RFC Kedua Kini Dibuka Dengan Rasminya Di Alor Setar

Pada 7 Februari 2009 yang lalu, telah berlangsung majlis perasmian Radix Fried Chicken (RFC) cawangan Alor Setar. Ini merupakan cawangan kedua dan lebih banyak cawangan akan menyusul selepas ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Azizan bin Abdul Razak. RFC kedua ini telah menggunakan warna oren pada keseluruhan bangunan restoran berbanding warna merah yang digunakan di Restoran RFC pertama di Sungai Petani.

Berikut ialah beberapa gambar suasana sekitar perasmian RFC kedua ini. Untuk melihat gambar yang lebih banyak, sila klik disini: http://www.flickr.com/photos/35205663@N06/

rfc-as

rfc-as2

rfc-as10

rfc-as4

rfc-as5

rfc-as3

rfc-as6

rfc-as7

rfc-as8

rfc-as9




9 thoughts on “RFC Kedua Kini Dibuka Dengan Rasminya Di Alor Setar”

  1. alhamdulillah… dah bukak kat alor setaq senag nak pi… klu balik kg tak yah dah pi ikut SP klu nak makan RFC.. dah boleh ikut alor setaq ja…tahniah diucapkan… tak sabaq rasanya nak tunggu bukak kat PERLIS.. patutnya perlis la cawngan pertama kan…. tp tak pa mungkin ada sebab HPA bukak RFC di sg petani dulukan..

  2. Salam,
    Saya merupakan salah seorang pelanggan RFC dan sekarang bermastautin di Selangor. Setiap kali pulang ke kampung halaman di Sungai Petani, Kedah, saya tidak akan ketinggalan untuk ke RFC di Legenda Heights. Tapi komen saya ialah terhadap servis yang terlalu perlahan menyebabkan pelanggan terpaksa beratur sampai ke luar premis. Walaupun setelah beberapa bulan beroperasi, keadaan masih tidak berubah. Saya amat berharap kualiti servis dapat ditingkatkan untuk mengelakkan kehilangan pelanggan. Sekian, terima kasih. Produk halal untuk muslim sejagat.

  3. Salam,

    Tahniah diucapkan buat warga HPA kerana terus membina empayar produk halal serta dengan adanya sebuah lagi RFC di Alor Setar ini akan mengukuhkan lagi HPA didalam industrinya.

    Walaupun saya baru bersama HPA sebagai ahlinya namun merasa teramat bangga sekali dengan hasil usaha Tuan Haji Pengarah Urusan serta warganya untuk tidak berputus asa dalam memakmurkan produk halal terutama untuk umat Islam, Syabas diucapkan dan sebagai seorang Muslim saya akan terus menyokong HPA.

    Pada hari keempat pembukaan RFC saya pergi untuk menjamu selera disana dan amat terperanjat dengan suasana dari luar lagi begitu ramai yang beratur panjang didalamnya.

    Oleh kerana ingin mencuba juga bagaimanakah rasa hidangan RFC saya pun beratur bersama yang lain, tahniah diucapkan kerana sambutan yang amat memberangsangkan.

    Coretan saya bukanlah untuk suka-suka menceritakan perkara yang tidak benar tetapi ia adalah kenyataan bahawa rasa ayamnya amat enak sekali serta radix cola yang sedap jadi tidak perlulah ketempat lain untuk menjamu selera. Sokonglah produk kita selain itu dapat juga pahala.

    RFC perlulah mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatannya terhadap pelanggan serta mutu kebersihan jangan diabaikan.Inilah faktor utama untuk menarik lebih ramai lagi pelanggan.

    Jangan nanti RFC dilabel sebagai inilah produk orang Islam yang tidak berkualiti.

  4. satu usaha yg cemerlang
    meal sedap tp tak mampu lawan kfc hehe
    cuma ayam organik low fat dn muslim product
    jd sy wajib mkn! mmg sedap
    tapi service sangatlah slow, sy Q dari 9.15 hingga 9.50 malam.. bayangkan lahh.. sy paham jika terlalu ramai manusia yang ingin rasa RFC.
    tapi apa yang sy perhati, staff kurang, kitchen agak kelam kabut dan ada staff yang teragak2 buat kerja dan tidak fokus.. itu yang membuatkan service lembab sikit. Sy agak geram sbb tepaksa tunggu sangat lah lama.. kalau nak ikutkan itula kali terakhir sy makan. tapi mungkin tak kalau mutu service di pertingkatkan. peace

  5. Rakan pejabat yang baru pulang dari SP memberitahu bahawa RFC setanding KFC.Alhamdulillah sekarang pelanggan yg cintakan produk yang dimiliki dan diusahakan oleh orang Islam semakin mempunyai banyak pilihan.Tidak sabar menanti kedatangan RFC ke Bandar Baru Bangi. Semoga usaha murni ini diberkati ALLAH.

  6. Assalamualikum…..
    Tahniah atas kemunculan produk yang di zahirkan oleh ornag Islam yang boleh di katakan setanding dengan product kapitalis,,,,,,,Tahniah RFC
    Saya amat berminat untuk menyertai rankaian RFC
    Apakah syarat2 & tern yang di perlukan….Harap pihak pengurusan HPA dapat memberikan sedikit info kepada kami di Johor Bahru…..TQ

  7. Assalammualaikum ,

    Saya amat berminat utk membuka Francais RFC. Bagaimanakah procdure untuk saya membuka Francais RFC?

    Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge