DuniaHerbaHPA.com

HPA Online | Berita HPA Dalam 1 Blog

DuniaHerbaHPA.com

Blog ini dibangunkan bertujuan untuk berkongsi informasi dan maklumat terkini berhubung perniagaan dan produk HPA. Selain itu, ia juga adalah untuk menambah lebih ramai lagi rangkaian usahawan HPA tidak kira dimana jua anda berada. Kami adalah pengedar HPA dan blog ini ialah blog peribadi kumpulan kami. Ia bukan laman web rasmi syarikat HPA.

Kursus Bekam 2010

Written by duniaherbahpa on Jan 29th, 2010 | Filed under: Bekam, Program Bulanan

Salam ukhwah,

Sukacita dimaklumkan bahawa Kursus Rawatan Bekam akan diadakan pada 30 Januari 2010 bertempat di Surau Al-Furqan, Presint 11, Putrajaya. Kursus bermula jam 9.00 pagi hingga 6 petang.

Bayaran RM60 termasuk Makan, Minum, Sijil dan Nota.

Kepada para sahabat yang berminat boleh maklumkan kepada:
Encik Khairi Zakaria di talian 013-3952755.

Kursus dihadkan kepada 20 peserta sahaja. Walau bagaimanapun tempat kosong masih ada. Mohon kerjasama supaya diwar-warkan agar lebih ramai dikalangan umat Islam dapat meneruskan Sunnah Nabi yang amat bermanfaat ini.

Tuan/Puan adalah dialu-alukan untuk hadir. Kepada sesiapa yang inginkan RAWATAN BERBEKAM juga dijemput hadir.

Kebaikan Berbekam

  • Membantu menghilangkan pening dan migrain.
  • Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
  • Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
  • Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
  • Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
  • Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.
  • Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
  • Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.

“Kesembuhan itu berada pada tiga hal, yaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berobat) dengan kay.”-Hadith Sahih Al Bukhari

  • Share/Save/Bookmark

Related posts:

  1. Kursus Bekam 2010 Sesi 2
  2. Kursus Bekam Di Utara
  3. Kursus Pembetulan Tulang Belakang Sesi Februari 2010
  4. Rawatan Bekam & Stokis HPA

Tags: , , , , , , ,


One Response to “Kursus Bekam 2010”

  1. asslamualaikum ,
    bila lagi kursus bekam akan di adakan sekitar Lembah kelang ? Dalam masa terdekat..

Leave a Reply