DuniaHerbaHPA.com

HPA Online | Berita HPA Dalam 1 Blog

DuniaHerbaHPA.com

Blog ini dibangunkan bertujuan untuk berkongsi informasi dan maklumat terkini berhubung perniagaan dan produk HPA. Selain itu, ia juga adalah untuk menambah lebih ramai lagi rangkaian usahawan HPA tidak kira dimana jua anda berada. Kami adalah pengedar HPA dan blog ini ialah blog peribadi kumpulan kami. Ia bukan laman web rasmi syarikat HPA.

Archive for July, 2009

Program PBC Bulan Ogos 2009

Written by duniaherbahpa on Jul 29th, 2009 | Filed under: Perkongsian Bijak Cemerlang, Program Bulanan

Program PBC Bulan Ogos 2009

Zon Tengah

TARIKH TEMPAT PBC YURAN PENYELARAS TELEFON
01-02 OGOS Hotel Allson Klana. NILAI RM170 PJS Habibah 019-6685083
Hotel Sri Malaysia. IPOH RM150 PJE Mohd Sani 019-6975317
08-09 OGOS
Balok Seaview Resort. KUANTAN RM150 PJ Shahilawati 012-9285971
Hotel De Palma. KUALA SELANGOR RM180 PJS Jamaludin YM 013-9812655
15-16 OGOS
Hotel Delta Inn. SHAH ALAM
RM150 PJS Habshah 019-3337245
Hotel Residence, UNITEN. BANGI TUNDA KE SEPTEMBER
KERANA HOTEL PENUH [KONVO UNITEN]
Rumah Rehat LENGGONG RM150 PJS Abdullah Rahim
012-6849263
KEM Bina Taqwa, BANTING RM150 PJS Mohd Asri 019-2398620
22-23 OGOS SELAMAT



MENYAMBUT
RAMADHAN
29-30 OGOS D’ PALMA HOTEL. AMPANG RM180 PJS Habibah 019-6685083

Zon Utara

1 – 2 OGOS 2009
- Tabung Haji Bayang Lepas (Pengarah : PJS Abd Jalil, 019-5417794)
- TS Scientex Hotel, Pasir Gudang (Pengarah : PJ Rahmah Rahmat, 017-7449892; RM160)

08 – 09 OGOS 2009
- Kulim Inn, Kulim (Pengarah: PJ Ust Syamizam, 019-5776783; RM180)

14 – 15 OGOS 2009
- Sungai Petani Inn (Pengarah : PJS Norhyzad, 019-4101737
- Hotel Seri Malaysia Alor Setar (Pengarah : PJM Zaharah, 013-4893699)

15-16 OGOS 2009
- Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas (Pengarah : PJS Zanbli, 019-4104013)

- Hotel Seri Malaysia Taiping (Pengarah : PJ Ust Yusfee, 019-4410611)
- Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis (Pengarah : PJM Zaharah, 013-4893699)

Zon Pantai Timur

1 dan 2 Ogos
- Kota Bahru, Kelantan

7 dan 8 Ogos
- Permai Inn, K.Terengganu
- Angro Setiu, Terengganu

14 dan 15 Ogos
- Rumbia PAKA, Dungun
- Anggulia, Marang

29 dan 30 Ogos
- Rompin Beach Resort Kuala Rompin.

Zon Selatan

TS Scientex Hotel, Pasir Gudang (Pengarah : PJ Rahmah Rahmat, 017-7449892; RM160)

  • Share/Bookmark
Tags: , ,

Hotel El-Zahraa Inn Telah Dibuka

Written by duniaherbahpa on Jul 26th, 2009 | Filed under: Hotel El-Zahraa Inn, Info Terkini HPA

Hotel El-Zahraa Inn

Hotel El-Zahraa telah pun beroperasi secara rasminya. Tepat jam 11.00 pagi 21 Julai 2009, Hotel El-Zahraa telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Hj Ismail Bin Haji Ahmad. Sebelum itu, diadakan bacaan Yasin dan Al-Mathurat dan disusuri dengan solat dhuha di Dewan Hotel. Hotel El-Zahraa merupakan sebuah hotel bajet bercirikan Islamik yang berkonsepkan Timur Tengah. El-Zahraa juga menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh umat Islam seperti sejadah di dalam bilik, laungan azan serta bacaan ayat suci Al-Quran.

Kakitangan Hotel El-Zahraa Inn

El-Zahraa Inn juga dirangkaikan dengan penginapan secara Homestay sebagai penginapan alternatif bagi menampung keperluan sekiranya hotel penuh. Penginapan ini disediakan di Jawi Homestay, di Bandar Laguna Merbok. Hotel ini juga menyediakan sejumlah 29 bilik untuk dinikmati oleh oleh para pelanggan. Bilik Superior (single) sesuai bagi pelanggan yang memerlukan ruang tidur dan rehat yang ekonomi. Manakala bilik superior (Double) bagi pelanggan yang berpasangan. Bagi mereka yang berkeluarga boleh memilih bilik jenis Deluxe manakala bagi pelanggan yang mementingkan keselesaan dan ketenangan bolehlah memilih Executive yang dihiasi fabrik serta hiasan dalaman serba mewah.

