DuniaHerbaHPA.com

HPA Online | Berita HPA Dalam 1 Blog

DuniaHerbaHPA.com

Blog ini dibangunkan bertujuan untuk berkongsi informasi dan maklumat terkini berhubung perniagaan dan produk HPA. Selain itu, ia juga adalah untuk menambah lebih ramai lagi rangkaian usahawan HPA tidak kira dimana jua anda berada. Kami adalah pengedar HPA dan blog ini ialah blog peribadi kumpulan kami. Ia bukan laman web rasmi syarikat HPA.

Archive for February, 2009

Ketahui Sinergi Herba HPA Melalui SMS

Written by duniaherbahpa on Feb 27th, 2009 | Filed under: Info Terkini HPA

Alhamdulillah mulai sekarang orang ramai khususnya pengedar HPA boleh mendapatkan sinergi produk herba HPA untuk penyakit seseorang hanya dengan pertanyaan melalui SMS sahaja. Projek ini merupakan projek sampingan pelajar tajaan HPA di Guangzhou yang diketuai oleh Mohd Safwan bin Jamal yang telahpun belajar di sana selama 1 semester. Dua orang lagi tajaan HPA yang baru berlepas pada 18 hb Feb baru-baru ini ialah Muhammaad Abu Al Ghida dan Muhammad Arshad bersama 3 lagi pelajar lain antaranya tajaan ABIM iaitu Saudara Suhail (schoolmate saya dulu).

Mereka belajar disana selama 5 tahun di Jinan Universiti Guangzhou China dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Mandarin. Semua jawapan daripada SMS ini disediakan oleh Pusat Penyelidikan Perubatan Jawi dibawah Unit IT & Multimedia dan telah disemak oleh Pengarah Urusan sendiri.

1. Kod SMS Info Penyakit dan Sinergi Herba

Berikut disenaraikan kod sms bagi pertanyaan sinergi herba untuk penyakit-penyakit yang dihadapi.

Format SMS:

Taip: radix (jarak) info (jarak) sh(kod penyakit) dan hantar ke 33886. Sila taip guna huruf kecil.

Contoh SMS:

radix info sh004 – dan hantar ke 33886

KOD & MASALAH

SH001 – TEKANAN JIWA
SH002 – HILANG INGATAN
SH003 – KENCING MANIS
SH004 – BUASIR
SH005 – AFRODISIAC
SH006 – MIMPI BURUK
SH007 – TULANG BELAKANG BENGKOK
SH008 – SAKIT JANTUNG
SH009 – SAKIT JIWA
SH010 – KANSER PAYU DARA
SH011 – RADANG PARU-PARU
SH012 – SAKIT HATI
SH013 – BATUK
SH014 – KERACUNAN
SH015 – SENGGUGUT
SH016 – BIBIR HITAM
SH017 – DEMAM DENGGI
SH018 – BATUK KOKOL
SH019 – EKZEMA
SH020 – RHEUMATOID ARTHRITIS
SH021 – SET CERDAS MINDA
SH022 – RESDUNG
SH023 – DARAH TINGGI
SH024 – DARAH RENDAH
SH025 – DARAH TINGGI DAN KENCING MANIS
SH026 – OSTEOPOROSIS
SH027 – SAKIT GIGI DAN GUSI
SH028 – KANSER
SH029 – SET WANITA HAMIL
SH030 – SET BERSALIN
SH031 – SET KESUBURAN WANITA
SH032 – SET KESUBURAN LELAKI
SH033 – BATU KARANG
SH034 – SET KESIHATAN MATA
SH035 – LUMPUH
SH036 – HEPATITIS
SH037 – SET LANGSING BADAN
SH038 – SET ASMA / LELAH
SH039 – SET WARGA EMAS
SH040 – SET KANAK-KANAK KENCING MALAM
SH041 – DEMAM PANAS
SH042 – TIROID
SH043 – KEPUTIHAN
SH044 – ISOMNIA / SUSAH TIDUR
SH045 – MIGRAIN
SH046 – GASTRIK
SH047 – PATAH DAN TERSELIUH
SH048 -SET KESUBURAN RAMBUT
SH049 – KULIT
SH050 – SAKIT SENDI TANGAN
SH051 – GATAL BADAN
SH052 – KAYAP
SH053 – KELOPAK GARAM
SH054 – BADAN KURUS
SH055 – FIBROID
SH056 – PARKINSON
SH057 – CHIKUNGUNYA
SH058 – KEKURANGAN KALSIUM
SH059 – ANTI PERADANGAN
SH060 – PENYAKIT SLE
SH061 – OSTEOARTHRITIS
SH062 – DEMAM BERDARAH

Sekarang anda boleh lihat betapa banyaknya produk herba HPA yang mampu merawat pelbagai jenis penyakit. Apa kata anda cuba gunakan khidmat SMS ini sekarang juga.

