>> Harga Produk HPA Sudah BERUBAH. Mohon Rujuk HARGA TERKINI Disini (klik) <<

Kemudahan Untuk Langgan Atau Tambah Syer

Anggota Lembaga (ALK) Koperasi Wahida HPA Berhad telah memutuskan dalam mesyuarat ke8/09 pada 30hb September, 2009 yang lalu iaitu:

1-Anggota KoWahida boleh melanggan syer baru atau tambahan syer dengan online ke dalam akaun Koperasi Wahida HPA Berhad melalui bank yang disenaraikan di bawah ini berkuatkuasa serta merta.

BANK ISLAM – 090 100100 46316
MAYBANK –
5590 12306 051
CIMB –
090 100001 10108

Setelah ANDA bank-in [online] duit untuk tujuan langgan syer baru atau tambah syer; langkah seterusnya adalah:

- fotostat resit bank-in [untuk simpanan ANDA]
- serahkan resit asal kepada Pengurus Cawangan HPA atau pembantunya bersama borang keahlian atau borang tambah syer yang telah diisi dengan lengkap.
[sertakan salinan kad pengenalan untuk permohonan baru]

Mulai 01hb Oktober, 2009 pengurus dan kakitangan cawangan HPA tidak dibenarkan menerima apa-apa bentuk bayaran tunai untuk tujuan melanggan syer baru atau syer tambahan dari mana-mana anggota KoWahida; mereka hanya akan menguruskan penghantaran salinan resit on-line dari anggota KoWahida ke Ibu Pejabat Koperasi Wahida HPA Berhad untuk pengesahan pembayaran.

SYARAT-SYARAT UNTUK MENJADI ANGGOTA KOWAHIDA:

1-Warganegara,
2-Berumur 18 tahun ke atas,
3-Pekerja HPA atau ahli Al Wahida Marketing Sdn Bhd (ahli HPA),
4-Bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi KoWahida.

MODAL SYER per INDIVIDU [Undang-undang kecil #55]

1-Fi (yuran) masuk sebanyak RM10.00,
2-Syer minima RM200.00 [tidak boleh dikeluarkan kecuali selepas keanggotaan anggota itu tamat],
3-Syer maksima RM100,000 [Ditetapkan oleh ALK dalam mesyuarat ALK ke 8/09].

TAMAT KEANGGOTAAN [Undang-undang kecil #20]

Keanggotaan seseorang anggota terhenti atas sebab-sebab di bawah ini, mengikut mana yang berkenaan:

1-mati, atau
2-menarik diri mengikut undang-undang kecil 21; atau
3-dibuang mengikut undang-undang kecil 22.

UNDANG-UNDANG KECIL #21

21(1) – Seseorang anggota boleh menarik diri daripada Koperasi ini dengan memberi notis bertulis dua belas (12) bulan terlebih dahulu kepada Lembaga. Atas sebab-sebab yang munasabah, Lembaga boleh membenarkan penarikan diri dalam masa yang singkat.

Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Wahida Berhad Sesi 2009-2010


klik-beli

Senarai Produk HPA | Cara Sertai Ahli HPA | Senarai Cawangan HPA

>> Harga Produk HPA Sudah BERUBAH. Mohon Rujuk Disini (klik) <<