DuniaHerbaHPA.com

HPA Online | Berita HPA Dalam 1 Blog

DuniaHerbaHPA.com

Blog ini dibangunkan bertujuan untuk berkongsi informasi dan maklumat terkini berhubung perniagaan dan produk HPA. Selain itu, ia juga adalah untuk menambah lebih ramai lagi rangkaian usahawan HPA tidak kira dimana jua anda berada. Kami adalah pengedar HPA dan blog ini ialah blog peribadi kumpulan kami. Ia bukan laman web rasmi syarikat HPA.

Restoran Radix Organic Recipe (ROR)

Written by duniaherbahpa on Mar 15th, 2009 | Filed under: Radix Organic Recipe

Restoran Radix Organic Recepies (ROR) telah pun memulakan operasinya bersebelahan Hotel El-Zahraa Inn Sungai Petani. Menu utama yang dihidangkan ‘Radix Chicken Rice’ atau nasi ayam Radix telah banyak mendapat pujian pelanggan-pelanggan yang hadir. Para pelanggan juga boleh mencuba minuman-minuman HPA yang di ‘ice-blended’kan seperti Radix ice-blended, Koko ice-blended dan lain-lain lagi.

Selepas RFC, dijangka ROR akan diperkenalkan keseluruh negara dengan kos yang tidak terlalu tinggi seperti RFC. Walau apapun datang dulu menikmati hidangan di restoran kita bersama sebelum bercadang atau mencadangkan agar ia dibuka ditempat tempat yang lain. HPA juga sentiasa tidak melupakan para pengedar dengan nilai mata (NM) yang tetap disediakan sama seperti RFC. InsyaAllah.

Ulasan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA Mengenai ROC:

Terima Kasih kepada pengunjung ROR

Kemunculan RFC telah jenuh diperkatakan orang apatah lagi warga HPA yang melihat peniagaan ini sebagai pentas perjuangan mereka.Mereka bangga dengan pencapaian ini. Walaupun bagi ahli yang jauh seperti di Sabah dan Sarawak , mereka turut mengirim sms tidak henti-henti mengucapkan tahniah pada HPA. Kini muncul pula ROR dengan memperkenalkan “Nasi Ayam Organik” yang sangat lazat rasanya. Disebalik kelazatan dan organik sebenarnya Nasi ayam tersebut menggunakan 2 herba utama iaitu minyak zaitun dan madu HPA. Namun bagitu peniagaan ini sebenarnya sebagai altenatif kepada umat Islam bagi mendapatkan makanan yang segar dan halal. Kebanyakan nasi ayam yang dijual dipasaran menggunakan MSG dan chicken stok (kiub pati ayam). Kiub pati ayam yang digunakan dalam sup belum ada yang halal oleh sebab itulah kewajipan kepada kita mewujudkan pilihan halal dipasaran.

Kita dapat mengenali penggunaan kiub yang tidak halal ini dengan melihat sup ayam tersebut mempunyai aroma yang kuat sedangkan kuahnya jernih. Ini berbeza dengan sup ayam asli dimana warna sup lebih gelap seperti yang di gunakan di ROR!

ROR terletak sebelah Hotel El zahraa sebaris dengan RFC . Terima Kasih pada semua PJS yang telah membantu mengiklankan ROR terutama cikgu Ismail Osman yang menjadi pelanggan setia .Amin.




  • Share/Save/Bookmark

Related posts:

  1. Restoran Radix Oriental Cuisine (ROC)
  2. Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Sg Petani, Kedah

No tags for this post.

6 Responses to “Restoran Radix Organic Recipe (ROR)”

  1. alhamdulilah…satu lagi kejayaan bagi ahli-ahli HPA khususnya dan umat islam amnya. Terima kasih atas maklumat terbaru ini…hidup HPA…hidup ISLAM

  2. this is a good program especially for Muslim in Malaysia ….

  3. alhamdulillah…
    maju sungguh radix skrang…
    bila nak bukak ror kat kb,kelantan plak??
    xsabar2 dah ni…

  4. Syukran…agak-agak berapa kos nak membuka ROR?

  5. assalamualaikum

    pihak saya adalah sebuah koperasi . berminat untuk mengrtahui cara restoran ini dan bagaiman cara untuk memperolehi dari segi koperasi

  6. dimana ltkny ROR nie

Leave a Reply