Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Sg Petani, Kedah

Waktu Perniagaan RFC:
Dibuka Dari Jam 10.30 Pagi Hingga 11.00 Malam (Setiap Hari)

Alamat:
Lot 95-97 Jalan Lagenda 1, Legenda Height,
Sungai Petani,Kedah Darul Aman (Sebelah Maybank Legenda Height)

 No. Tel: 04-4254717

logo-rfc.PNG

gmbr-rfc-1.PNG

 

gmbr-rfc-2.PNG

 

gmbr-rfc-3.PNG

 

gmbr-rfc-4.PNG

Lokasi RFC ini terletak di Lagenda Heights di antara Bank Islam dan Maybank. Berdekatan dengan Tesco Sg Petani.

Berminat dengan perniagaan franchise RFC? Sila rujuk artikel di bawah.

RFC satu altenatif.

Selain daripada KFC kini muncul pula RFC yang memberikan pilihan yang sangat menarik pada massa. Restoran yang dimiliki oleh HPA merupakan tonggak kebangkitan produk halal yang disokong oleh 400,000 orang ahli-ahlinya. Sesuatu yang menarik ialah sumber bekalan ayamnya di ambil daripada HPA farm yang telah bertungkus lumus menghasilkan ayam halal dipasaran.

Bermula daripada penyediaan makanan ayam yang halal, bebas dari penggunaan antibiotik, bebas dari penggunaan beta agonist (enzim penggemuk dari babi) dan sembelihan yang terjaga hukum hakamnya sampailah kita menyediakan makanan yang siap dimakan.

RFC menggunakan radix cola sendiri menggantikan coca-cola dan rempahan yang digunakan untuk menghasilkan ayam RFC juga diproses dengan resepi tersendiri. Chili sos, tomato sos dan Thai Sos juga dihasilkan di kilang HPA yang terletak di Jejawi Sematang Perlis.

Apa yang menarik ialah ahli-ahli yang makan di RFC akan diberi nilai mata (NM) sesuai dengan peniagaan MLM HPA. Manakala restoran RFC pula akan di “franchise” kepada ahli-ahli HPA yang berminat menerusi 2 pakej iaitu:

1. pakej pertama : RM 1 juta

2. Pakej kedua : RM 500 ribu.

Menjelang tahun 2010 RFC berhasrat mempunyai 20 rangkaiannya diseluruh malaysia. InsyaAllah.

Mereka yang berminat boleh hubungi 013-5309717 (Hj Fisal) untuk pertanyaan lanjut.

Terima Kasih kepada semua ahli HPA.

Sumber: http://jawiherbshop.blogspot.com/2008/05/rfc-satu-altenatif.html

=================================

Perkongsian Bijak RFC (PBR)

Sudah sampai masanya kami mempelawa mereka yang mempunyai modal dan berminat untuk membuka RFC dalam peluang PBR di empat lokasi iaitu :-
1. Perlis
2. Alor Setar
2. Pulau Pinang
3. kelantan
4. Terengganu.

Syarat awal yang diperlukan ialah:
1. Modal RM1 juta (minimum) bergantung pada keluasan tempat.
2. Mempunyai tempat yang stategik
3. Menjadi ahli HPA lebih dari 3 bulan dll.

Tempat-tempat yang lain masih belum dibuka lagi. Mereka yang berminat boleh menulis surat kepada HPA atau menghubungi pegawai kami :-

Pn Sobihah : 019-5089842.

Pihak kami akan mengadakan temuduga segera kepada mereka yang berkelayakan.

==================================

Sistem Mudharabah dalam peniagaan RFC

Kepada semua mereka yang berminat untuk membuat pelaburan dalam RFC, disini diberikan syarat awal pelaksanaan Mudharabah RFC.

1. Ahli HPA dan mengikuti PBC
2. Pelaburan bernilai sejuta ringgit
3. Keuntungan 50/50
4. Tempoh perjanjian 5 tahun dan modal dikembalikan selepas 5 tahun.
5. Pelaburan semula bergantung kepada penilaian baru.
6. Lokasi mestilah dengan kelulusan RFC
7. Keuntungan dibayar pada setiap bulan
8. Pelabur tidak mempunyai hak dalam pentadbiran
9. Pelabur tidak mempunyai hak menghalang pembinaan cawangan-cawangan baru
10. Untung dan rugi ditanggung bersama
11. Anggaran keuntungan antara 18% - 25% setahun
12. Pemberian keuntungan bermula pada bulan operasi
13. RFC mengambil tempoh 3 hingga 5 bulan bagi menyiapkan sesuatu cawangan.
14. Jika keuntungan 18 % (pelabur akan mendapat RM900,000.00 / 5 tahun- anggaran )

Pihak yang berminat boleh menguhubungi Puan Sobihah, 019-5089842 (HPA Ilham Holiday).

Popularity: 100% [?]