2. Ketahui Maklumat dan Kelebihan Produk-produk HPA Melalui SMS

Taip: radix (jarak) info (jarak) nama produk dan hantar ke 33886

Contoh SMS: radix info ardisia send to 33886

Klik disini untuk melihat Senarai Nama Produk HPA

3. Peringatan Waktu-waktu Solat Melalui SMS

SMS ini akan diterima setiap pagi sebelum masuknya waktu Subuh.

Taip: ON (jarak) RADIX (jarak) SOLAT (jarak) KOD NEGERI dan hantar ke 33886

Contoh SMS: ON RADIX SOLAT JB (untuk waktu solat kawasan Johor Bahru) send ke 33886

KOD DAN KAWASAN BAGI SISTEM SOLAT

1. AS -ALOR SETAR
2. JB – JOHOR BAHRU
3. KL – KUALA LUMPUR
4. KU – KUANTAN
5. MK – MELAKA
6. PG – PENANG
7. KG – KANGAR
8. KC – KUCHING
9. SB – SEREMBAN
10. IP – IPOH
11. KB – KOTA BHARU
12. KT – K . TERENGGANU
13. LB – LABUAN
14. SA – SHAH ALAM
15. KK – KOTA KINABALU

Bayaran RM 0.50 dikenakan untuk setiap SMS. Selamat mencuba!

  • Share/Bookmark
No tags for this post.

Berita RFC Dalam Akhbar

Written by duniaherbahpa on Feb 16th, 2009 | Filed under: HPA Dalam Media, Radix Fried Chicken

Berita RFC Dalam Harian Metro, 14 Februari 2009

Buka 20 cawangan setahun

Oleh Zainuddin Zain
zainuddin@hmetro.com.my

RADIX Fried Chicked (RFC) mensasarkan menjadi restoran makanan segera nombor satu di Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang dengan pembukaan sekurang-kurangnya 20 cawangan restoran itu setahun mulai tahun ini.

RFC yang juga anak syarikat HPA Industries Sdn Bhd, peneraju syarikat jualan langsung (MLM) Bumiputera di negara ini yakin restoran makanan segera kendalian mereka akan diterima rakyat negara ini kerana menyajikan makanan berkhasiat.

Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad berkata, sejak RFC pertama di Lagenda Heights, Sungai Petani, Kedah dibuka pada pertengahan tahun lalu, ia menerima sambutan mengalakkan sehingga operasi restoran itu dilanjutkan kepada 24 jam sehari.“RFC adalah alternatif kepada pengemar makanan segera, tetapi mahukan makanan sihat kerana di restoran kami semua bahan digunakan adalah organik dan berasaskan herba.

“Di RFC, kami menggunakan ayam organik yang dijamin tidak diberikan sebarang suntikan hormon kerana ayam kami menggunakan makanan yang diproses sendiri menggunakan bahan herba seperti daun mambu dan sebagainya.

“Bahan lain di RFC juga dihasilkan HPA seperti rempah berherba, sos tanpa bahan pengawet dan minuman berkarbonat jenama Radix yang tidak menggunakan gula sebarangan dan tidak berbahaya kepada kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bisnes Metro selepas pelancaran RFC cawangan kedua di Terminal Bas Shahab Perdana, Alor Star, yang dirasmikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, minggu lalu.

Ismail berkata, HPA mensasar membuka 20 lagi RFC di seluruh negara dengan cawangan Kepala Batas, Pulau Pinang; Kangar (Perlis) dan Bandar Laguna, Sungai Petani akan dibuka bulan depan.

Menurutnya, cawangan lain dalam pembinaan ialah Ipoh, Perak; Kulim, Kedah; Kuantan, Pahang; Kota Bahru, Kelantan dan Petaling Jaya, Bandar Baru Bangi dan Shah Alam di Selangor pula selepas itu.

“Pada masa ini, ada RFC yang dibina di atas pelaburan HPA dan ada berkonsepkan perkongsian sistem mudharabah antara RFC dengan pemodal dengan setiap pelaburan untuk sesebuah RFC ialah sebanyak RM1.5 juta,” katanya.

Mengikut sistem itu, RFC bertindak sebagai pihak yang mengurus modal dan pentadbiran manakala pemodal bertindak sebagai penyumbang modal saja dengan nisbah keuntungan yang ditawarkan adalah 50: 50 antara HPA dan pemodal.

Mengenai RFC kedua di Alor Star yang menggunakan warna kekuningan, Ismail berkata, ia menjadi warna korporat RFC mulai sekarang selepas merah yang digunakan pada cawangan pertama di Sungai Petani.

“Warna tidak menjadi masalah kerana kita yakin dengan slogan ‘segar, organik dan halal’ restoran kami akan mendapat sambutan tanpa mengira bangsa dan agama serta sama ada mereka ahli MLM HPA atau tidak.

HPA ialah antara MLM terbesar di Malaysia sekarang dengan mempunyai lebih 470,000 ahli. Antara produk utama mereka ialah Kopi Radix yang kini antara kopi segera berherba paling laris di negara ini.

Selain MLM dan RFC, HPA juga mempunyai syarikat pelancongan sendiri, HPA Ilham Holidays selain rangkaian homestay manakala hotel pertama syarikat itu, El-Zahraa Inn akan dibuka dalam tempoh terdekat.

————————————————

Berita RFC Dalam Berita Harian, 9 Februari 2009

HPA sasar buka 20 restoran RFC

Oleh Ridzuan Ahmad
bhbiz@bharian.com.my

Program pengembangan dilaksana susulan sambutan baik cawangan pertama

HPA Industries Sdn Bhd (HPA), syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM) yang terkenal dengan produk Kopi Radix, mensasar untuk membuka 20 restoran Radix Fried Chicken (RFC) di seluruh negara menjelang penghujung tahun ini.

Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad, berkata program pengembangan itu susulan sambutan menggalakkan daripada orang ramai untuk cawangan pertama RFC yang dibuka di Lagenda Heights, Sungai Petani, Kedah, Jun tahun lalu.

Katanya, kewujudan RFC akan merancakkan lagi industri makanan segera yang mempunyai potensi yang cukup luas untuk diusahakan di negara ini.

Beliau berkata, syarikat itu menawarkan francais kepada 500,000 ahlinya di seluruh negara untuk membuka RFC melalui kaedah perkongsian mudharabah yang mana modal diperlukan bagi sesebuah restoran adalah hampir RM1.5 juta, bergantung kepada lokasi.

“Usaha sama dibuat mengikut kaedah perkongsian mudharabah yang mana RFC bertindak sebagai pihak yang mengurus (modal dan pentadbiran), sementara pemodal bertindak sebagai penyumbang modal saja.

“Nisbah keuntungan yang ditawarkan RFC ialah ialah 50:50 antara HPA dan pemodal. Keuntungan pula berdasarkan untung bersih bulanan,” katanya selepas perasmian cawangan kedua RFC oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di Shahab Perdana, Alor Setar, kelmarin.

Ismail menjelaskan, semua produk digunakan di RFC, termasuk sos dan minuman adalah keluaran HPA yang berasaskan herba dan bebas daripada bahan kimia.

Katanya, RFC menggunakan ayam organik yang diternak sendiri HPA dan dijamin bebas daripada vaksin kerana menggunakan herba sebagai makanannya seperti daun mambu, kunyit dan tongkat Ali.

Selain ayam goreng asli dan pedas yang menggunakan ramuan herba terpilih, RFC juga menyediakan pelbagai set makanan lain termasuk burger, sosej, kentang goreng dan putar, sayur bermayonis dan ais krim.

RFC turut menyediakan minuman Kopi Radix, Cola Radix, Sarsi Radix selain jus roselle dan mangga.

“Kewujudan RFC juga membuka peluang pekerjaan kepada anak tempatan yang berminat untuk bekerja di setiap cawangan yang diwujudkan.

“Kita juga bersedia menimbang untuk mendapatkan ayam organik yang diusahakan oleh penternak tempatan, sekiranya ia mengikut standard yang ditetapkan,” katanya.

Ismail menambah, dalam tempoh terdekat ini, pihaknya akan membuka cawangan ketiga RFC di Kepala Batas, Pulau Pinang.

HPA kini memiliki empat kilang serba moden dan mengusahakan ladang ternakan ayam, itik, lembu dan kambing organik selain herba rossele, pegaga, misai kucing, jagung, serai dan pisang seluas 200 hektar untuk memastikan bekalan bahan mentah mencukupi.

banner-duniaherba-486x60.gif

  • Share/Bookmark
No tags for this post.

Herba Curcumin

Written by duniaherbahpa on Feb 12th, 2009 | Filed under: Produk Kapsul & Gel, Produk Makanan Kesihatan, Produk Penawar Penyakit
Herba Curcumin

Herba Curcumin

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 22.00
Sabah & Sarawak: RM25.00

Harga Pengedar
Semenanjung Malaysia: RM 17.00
Sabah & Sarawak: RM22.00

Nilai Mata: 7

Ulasan/Artikel Tulisan Tn Haji Ismail bin Haji Ahmad, Pengarah Urusan HPA Tentang Produk Herba Curcumin

Merupakan produk baru yang dihasilkan daripada kunyit terpilih untuk tujuan kesihatan terutamanya sebagai “pencuci Rahim” kepada wanita. Kunyit memang membersihkan rahim terutamanya peradangan, keputihan, ketumbuhan dan sebarang jangkitan. Rimpang kunyit digunakan bersama Kapsul IMT menjadi ubat untuk fibroid yang berkesan disamping itu curcumin juga adalah herba antibiotik alami yang sangat kuat. Kelebihan kunyit dalam kajian sunguh banyak seperti:

1. Alzheimer’s disease
2. kanser
3. gangguan hati
4. Sakit sendi
5. demam kuning
6. Senggugut
7. kencing berdarah
8. buasir
9. penyakit kardiovaskular
10. menurunkan kolesterol dll.

Kunyit mengandungi 5% essential oil dan 3% curcumin (polyphenol). Pengambilan produk untuk efektif adalah seperti berikut:

  • berat badan dibawah 50kg – 2 biji, 3x sehari
  • berat badan antara 50kg – 90 kg – 3 biji, 3x sehari
  • lebih daripada itu/perawatan – 5 biji, 3x sehari

InsyaAllah satu produk lagi yang bernilai tinggi tetapi tidak ramai yang mengetahuinya.

Kelebihan Curcumin

Masalah dihati akan kelihatan di mata . Keracunan hati akan menunjukan mata putih menjadi semakin kuning. Termasuklah batu hempedu, sirosis, hepatitis dan lain-lain lagi. Mata menjadi kuning memberikan petanda awal perlu mencari ubatan herba yang menghasilkan warna kuning yang kuat seperti Kunyit atau karet kuning.

Kunyit sangat baik untuk melindungi hati dari mengalami kerosakan akibat dari toxid yang masuk kedalam tubuh, jangkitan kuman dan juga batu hempedu.  Satu lagi kelebihan kunyit ialah untuk katarak. Kunyit mengandungi curcumin yang amat efektif mencegah katarak. Banyak penelitian di Universiti membuktikan curcumin terbaik untuk rawatan ini.

  • Share/Bookmark
Tags:

Cara Menjadi Stokis HPA

Written by duniaherbahpa on Feb 9th, 2009 | Filed under: Cawangan HPA, Stokis HPA

Ada 4 kategori agen stok HPA. Ianya dikenali sebagai

1. Stokis,
2. Pengurus Stokis Daerah (PSD),
3. Pusat Jualan dan
4. Pusat Agensi

Dalam meeting PJS sempena PIC untuk PJS di Sg Petani, telah diputuskan bahawa mulai Nov’08, mana-mana pengedar yang ingin memohon menjadi Agen Stok mestilah telah mengikuti kursus Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) dan kursus Perkongsian Ilmu Cemerlang (PIC). Manakala agen stok yang sedia ada yang belum mengikuti PBC dan PIC dikehendaki menyertainya bila diberitahu kelak.

Pengedar yang mahu memohon agen stok ini hendak mengisi borang yang disediakan di cawangan dan di fakskan ke HQ HPA.

Kelayakan untuk menjadi Stokis jika telah diluluskan hendaklah membuat belian pertama dalam satu invois di mana-mana cawangan berjumlah minima RM 5,000.00.

Manakala Pengurus Stokis Daerah PSD minima RM15,000.00 .

Pusat Jualan minima RM50,000.00 dan Pusat Agensi pula minima RM70,000.00.

Stokis dan Pengurus Stokis Daerah boleh beroperasi di rumah manakala Pusat Jualan dan Pusat Agensi mesti ada premis perniagaan dan lesen perniagaan yang sah dari ROB atau ROC dan Majlis Kerajaan Tempatan.

Bonus Agen Stok dibayar oleh HPA berpandukan Laporan Agen Stok yang dihantar oleh agen stok setiap bulan. Biasanya Stokis hantar sebulan sekali. Pengurus Stokis setiap 10 hari sekali. Pusat Jualan dan Pusat Agensi hantar setiap minggu.

Stokis dibayar bonus agen stok sebanyak 11%, Pengurus Stokis Daerah 13%, Pusat Jualan 15% dan Pusat Agensi 16% dari NM pengedar yang membeli produk dengannya.