Hotel El-Zahraa Inn

Kemudahan dalam bilik :-

  1. Bilik berhawa dingin
  2. LCD TV
  3. Siaran Astro
  4. Wifi
  5. Telefon
  6. Bar mini/Peti sejuk
  7. Cerek
  8. Air panas/sejuk
  9. Seterika/papan
  10. Sejadah, Al-Quran dan arah kibalat
  11. Produk HPA
  12. Bantal dan selimut tambahan
  13. Kain batik dan kain pelikat

Terletak di tengah kepesatan pertumbuhan bandar Sungai Petani bahagian Utara, iaitu di Lagenda Height, El-Zahraa Inn boleh dikunjungi dari plaza tol Sungai Petani utara oleh pelanggan yang menggunakan lebuhraya utara-selatan. Hotel ini juga dikelililngi oleh rangkaian perniagaan HPA yang lain seperti Restoran Radix Fried Chicken, ROR, ROC dan Radix Bakery House.

Untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila hubungi:
Tel : 04-4259144/150
Fax: 04-4259131
Email: elzahraa_inn@yahoo.com

  • Share/Bookmark
Tags: , ,

Sijil Herbalis HPA Kali Ke-17

Written by duniaherbahpa on Jul 18th, 2009 | Filed under: Info Terkini HPA, Perubatan JAWI, Sijil Herbalis

SIJIL HERBALIS HPA KALI KE-17:

Tarikh Program: 11 Oktober – 31 Oktober 2009 (sepenuh masa)
Yuran: RM 2500.00 sahaja

Lokasi Program: Bandar HPA Sungai Petani

Bayaran Yuran: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) – Ismail Bin Ahmad (Pengarah Urusan HPA). No A/C: 02020010052950.

Borang: http://hpa.com.my/ithpa/herbalis17.doc

Pendaftaran Dibuka Sekarang!

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi 04-4419094 / 019-6330727, Fax: 04-4419254

Antara pengisian program:

  1. Diagnosis penyakit melalui saraf tapak tangan
  2. Lawatan ke ladang herba, kilang HPA
  3. Refleksologi
  4. Akupunktur
  5. Bekam Al-hijamah
  6. Iridologi
  7. Kiropraktik (rawatan betulkan tulang belakang)
  8. Diagnosis Lidah
  9. Perubatan JAWI

Gambaran suasana program sijil herbalis kali ke 16

  • Share/Bookmark
Tags: ,

Radix Koko (1 kg)

Written by duniaherbahpa on Jul 17th, 2009 | Filed under: Produk Minuman

290620092095

290620092096

290620092099

Produk ini berbentuk serbuk tidak seperti produk terdahulu yang berbentuk sachet (paket) namun kandungannya (serbuk koko dan ekstrak barli) tetap sama. Cara menyediakan minuman Radix Koko ini ada disediakan pada label produk. Beralihlah segera kepada Radix Koko. Jadikan ia minuman coklat utama anda dan keluarga anda.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 22
Sabah & Sarawak: RM 26

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 18
Sabah & Sarawak: RM 22

Nilai Mata (NM): 5

Berita Berkaitan:

1. Radix koko ternyata lebih sedap daripada produk koko yang lain, itulah sebahagian komentar yang saya terima dari pengguna. Mungkin perlu saya jelaskan bahawa radix koko telah dimasukan ekstrak tunas barli yang mula bercambah. Kalau anda pernah melihat taugeh daripada kacang hijau tentu anda akan faham tentang tunas yang baru bercambah pada biji barli. Oleh sebab itu rasanya bagitu lemak dan berkhasiat.

Koko memang terkenal untuk afrodisiak namun bagitu Radix koko HPA ekstrak barli mempunyai kesan serat yang tinggi untuk berfungsi sebagai pelawas dan koko sendiri boleh mendatangkan ketenangan pada penggunanya.

Oleh sebab itulah radix koko dijangka akan mendapat tempat dipasaran terbuka secara meluas InsyaAllah.

2. Alhamdulilah kita telah mula memasarkan MILO kita sendiri yang dikenali sebagai RADIX KOKO. Semua pengedar akan menjadi penilai kepada RADIX KOKO yang dikatakan akan menjadi persaing terdekat MILO. RADIX KOKO di rumus khas supaya mempunyai rasa yang dapat diterima oleh masyarakat di negara ini.

Apakah HPA memasukkan herba dalam RADIX KOKO? Jawapannya tidak, kerana koko mempunyai rasa yang sangat sensitif kepada perubahan. Radix koko lebih mensasarkan pasaran kanak-kanak dan produk halal daripada HPA. Selepas ini HPA akan mengeluarkan RADIX MOCHA dimana Kopi Radix dicampur dengan RADIX KOKO. InsyaAllah.

Apa pun keluaran HPA yang akan datang, ulasan yang kita terima daripada pengurus zon utara, Ust Samad beliau berpendapat RADIX KOKO lebih sedap daripada MILO dan akan berjaya mengambil pasaran dinegara ini. Gempur Radix Koko!

Berita dipetik dari blog JawiHerbShop.blogspot.com

  • Share/Bookmark
Tags: , , ,

Malam Motivasi Bersama Pimpinan HPA

Written by duniaherbahpa on Jul 13th, 2009 | Filed under: Info Terkini HPA, Konvek HPA

malam-motivasi-hpa-bersama

Sila klik gambar untuk besarkan saiz

Satu majlis untuk mempromosikan KONVEK 2009 akan diadakan di Kuala Lumpur International Hotel (KLIH). Majlis ini kita namakan Malam Motivasi Bersama Pimpinan HPA. Semua pengedar HPA dijemput hadir. Masuk PERCUMA. Malam itu nanti juga kita akan memperkenalkan Pengarah jati 2007, 2008 dan 2009 di kawasan Zon KPA ke pentas utama.

  • Share/Bookmark
Tags: , ,