Sate Ayam Organik HPA

ais

1 bungkus sate mengandungi 20 cucuk. Ia disertakan sekali dengan kuah sate. Hanya perlu panaskan sahaja.

sateorganik

sate98

Ulasan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA Berkenaan Sate HPA

Sate Radix

Minggu ini (Mac) kita akan mula mengedarkan sate organik HPA dipasaran dalam bentuk sejuk beku. Walaupun harganya agak tinggi sedikit tetapi ianya menggunakan ayam organik HPA dan selepas ini sate kambing dan lembu organik juga akan dikeluarkan. Produk ini boleh dimasukkan dalam menu kenduri kendara sama seperti ais krim.

Menu ini telah di hidangkan kepada PJS semasa perasmian kilang kopi di Jejawi Perlis. Sate ini juga disediakan dalam sediaan separuh masak hanya perlu dipanaskan didalam oven sahaja sebelum dihidangkan. Selamat mencuba resepi organik kita bersama.

6 thoughts on “Sate Ayam Organik HPA”

  1. bagus dan alhamdulilah sebsb ada produk sebegini,tapi cuba ikhtiar untuk kurangkan harga sebab sudah menjadi tabiat orang kita suka mencari yang murah dan suka membanding harga.

  2. Masalahnya bila ada nama ‘organik’ mesti harga MAHAL. Bila ada tanda ‘halal’ mesti MAHAL. Cuba kasi harga lebih MURAH atau setara dengan produk yang bukan ‘organik’ dan yang tiada bertanda ‘halal’. Baru boleh gempur abis-abisan :)

  3. Saya setuju dengan chegu zaidi. Apa terjadi ialah semua produk orang kita di pasar raya di sarawak mahal belaka antara 10% – 20% lebih tinggi harganya.Saya cadangkan pihak pengusaha bumiputra perlu buat survei akan produk mereka di pasaran, Takut takut ada sabotaj atau memang pengusaha kita hendak untung banyak, Apa guna hendak untung banyak tapi produk tak laris.

  4. Salam…saya ada masalah sikit tentang harga2 yang dijual kepada ahli ini adalah kerana saya sedang mengusahakan untuk menjual produk2 makanan HPA untuk digunakan dan dijual kepada pelanggan di restoran saya..masalahnya harga yang saya hendak jual pada pelanggan terlalu mahal dari restoran2 yang bersaing sungguhpun ini adalah produk organik2 atau herba HPA tapi bagaimana saya nak bersaing kalau harga yang terpaksa saya letak kan adalah jauh lebih mahal…tolong beri saya jalan bagaimana saya dapat terus menggunakan produk2HPA untuk dijual pada pelanggan dgn harga lebih kompetitif..terima kasih

  5. Kami dr TERATAK CIK PAH bertempat di Rawang,

    Selangor. Kami boleh membekalkan pelbagai jenis

    satay mentah yang siap dicucuk kepada

    peniaga-peniaga kecil dan sederhana yang memerlukan

    bekalan satay. Satay kami menggunakan resepi dari

    turun temurun.
    BUATAN MELAKA…

    Harga Satay TERATAK CIK PAH

    Ayam RM0.30
    Daging RM0.30
    Kambing RM0.40

    Penghantaran dalam 40km FOC.
    Sekiranya memerlukan bekalan, sila hubungi @ sms
    Atta 0136963467
    Amdy 0166007824

    Penghantaran minima 500cucuk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge