Serbuk Tanah Liat Putih
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 8
Sabah & Sarawak: RM 10
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 6
Sabah & Sarawak: RM 8
Nilai Mata (NM): 2
Ulasan/Artikel Oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad Berkenaan Serbuk Tanah Liat Putih
Tanah Liat Putih
Kini satu lagi produk HPA masuk ke pasaran MLM iaitu tanah liat putih dalam bentuk debu halus. Tanah ini digunakan untuk pelbagai kegunaan dan ia tidak beracun malah menjadi bahan untuk mengeluarkan racun dalam badan. Jika debu ini dimasukkan sedikit ke dalam tepung untuk menggoreng pisang ia akan menjadi rangup dan lebih sedap. Perawatan untuk cirit-birit, santau (keracunan makanan) atau orang yang muntah darah tiba-tiba, diberikan air tanah liat putih ini. Begitu juga boleh digunakan untuk tujuan rawatan ketagihan dadah. Banyak lagi kegunaannya yang saya tulis dalam blog jawimedherb.
Dalam HPA, produk dari tanah liat terdapat dalam tiga bentuk iaitu: body scrub, sabun clay dan serbuk tanah liat putih. Produk yang baru ialah dari debu tanah tanah liat dengan packaging seperti harga dibawah;
Harga ahli RM6 dan NM 2. Ini akan membolehkan setiap rumah menyimpan produk ini untuk perubatan.
Selsema Babi dan Tanah Liat
Wabak influenza (H1N1) selsema babi kini dirasakan bakal mengancam kesihatan manusia sedunia. Semua pintu sempadan negara di letakkan berjaga-jaga dari kedatangan pelancong mahupun mereka yang baru pulang dari negara-negara berkenaan. Namun apa jua situasi yang berlaku,masyarakat kita masih lagi tidak mahu akur dengan larangan yang telah ditentukan Allah di dalam Al- Quran. Pengharaman babi yang terdapat di dalam Al-Quran dahulu dipersendakan kini menjadi isu keselamatan negara dan dunia. Virus demam selsema babi akan terus membunuh sesiapa sahaja sekalipun melalui percakapan dengan pembawanya.
Sebagai seorang herbalis Muslim mari kita kembali kepada pengubatan Islam dimana hukum “samak” digunakan. Najis babi dibersihkan dengan tujuh kali basuhan dan sekali dengan air tanah. Pastikan tubuh sentiasa bersih dengan persekitaran sehinggakan tidak memberi ruang virus berkembang. Antibodi yang terbaik adalah dari tanah. Herba organik tumbuh daripada tanah. Sabun tanah liat juga dari tanah dan kini HPA mengeluarkan serbuk tanah liat putih bagi pelbagai kegunaan:-
1. Tujuan bertayamum – untuk pesakit menggantikan air
2. Tujuan menyamak
3. sakit kulit ekzema – campur dengan air dan sapukan di kulit.
4. demam panas – sama seperti diatas dan disapu di bahagian kepala
5. ketagihan dadah – minum
Saya amat yakin kalaulah ada ubatan bagi virus babi ini pasti ada dalam tanah .InsyaAllah.
Sumber: Blog JawiHerbShop.blogspot.com dan JawiMedHerb.blogspot.com
Related posts:
- Claypot (Periuk Tanah)
- Minyak Kayu Putih
- Serbuk Pencuci Freesia Plus
- Benarkah Serbuk Akar Kayu Merbahaya Kepada Kesihatan?







jika saya di putrajaya di mana boleh saya dapatkan serbuk tanah liat putih ini dengan segera. terima kasih.
bagaiman aturan rawatan penagih dadah mengunakan tanah liat putih ini
salam…ada lagi ke tak produk ni???boleh tak tanah liat putih ni digunakan pada muka..muka saya kemerahan akibat kesan eczema..