Radix Bakery House Dengan Rasminya Dibuka

Logo Radix Bakery House

Radix Bakery House HPA yang terletak bersebelahan dengan Restoran Radix Oriental Cuisine (ROC) memulakan perniagaannya pada 5 Ogos 2009 yang lalu selepas dirasmikan oleh Tuan Haji Ismail Haji Ahmad. Radix Bakery House ini menggunakan produk-produk HPA seperti olive oil, madu, kismis, kopi radix, koko radix, jem nenas, jem roselle dalam pembuatan kek dan roti yg dijamin HALAL.

Pengarah Urusan HPA

Di samping itu juga produk-produk Radix Bakery House ini mempunyai keunikan tersendiri kerana mengandungi herba-herba HPA. Di antara produk-produknya ialah cup cake, muffin, aising cake, pizza,cream puff, roti, butter cake, biskut dan lain-lain.

Di antara sebab-sebab yang membuatkan HPA mahu menubuhkan kedai keknya sendiri adalah kerana menyahut seruan daripada JAKIM dan PPIM yang mengatakan bahawa lebih daripada 80% kek yang dijual di pasaran pada hari ini menggunakan berus yang mengandungi bahan haram.

Radix Bakery House

Penggunaan jeli dan gelatin serta keju yang berleluasa dalam pembuatan kek ini juga antara faktor usaha dari HPA ini. Alhamdullillah, keju yg digunakan dalam produk Radix Bakery House ini adalah diperbuat daripada minyak kelapa sawit seperti yg dimaklumkan oleh Tuan Haji semasa perasmian berlangsung.

Penggunaan mentega dan pewarna juga membimbangkan kita. Tetapi HPA tetap mencuba mencari altenatif lain yang dapat menggantikan bahan ini. Malah ada juga kek yang mengandungi sedikit alkohol untukk membuatkan kek tersebut jadi gebu dan besar. Semua masalah ini Insyaallah, HPA berusaha untuk mengadakan altenatif lain.

Radix Bakery House

Semoga perniagaan kek ini dapat didirikan di setiap daerah seluruh Malaysia. Insyaallah.

Lokasi & alamat:

RADIX BAKERY HOUSE (817066-T)
No.36, Jalan Lagenda 2,
Lagenda Heighs,
08000 Sungai Petani,
Kedah

Tel : 04-4254055

15 thoughts on “Radix Bakery House Dengan Rasminya Dibuka”

  1. salam…
    bila agaknya radix bakery dan RFC dibuka di Kuantan??? kami ternanti-nanti kemunculannya.harap sangat…

  2. ni dekat nak puasa dan raya pulak pasti kek HPA meletup.pehak pengurusan memang cekap untuk cekup pengguna yang nak yang halal.

  3. Bila agaknya RFC & Radix Bakery akan dibuka kat seremban pulak? Kesian kat anak2 dan kita orang yang sentiasa dilema makanan syubahah.

  4. salam.
    alhamdulillah, semoga kita terhindar dr bhn2 yg syubahah. bl RFC, RBH dan ROC nak buka caw. kat gombak? kami tertunggu2 bila la nak sampai RFC kat gombak ni.
    wassalam.

  5. Tahniah HPA. InsyaAllah cepatlah2 dapat buka cawangan di Lembah Kelang.Susah betul orang Lembah Kelang ni nak dapat rasa RFC/ROC/ROR/RCH.Ni dah buka RBH macam tu bolehlah keluarkan biskut raya tahun ni kan?.

    HPA Semoga Terus Maju…Amin…

  6. Salam dan Tahniah buat HPA

    Saya amat gembira dan teruja dengan kemajuan HPA.
    Adakah HPA bercadang untuk membuka francais contohnya untuk kedai kek ini?
    Bila agaknya RFC dan Kedai Kek ni akan dibuka di Lembah Kelang?
    Terima kasih.

  7. Assalamualaikum..
    saya berasa dr sg petani.. sangat suka makan ayam,jd RFC mmg kegemaran saya.. tp saya agak tekilan kerana kualaiti pekerja dan mutu makanan juga semkin menurun.. pada pendapat saya,HPA harus mementingkan mutu dalam setiap yang dilakukan.. supaya pelanggan akan terus setia dgn HPA.. saya antara beribu umat islam @ org mleayu yg berbangga dengan kejayan org melayu kita, dan saya harap HPA akan terus membantu sesama bangsa kita untuk sama2 berjaya menjadi usahawan..saya bakal graduan sains kimia yang sgt berminat dengan perniagaan..kerana minor kursus saya ialah bussnies.. jd HPA menjadi tumpuan kajian saya mengenai perniagaan..semoga suatu hari nnt saya merupakan salah seorg tulang belakang kpd syarikat HPA ..

  8. salam..
    bestnye tgk org utara leh dptkan produk halal kt RFC n bakery house. saya baru join HPA awal jun lepas. alhamdulillah, dah jpe jgak company muslim yg sure halal semua produknye. besar harapan saya moga RFC n Bakery house ni dpt dibuka cwngnnya d stp daerah di malaysia. insyaallah, ank-ank kita tidak akan makan lagi makanan-makanan yg berunsurkan syubahah yg semkain mjd-jadi sekarang ni. pcya atau x , faktor pemakanan yg seumpama itu telah menjadikan ank-ank kita berkelakuan kurang sopan kini.maju HPA demi anak-anak muslim pewaris negara tercinta.!

  9. Salam, bila la nak buka cawangan kat area selangor ni..x jumpa usahawan2 yg berminat ke? kami sekeluarga ternanti2 kemunculan RBH dan lain2 rangkaian Radix ni.. terutamanya RFC.

  10. Salam,

    Saya bekerja di KTM Berhad bertempat di KL Sentral. Di KL Sentral ini banyak terdapat francais seperti KFC, McDonald, Burger King, dan Bakery.

    HPA tak nak cuba buka francais kat KL Sentral ke? Tentu mendapat sambutan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge