DuniaHerbaHPA.com

HPA Online | Berita HPA Dalam 1 Blog

DuniaHerbaHPA.com

Blog ini dibangunkan bertujuan untuk berkongsi informasi dan maklumat terkini berhubung perniagaan dan produk HPA. Selain itu, ia juga adalah untuk menambah lebih ramai lagi rangkaian usahawan HPA tidak kira dimana jua anda berada. Kami adalah pengedar HPA dan blog ini ialah blog peribadi kumpulan kami. Ia bukan laman web rasmi syarikat HPA.

Selamat Berpuasa

Written by duniaherbahpa on Aug 22nd, 2009 | Filed under: Info Terkini HPA


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Selamat mengerjakan ibadah puasa buat seluruh pengunjung blog DuniaHerbaHPA.com.

Semoga kedatangan Ramadhan ini disambut dengan kesihatan tubuh badan, keringanan beramal kebaikan, kesungguhan memperbaiki kekurangan, kemaafan melapangkan jalan kebahagiaan.

Suburkan siang dengan hablun minannaas.

Suburkan malam dengan hablun minallaah.

Seeru ‘alaa barakatillaah. (dipetik dari blog SaifulIslam.com)

1. Berikut ialah petikan dari blog Pengarah Urusan HPA bersempena bulan Ramadhan.

Herba di bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang paling baik untuk melakukan program detox kerana puasa itu sahaja sudah banyak menolong tubuh menyingkirkan bahan buangan beracun. Jika ditambah dengan pelbagai herba lagi ia akan menjadi tubuh benar-benar sihat. Ini termasuklah penggunaan kopi radix/kopi diet/koko Radix/serial radix/spirulina/omega 3/minyak zaitun dan lain-lain lagi.

Orang yang sedang sakit ternanti nanti bulan Ramadhan kerana puasa itu juga adalah metod penyembuhan daripada pelbagai penyakit.Ini lebih berkesan jika sekiranya herba diambil secara rutin cuma perlu betulkan masa pengambilanya iaitu waktu berbuka dan bersahur. Cereal radix, kopi radix dan spirulina akan memberikan kecerdasan sepanjang hari. Amin.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN YANG MUBARAK.

2. Ini pula petikan dari blog GM Alwahida Marketing Sdn Bhd:

SALAM RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA

GM mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam Ramadhan dan selamat berpuasa kepada seluruh warga HPA khususnya dan umat Islam amnya.
Sempena bulan puasa seluruh cawangan HPA akan beroperasi mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang kecuali kalau ada program.

3. Dapatkan artikel bermanfaat tentang ibadah puasa dari blog SaifulIslam.com. Sila klik link dibawah:

http://saifulislam.com/?p=6554

4. Tahukah anda bahawa HPA mula melancarkan perniagaan MLMnya pada 1 Ramadhan 1417 Hijriah bersamaan 11 Januari 1997? Ya, ia benar. Usia MLM HPA kini sudah 12 tahun!

  • Share/Save/Bookmark

Related posts:

  1. Selamat Menyambut Maulidur Rasul



Leave a Reply