DuniaHerbaHPA.com

HPA Online | Berita HPA Dalam 1 Blog

DuniaHerbaHPA.com

Blog ini dibangunkan bertujuan untuk berkongsi informasi dan maklumat terkini berhubung perniagaan dan produk HPA. Selain itu, ia juga adalah untuk menambah lebih ramai lagi rangkaian usahawan HPA tidak kira dimana jua anda berada. Kami adalah pengedar HPA dan blog ini ialah blog peribadi kumpulan kami. Ia bukan laman web rasmi syarikat HPA.

Malam Satu Mimpi: HPA & Raihan

Written by duniaherbahpa on Jan 7th, 2010 | Filed under: Info Terkini HPA

MALAM SATU MIMPI … Itulah tema persembahan konsert HPA Raihan yang akan diadakan tidak lama lagi. Tiket-tiket akan dijual dengan harga RM30 dan boleh dibeli di mana-mana cawangan HPA mulai 15 Januari 2010.

Malam Satu Mimpi mengajak semua ahli HPA dan bukan ahli bagi menikmati persembahan nasyid dari kump. Raihan serta pembacaan puisi-puisi HPA bagi tujuan mengumpul dana untuk “Tabung Kemanusiaan Palestin”.

Tiket masuk juga boleh diperolehi dengan membeli 36 botol minuman air berkarbonat HPA seperti Radix Cola, Sarsi, Oren dan pelbagai lagi perisa di dalam satu invois (air berkarbonat 1.5 liter sahaja) dan anda akan mendapat 1 kupon masuk ke konsert tersebut secara percuma. Pembelian tidak ada had dan ia bermula pada 1 Januari sehingga akhir bulan Februari.

Persembahan ini akan dibuat di lima zon (utara, tengah, selatan, timur dan Borneo) pada tarikh dan masa yang akan di tentukan nanti. Disamping itu pihak Al-Wahida Marketing juga menyediakan cabutan-cabutan bertuah bagi para penonton yang hadir pada malam tersebut.

Bersama-samalah kita jayakan konsert ini dan memastikan produk-produk HPA terus diterima serta dinikmati bersama oleh semua pengguna tak kira di mana saja mereka berada. Yang pasti Gempur RADIX !!! Insya Allah.

  • Share/Save/Bookmark

Related posts:

  1. Road Tour Bersama HPA Raihan
  2. Penajaan Satu Kad
  3. Malam Motivasi Bersama Pimpinan HPA
  4. Radix Satu Kajian & Testimoni



Leave a Reply