Herbalis dan Herba

Takrif Herbalis

Herbalis ialah seorang yang mempunyai kepakaran dan terlatih dalam merawat sesuatu penyakit dengan menggunakan herba ubatan.

Herbalis berpegang kepada kefahaman yang menyatakan “Biarkan makanan menjadi ubatmu dan biarkan ubat menjadi makananmu”.

Takrif Herba ubatan

Herba ubatan adalah tumbuh-tumbuhan yang mengandungi satu atau lebih bahan aktif yang dapat digunakan untuk tujuan penyembuhan seperti:

  • Mengkudu hutan (Morinda citrifolia) yang mengandungi morindin sebagai bahan anti kanser.
  • Pegaga (Centella asiatica) yang mengandungi asiaticoside yang berguna untuk masalah kulit dan meningkatkan minda (IQ).
  • Akar lalang (Imperata cylindrica) yang mengandungi lebih dari 20 jenis bahan aktif yang berkesan dalam merawat masalah ginjal, batu karang, saraf, demam, batuk dan sebagainya. Akar lalang juga mengandungi stigmasterol dan beta-sitosterol yang berfungsi sebagai antihipertensi untuk menurunkan tekanan darah tinggi.

Perubatan herba merupakan di antara kaedah perubatan tertua di dunia serta melibatkan penggunaan oleh 80% komuniti dunia. Pengetahuan tentang tumbuh-tumbuhan sebagai ubatan telah diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Hari ini para herbalis telah menggabungkan di antara pengetahuan lampau dengan kajian-kajian terbaru bagi mengatasi masalah kesihatan penduduk dunia moden masakini.

Herbalis membawa pendekatan holistik dan melihat pesakit secara unik. tidak ada penyakit yang sama untuk semua orang. Dengan beberapa kaedah diagnosa dan sejumlah pertanyaan; seorang herbalis mencari petunjuk yang menyebabkan keluhan pesakit. Ini bermakna sesuatu yang baik untuk seseorang pesakit mungkin tidak sesuai untuk pesakit yang lain.

Klasifikasi Herba Ubatan

Herba ubatan dalam Perubatan Jawi diklasifikasikan berdasarkan citarasa dan sifat herba mengikut tujuan pengubatan iaitu :

Herba Pahit

Herba pahit adalah herba yang melakukan proses detoksifikasi terutama di hati, seperti pokok hempedu bumi (Endrograpis paniculata). Herba pahit perlu disinergikan dengan herba yang mempunyai sifat yang melawaskan atau melancarkan pembuangan air besar. Bagi pesakit buah pinggang yang telah menggunakan mesin hemodilisis perlu berhati-hati jika menggunakan herba pahit ini.

Herba Sejuk

Herba sejuk adalah herba yang mampu membuang haba (tenaga badan) yang berlebihan di badan. Biasanya herba-herba ini akan mengeluarkan panas melalui air kencing. Tindakan ini disebut diuretik iaitu dengan mengeluarkan air kencing, haba dalam badan akan distabilkan.

Herba Panas

Herba panas ialah herba yang diberikan kepada penyakit yang jenis sejuk. Kebanyakan herba panas berasal dari jenis herba yang mempunyai minyak meruap atau minyak asiri seperti pokok teja lawang. Gejala sejuk sering dikaitkan dengan masalah angin dalam tubuh.

Sumber: Kitab Perubatan JAWI HPA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge