Radix Pizza House Kini Beroperasi

Satu lagi sejarah dilakar oleh HPA di mana restoran Radix Pizza House (RPH) yang dinanti-nantikan oleh para pengedar HPA telah pun mula beroperasi pada 17 hb Oktober 2009 bertempat di Lagenda Heights Sungai Petani. Restoran ini menyediakan masakan pizza seperti rendang pizza, satay pizza, tandoori chicken pizza dan lain-lain serta masakan western food seperti spaghetti. Waktu perniagaan juga adalah sama seperti rangkaian restoran HPA yang lain iaitu bermula jam 9.00 pagi sehinggalah jam 11.00 malam. Lihat gambar di bawah untuk mendapatkan gambaran sebenar restoran ini.

Pintu hadapan RPH

Ruang dalam dan tempat makan RPH

Antara menu pizza yang tersedia untuk dinikmati. Semestinya segar dan halal.

Sumber: http://bahterajuang.blogspot.com/

No telefon Restoran Radix Pizza House, Sg Petani, Kedah: 04-4213171

4 thoughts on “Radix Pizza House Kini Beroperasi”

  1. dari sumber mana keju dan spagheti diperolehi,spt sedia maklum keju di pasaran agak meragukan status halalnya.cuma ingin maklumat lebih lanjut

  2. Bilakah cawangan hendak dibuka di selangor atau kuala lumpur? Kami orang selangor takkan kene pergi ke sungai petani nak merasai keenakan makanan di restoren ini.

  3. Saya berkesempatan mencuba radix pizza ni minggu lepas semasa balik dari kampung. Radix Pizza memang sedap. Pizza ‘seafood’nya penuh berisi dan keju juga tebal. Yang penting, kita dapat Pizza yang Halal dan tidak meragukan.

  4. saya amat bebbesar hati sekiranya radix pizza akan difranchisekan..kerana berpeluang bersama2 hpa mengembangkan empayar niaga hpa khususnya di dalam bidang makanan..

Leave a Reply to Zam-Subang Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge