Restoran Radix Oriental Cuisine (ROC)

Restoran Radix Oriental Cuisine (ROC) telah pun memulakan operasi sepenuhnya pada 4 Mac 09 dan kehadiran pelanggan diluar jangkaan walaupun belum ada sebarang promosi atau hebahan rasmi.  Moga-moga usaha kerdil yang kita lakukan ini bagi membantu menyelesaikan permasalahan ummah akan diberkati, diredhai Allah dan dikira sebagai amal soleh disisi-Nya. Amin.

Sebanyak 40 jenis masakan dihidangkan di Restoran ROC. Keenakan masakan berkonsepkan ‘Chinese Food’ ini berjaya menarik penggemar masakan itu dari kalangan kaum Tionghua yang berada di sekitar Sungai Petani dan Pulau Pinang.

Suasana di ROC ketika beroperasi

Boleh dikatakan setiap malam selepas Maghrib, ROC mula dipenuhi dengan pelanggan. Pekerja tak menang tangan melayan setiap kehendak dan cita rasa pelanggan. Ada juga pelanggan berbangsa Tionghua yang berkunjung ke sini semata-mata ingin menikmati masakan di ROC.


Menurutnya masakan di ROC berbeza dengan restoran lain kerana rasanya yang unik dan lazat. Ada kelainan dengan masakan di restoran Cina yang lain. Rasa masakan di ROR seakan-akan campuran antara masakan Cina dan Melayu. Selain itu harganya juga berpatutan. Ikan siakap dan kerapu yang dimasak benar-benar segar di samping sup sayur dan cendawan yang dihidangkan sangat sedap, katanya lagi.


Kepada ahli-ahli HPA yang belum lagi berkunjung ke ROC, silalah ke sana dan anda akan dapat menikmati keenakan dan kelazatan masakannya.

Alamat Restoran ROC:

Lot 35 & 36, Jalan Lagenda 2,
Legenda Height
08000 Bandar HPA Sg.Petani,
Kedah

Waktu operasi 11.30 pagi – 3 petang, 6 petang – 11.30 malam.

No Tel : 04-4484715 Faks : 04-4484716 / 04-4203850 / 52 Fax: 04-4203851

Sumber: http://pjskpu.radix2u.com/ dan http://bizdevhpa.blogspot.com

8 thoughts on “Restoran Radix Oriental Cuisine (ROC)”

  1. maaf nak buat sedikit teguran,kalau boleh pekerja wanita perlu memakai tudung menutup dada.lebih manis sekiranya memakai tudung yg menutup dada,maaf,ini adalah nasihat utk kebaikan bersama,smg perniagaan terus maju

  2. salam.. pd 15 Oktober 2009, saya telah hadiri Jamuan Sambutan Aidilfitri RFC & ROC 2009 di restoran ROC.. makanannya sedap, tip-top.. chinese food package d RM199 1 meja… 7 dish, 1 ikan kerapu, daging black pepper sizling, sup sayur, dan byk lagi.. nyam.. nyam.. sungguh menyelerakan.. dalam restoran ni sungguh ekslusif, rs mcm mkn kt tempat yg 5 star.. saya igt tempat mahal.. tp harga yg bpatutan.. satu lagi restoran makanan cina halal… jom la dtg,..

  3. As salam,

    Saya merupakan ahli HPA dan sentiasa menggunakan keluaran HPA semenjak 2007 lagi. Tetapi disekitar tahun 2011 hingga kini saya jarang membeli keluaran HPA kerana bila pergi kestokis berdekatan kebanyakan barang yang dikehendaki tiada. Adakah HPA sudah kembali aktif. dan berharap akan terus berkembang .

Leave a Reply to Basri bin Abdul Ghani Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge