menandakan bahawa pokok kabung berkenaan sudah tua dan akan mati.

Ini berbeza dengan pokok daripada spesies palma yang lain seperti pokok kelapa dan rumbia kerana tandan bunga dan buahnya akan tumbuh meninggi mengikut kematangan dan ketinggian pokok berkenaan.

Pokok kabung, yang mengeluarkan nira yang boleh diminum begitu saja atau di proses menjadi gula merah dikatakan hanya akan mengeluarkan nira daripada tandan yang terbaik.

Tidak semua tandan pokok kabung mengeluarkan nira kerana hanya tandan bunga jantan sahaja yang boleh mengeluarkan niranya.

Tandan bunga betina pula tidak akan mengeluarkan nira seperti tandan bunga jantan.

Kerja mengeluarkan nira yang digunakan pemungut nira di Ladang Sungai Balung, iaitu dengan mengetuk batang tandan bunga jantan itu secara berhati-hati.

Sebelum batang tandan bunga jantan dicantas, batang tandan berkenaan perlu dibersihkan daripada sebarang sisa kelopaknya. Selepas itu,batang tandan akan diketuk-ketuk ke arah atas dua kali dan arah ke bawah dua kali.Tujuan mengetuk berkenaan ialah bagi melonggarkan rongga-rongga saluran aliran air nira dalam batang tandan berkenaan. Ketukan pula dibuat secara berhati-hati supaya tidak mencederakan batang tandan berkenaan. Jika ketukan terlalu kuat dan batang tandan tercedera, nira tidak akan keluar.

DUA KALI SEHARI

Nira biasanya dikutip dua kali sehari dan ada antara pokok kabung berkenaan boleh mengeluarkan sehingga 10 liter nira sehari.

Nira yang siap dikutip kemudian dihantar ke kilang pemprosesan yang terletak dalam ladang berkenaan untuk diproses menjadi sirap nira kabung (Aren Syrup). Sirap nira kabung atau gula kabung suatu hari nanti akan menjadi satu daripada sumber gula utama di negara ini.Gula kabung boleh menggantikan gula biasa dan lebih penting daripada itu ia tidak mengandungi glukosa dan baik untuk kesihatan.

Sirap nira kabung boleh dijadikan bahan masakan dalam kuih-muih tradisional, makanan dan minuman. Antara makanan yang popular dengan campuran gula atau nira kabung ialah bubur kacang, kuih koci, kuih kelepong, dodol, wajik, agar-agar, kuih sepang, air batu campur dan cendol.

Sirap nira kabung juga boleh digunakan sebagai pemanis dalam pembuatan kek serta pastri, makanan bijirin dan jus buah-buahan.

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia : RM 26
Sabah & Sarawak : RM 28

Harga Pengedar HPA:
Semenanjung Malaysia : RM 24
Sabah & Sarawak : RM 26

Nilai Mata (NM) : 4


klik-beli

Senarai Produk HPA | Cara Sertai Ahli HPA | Senarai Cawangan HPA

>> Harga Produk HPA Sudah BERUBAH. Mohon Rujuk Disini (klik) <<