Stokis mendapat harga produk yang sama seperti ahli HPA dan tidak mendapat harga yang lebih murah dari harga ahli.

Setakat ini di seluruh Malaysia terdapat 12 Pusat Agensi, 30 Pusat Jualan, 141 Pengurus Stokis Daerah dan 1104 Stokis.

Syarat-Syarat Permohonan Dan Perlantikan Agen Stok

  • Pemohon mestilah telah menjadi pengedar kepada AL-WAHIDA MARKETING SDN. BHD (Ahli HPA).
  • Pemohon mestilah mengikuti kursus Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) terlebih dahulu (WAJIB).
  • Pemohon mestilah mengisi borang permohonan Agen Stok dengan lengkap dan borang bolehlah didapati di semua cawangan  HPA.
  • Permohonan yang diluluskan mestilah membuat belian syarat di mana-mana Cawangan, Pusat Agensi, Pusat Jualan atau Pengurus Stokis yang ditetapkan oleh syarikat.
  • Hanya permohonan yang diluluskan sahaja yang boleh membuat belian syarat.
  • Semua Agen Stok mestilah membuat BELIAN PERIBADI sekurang-kuranngnya 50 nilai mata setiap bulan.
  • Semua Agen Stok yang dilantik, dikehendaki menghantar LAPORAN AGEN STOK (LAS) yang mengandungi borang keahlian, invois, baki stok dan senarai laporan setiap bulan.
  • LAPORAN AGEN STOK (untuk kategori PSD, Pusat Jualan & Pusat Agensi) mestilah dihantar 3 kali dalam sebulan

Laporan Pertama : 1hb – 10hb mestilah sampai ke HQ sebelum 15hb.
Laporan Kedua : 11hb – 20hb mestilah sampai ke HQ sebelum 25hb.
Laporan Ketiga : 21hb – 30hb mestilah sampai ke HQ sebelum 5hb pada bulan berikutnya.

  • LAPORAN AGEN STOK yang diterima lebih dari 10hb tidak akan diproses dan akan diproses pada bulan berikutnya.
  • Mana-mana agen stok yang gagal menghantar laporan tanpa sebab yang munasabah pihak syarikat boleh menamatkan statusnya.
  • Agen Stok tidak boleh membeli pada agen stok pada yang sama taraf atau lebih rendah dari padanya. Contohnya : Pengurus Stokis tidak boleh membeli pada Pengurus Stokis dan juga pada stokis.
  • Agen Stok mestilah menghadiri program –program atau mesyuarat Agen Stok yang dianjurkan oleh syarikat.

Etika Agen Stok

Sebagai seorang agen stok hendaklah mematuhi tatacara dan kehendak syarikat dengan cara memenuhi etika seperti di bawah:

a) Jujur: Agen stok hendaklah sentiasa jujur di dalam menguruskan dokumen yang berkaitan dengan invois, borang ahlli dan Laporan Agen Stok (LAS)

b) Kualiti: Seorang Agen Stok hendaklah berkualiti di dalam penguasaan pengetahuan barangan , plan pemasaran, perkembangan syarikat serta bersikap positif terhadap syarikat.

c) Tepati masa: Agen Stok mestilah dapat menguruskan  masa dengan sebaik mungkin untuk membolehkan pengedar mendapatkan barang.

d) Agen Stok mestilah menghantar laporan setiap bulan.

  • Share/Bookmark
Tags: , ,

RFC Kedua Kini Dibuka Dengan Rasminya Di Alor Setar

Written by duniaherbahpa on Feb 8th, 2009 | Filed under: Galeri HPA, Info Terkini HPA, Radix Fried Chicken

Pada 7 Februari 2009 yang lalu, telah berlangsung majlis perasmian Radix Fried Chicken (RFC) cawangan Alor Setar. Ini merupakan cawangan kedua dan lebih banyak cawangan akan menyusul selepas ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Azizan bin Abdul Razak. RFC kedua ini telah menggunakan warna oren pada keseluruhan bangunan restoran berbanding warna merah yang digunakan di Restoran RFC pertama di Sungai Petani.

Berikut ialah beberapa gambar suasana sekitar perasmian RFC kedua ini. Untuk melihat gambar yang lebih banyak, sila klik disini: http://www.flickr.com/photos/35205663@N06/

rfc-as

rfc-as2

rfc-as10

rfc-as4

rfc-as5

rfc-as3

rfc-as6

rfc-as7

rfc-as8

rfc-as9




  • Share/Bookmark
Tags: , ,