>> Harga Produk HPA Sudah BERUBAH. Mohon Rujuk HARGA TERKINI Disini (klik) <<

Berita RFC Dalam Harian Metro, 14 Februari 2009

Buka 20 cawangan setahun

Oleh Zainuddin Zain
zainuddin@hmetro.com.my

RADIX Fried Chicked (RFC) mensasarkan menjadi restoran makanan segera nombor satu di Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang dengan pembukaan sekurang-kurangnya 20 cawangan restoran itu setahun mulai tahun ini.

RFC yang juga anak syarikat HPA Industries Sdn Bhd, peneraju syarikat jualan langsung (MLM) Bumiputera di negara ini yakin restoran makanan segera kendalian mereka akan diterima rakyat negara ini kerana menyajikan makanan berkhasiat.

Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad berkata, sejak RFC pertama di Lagenda Heights, Sungai Petani, Kedah dibuka pada pertengahan tahun lalu, ia menerima sambutan mengalakkan sehingga operasi restoran itu dilanjutkan kepada 24 jam sehari.“RFC adalah alternatif kepada pengemar makanan segera, tetapi mahukan makanan sihat kerana di restoran kami semua bahan digunakan adalah organik dan berasaskan herba.

“Di RFC, kami menggunakan ayam organik yang dijamin tidak diberikan sebarang suntikan hormon kerana ayam kami menggunakan makanan yang diproses sendiri menggunakan bahan herba seperti daun mambu dan sebagainya.

“Bahan lain di RFC juga dihasilkan HPA seperti rempah berherba, sos tanpa bahan pengawet dan minuman berkarbonat jenama Radix yang tidak menggunakan gula sebarangan dan tidak berbahaya kepada kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bisnes Metro selepas pelancaran RFC cawangan kedua di Terminal Bas Shahab Perdana, Alor Star, yang dirasmikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, minggu lalu.

Ismail berkata, HPA mensasar membuka 20 lagi RFC di seluruh negara dengan cawangan Kepala Batas, Pulau Pinang; Kangar (Perlis) dan Bandar Laguna, Sungai Petani akan dibuka bulan depan.

Menurutnya, cawangan lain dalam pembinaan ialah Ipoh, Perak; Kulim, Kedah; Kuantan, Pahang; Kota Bahru, Kelantan dan Petaling Jaya, Bandar Baru Bangi dan Shah Alam di Selangor pula selepas itu.

“Pada masa ini, ada RFC yang dibina di atas pelaburan HPA dan ada berkonsepkan perkongsian sistem mudharabah antara RFC dengan pemodal dengan setiap pelaburan untuk sesebuah RFC ialah sebanyak RM1.5 juta,” katanya.

Mengikut sistem itu, RFC bertindak sebagai pihak yang mengurus modal dan pentadbiran manakala pemodal bertindak sebagai penyumbang modal saja dengan nisbah keuntungan yang ditawarkan adalah 50: 50 antara HPA dan pemodal.

Mengenai RFC kedua di Alor Star yang menggunakan warna kekuningan, Ismail berkata, ia menjadi warna korporat RFC mulai sekarang selepas merah yang digunakan pada cawangan pertama di Sungai Petani.

“Warna tidak menjadi masalah kerana kita yakin dengan slogan ‘segar, organik dan halal’ restoran kami akan mendapat sambutan tanpa mengira bangsa dan agama serta sama ada mereka ahli MLM HPA atau tidak.

HPA ialah antara MLM terbesar di Malaysia sekarang dengan mempunyai lebih 470,000 ahli. Antara produk utama mereka ialah Kopi Radix yang kini antara kopi segera berherba paling laris di negara ini.

Selain MLM dan RFC, HPA juga mempunyai syarikat pelancongan sendiri, HPA Ilham Holidays selain rangkaian homestay manakala hotel pertama syarikat itu, El-Zahraa Inn akan dibuka dalam tempoh terdekat.

————————————————

Berita RFC Dalam Berita Harian, 9 Februari 2009

HPA sasar buka 20 restoran RFC

Oleh Ridzuan Ahmad
bhbiz@bharian.com.my

Program pengembangan dilaksana susulan sambutan baik cawangan pertama

HPA Industries Sdn Bhd (HPA), syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM) yang terkenal dengan produk Kopi Radix, mensasar untuk membuka 20 restoran Radix Fried Chicken (RFC) di seluruh negara menjelang penghujung tahun ini.

Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad, berkata program pengembangan itu susulan sambutan menggalakkan daripada orang ramai untuk cawangan pertama RFC yang dibuka di Lagenda Heights, Sungai Petani, Kedah, Jun tahun lalu.

Katanya, kewujudan RFC akan merancakkan lagi industri makanan segera yang mempunyai potensi yang cukup luas untuk diusahakan di negara ini.

Beliau berkata, syarikat itu menawarkan francais kepada 500,000 ahlinya di seluruh negara untuk membuka RFC melalui kaedah perkongsian mudharabah yang mana modal diperlukan bagi sesebuah restoran adalah hampir RM1.5 juta, bergantung kepada lokasi.

“Usaha sama dibuat mengikut kaedah perkongsian mudharabah yang mana RFC bertindak sebagai pihak yang mengurus (modal dan pentadbiran), sementara pemodal bertindak sebagai penyumbang modal saja.

“Nisbah keuntungan yang ditawarkan RFC ialah ialah 50:50 antara HPA dan pemodal. Keuntungan pula berdasarkan untung bersih bulanan,” katanya selepas perasmian cawangan kedua RFC oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di Shahab Perdana, Alor Setar, kelmarin.

Ismail menjelaskan, semua produk digunakan di RFC, termasuk sos dan minuman adalah keluaran HPA yang berasaskan herba dan bebas daripada bahan kimia.

Katanya, RFC menggunakan ayam organik yang diternak sendiri HPA dan dijamin bebas daripada vaksin kerana menggunakan herba sebagai makanannya seperti daun mambu, kunyit dan tongkat Ali.

Selain ayam goreng asli dan pedas yang menggunakan ramuan herba terpilih, RFC juga menyediakan pelbagai set makanan lain termasuk burger, sosej, kentang goreng dan putar, sayur bermayonis dan ais krim.

RFC turut menyediakan minuman Kopi Radix, Cola Radix, Sarsi Radix selain jus roselle dan mangga.

“Kewujudan RFC juga membuka peluang pekerjaan kepada anak tempatan yang berminat untuk bekerja di setiap cawangan yang diwujudkan.

“Kita juga bersedia menimbang untuk mendapatkan ayam organik yang diusahakan oleh penternak tempatan, sekiranya ia mengikut standard yang ditetapkan,” katanya.

Ismail menambah, dalam tempoh terdekat ini, pihaknya akan membuka cawangan ketiga RFC di Kepala Batas, Pulau Pinang.

HPA kini memiliki empat kilang serba moden dan mengusahakan ladang ternakan ayam, itik, lembu dan kambing organik selain herba rossele, pegaga, misai kucing, jagung, serai dan pisang seluas 200 hektar untuk memastikan bekalan bahan mentah mencukupi.

banner-duniaherba-486x60.gif


klik-beli

Senarai Produk HPA | Cara Sertai Ahli HPA | Senarai Cawangan HPA

>> Harga Produk HPA Sudah BERUBAH. Mohon Rujuk Disini (klik) <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...