DuniaHerbaHPA.com

HPA Online | Berita HPA Dalam 1 Blog

DuniaHerbaHPA.com

Blog ini dibangunkan bertujuan untuk berkongsi informasi dan maklumat terkini berhubung perniagaan dan produk HPA. Selain itu, ia juga adalah untuk menambah lebih ramai lagi rangkaian usahawan HPA tidak kira dimana jua anda berada. Kami adalah pengedar HPA dan blog ini ialah blog peribadi kumpulan kami. Ia bukan laman web rasmi syarikat HPA.

Koperasi HPA Umum Dividen 14%

Written by duniaherbahpa on Jun 27th, 2009 | Filed under: HPA Dalam Media, Info Terkini HPA, Koperasi HPA

koop-hpa-umum-dividen-14

Sila klik pada gambar untuk besarkan

Dividen 14 peratus

Oleh Zainuddin Zain

zainuddin@hmetro.com.my

KOPERASI Wahida HPA atau KoHPA, koperasi ditubuhkan syarikat jualan langsung (MLM) milik penuh Bumiputera terbesar di negara ini, HPA Industries Sdn Bhd (HPA) sejak tiga tahun lalu, mengumumkan dividen sebanyak 14 peratus kepada pelaburnya bagi tahun modal saham berakhir 30 Jun 2008.

Dividen empat peratus lebih tinggi berbanding tahun modal saham berakhir 30 Jun 2007 itu diumumkan ketika Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali ke-3 pada 20 Jun lalu di Hotel De Palma Ampang, Selangor.

Mesyuarat dihadiri lebih 90 perwakilan dari setiap zon iaitu Utara, Timur, Selatan, Tengah, Borneo dan staf HPA dengan dirasmikan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Perlis, La’anain Jamil.

Pengumuman berkenaan dibuat Pengerusi KoHPA, Mohd Faisol Abdul Rahman, yang turut mengumumkan koperasi berkenaan mencatatkan keuntungan lebih RM1 juta bagi tahun kewangan berkenaan hasil daripada pelaburan dalam perniagaan Kopi Radix dan ayam organik yang dikeluarkan HPA.

Beliau yang juga Pengurus Besar Al-Wahida Marketing (AWM) Malaysia dan Indonesia iaitu unit bertanggungjawab terhadap pemasaran dan jualan produk di dalam HPA berkata, KoHPA akan meneruskan pelaburan di dalam industri yang dirasakan selamat tetapi mampu mencatatkan keuntungan besar di dalam HPA.

“Antara Laporan Projek 2010 terhadap unjuran keuntungan yang bakal diperoleh KoHPA ialah melalui pelaburan dalam Kopi Radix kerana terbukti kopi adunan daripada tujuh jenis herba keluaran HPA ini adalah kopi segera terlaris di Malaysia dan kini turut popular di Indonesia menerusi program `Groom Big’ yang dilancarkan HPA di Indonesia.

“Kita juga akan melabur dalam beberapa projek besar HPA seperti ayam organik, makanan ayam, Radix Fried Chicken (RFC) dan skim Takaful,” katanya.

Sumber: Harian Metro

  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. Koperasi HPA Agih Dividen 10% Kepada Ahli
  2. Koperasi HPA: Koperasi Terbaik Negeri Perlis 2009
  3. Mesyuarat Agung Koperasi Wahida HPA Berhad Kali Ke-3
  4. Berita Semasa Koperasi Wahida HPA
  5. Tambah Saham Koperasi HPA Secara Online





4 Responses to “Koperasi HPA Umum Dividen 14%”

  1. assalamualaikum,
    Saya berminat untuk melabur di dalam koperasi.Bagaimana cara membuat pelaburan?

  2. salam,

    ringkasan caranya:

    1. daftar jd ahli hpa
    2. daftar jd ahli koperasi hpa
    3. labur minimum rm200

  3. salam
    pendaftaran tuk kohpa telah dibuka@blum?

  4. salam…
    saya berminat nak sertai koWahida ni. borang ahli koperasi pun dah lengkap diisi. pastu kena buka akaun di bank islam. so, borang pendaftaran koperasi nak hantar pada siapa dan adakh perlu dinyatakn kepada pihak bank islam yg saya melabur dlm koperasi? harap tlg bagi penjelasan. tq
    wassalam..

Leave a Reply