66 Comments »

  1. Saifor Adzuan said,

    May 22nd, 2008 at 7:47 am

    Tahniah di ucapkan semoga perniagaan yang berasaskan produk Islam akan lebih cemerlang di masa akan datang………lebih2 lagi di rasmikan oleh tokoh yang memperjuangkan Islam dalam persada politik malaysia

  2. duniaherbahpa said,

    May 23rd, 2008 at 8:47 pm

    Terima kasih atas sokongan anda.

  3. TOLONG BERI ALAMAT LENGKAP RFC said,

    May 24th, 2008 at 9:18 pm

    TAHNIAH SEMOGA ALLAH S.W.T
    MEMBERKATI USAHA YG MURNI INI.
    SAYA NAK TAHU ALAMAT LENGKAP LOKASI FRC.
    BOLEH TOLONG BERIKANYA?
    SAYA UCAPKAN JAZAKALLAH

  4. monazid said,

    May 26th, 2008 at 10:30 am

    Tahniah. Bila nk buat kat Selangor ke atau K.L. ?

  5. mazwin said,

    May 26th, 2008 at 3:20 pm

    Memang canggihlar tapi bukakle cawangan kat area KL atau Kuantan cepat-cepat yer..

  6. qutreen said,

    May 28th, 2008 at 5:49 pm

    alhamdulillah dah ada makanan segera yg kita mmg makan tanpa was2
    KFC kita masih rasa ada was2..
    wpun kata ada badan syariah sendiri

    apa2 alhamdulillah

  7. qutreen said,

    May 28th, 2008 at 5:51 pm

    utk penduduk sg petani
    RFC ni terletak di lagenda heights
    sng nak jumpa kedai ni
    tpt nye terletak antara bank islam dan maybank…
    terbentang sign board merah dah naik
    tp 1 jun baru dirasmikan

    jum ramai2 warga sp kita jaya/majukan produk muslim
    sokong barangan muslim tanpa was2

  8. zulfaddhly said,

    May 28th, 2008 at 7:53 pm

    Tahniah dan syabas diucapkan……
    harap dapat mengekalkan kualiti makanan yang dijual serta mengembangkan sayap perniagaan ke seluruh negara.
    Mungkin perlu difikirkan sistem franchais selepas perniagaan, bekalan bahan mentah, policies and guidelines dapat dikukuhkan….. org lain juga berpeluang berniaga………

  9. ani said,

    May 29th, 2008 at 12:07 am

    Alhamdulillah…tahniah dan syukur buat HPA yang memandang jauh kehadapan dalam pemakanan islam… bila boleh di buka di seremban?… perbanyakkanlah kedai seperti ini di buka di seluruh malaysia……..

  10. ummu_waheedah said,

    May 29th, 2008 at 12:11 am

    Baguslah ada RFC ni, memang tunggu depa buka franchais di seantero negeri seluruh malaya. cuma bimbang ayam out of stock. bebaru ni saya nak istiqomah beli ayam organik dari stokis HPA di Kuantan, hampa sebab sekali shj dapat pastu ayam tak der….

    makan ayam mmg sedap tp tak ramai yg nak jd pengusaha ayam termasuk saya :(

    sebenarnya kat pasar2 tani di Kuantan ni banyak ayam organik yg tak berapa laku, kan elok kalau HPA JV dgn mereka.

  11. ummu_waheedah said,

    May 29th, 2008 at 12:13 am

    Kalau warna merah tu di tukar kpd hijau lagi baguzzz…

  12. duniaherbahpa said,

    May 29th, 2008 at 6:59 pm

    Salam semua, terima kasih atas sokongan anda.

  13. MADU, JAMU, QIFA said,

    May 30th, 2008 at 3:32 pm

    KENAPA LAMAN WEB HPA INDUSTRIES X UP TO DATE SPERTI WEBSITE NI?
    TQ…..

  14. wan said,

    May 30th, 2008 at 8:23 pm

    Tahniah… tapi kenapa masih mengekalkan warna seperti KFC. taku jadi isu air asia ngan mas…
    Kenapa tak kekalkan warna identiti>>>> Hijau

  15. duniaherbahpa said,

    May 30th, 2008 at 8:49 pm

    Salam Madu, soalan anda ni patutnya di tujukan kepada webmaster HPA. emel: webmaster@hpa.com.my

    Salam wan, ini pendapat saya, jenama radix pada produk lain spt kopi dan cereal menggunakan warna asas merah. Mungkin ini sebabnya warna merah juga digunakan sbg warna tema restoran RFC ini. Lagi pun, pada saya, warna merah bagus sebab ia lebih menonjol dan mudah menarik perhatian org berbanding warna lain. Ini juga salah satu teknik promosi/pemasaran yg baik. Saya tak tahu lah pula jika pihak HQ HPA punya jwpn lain bagi isu warna ini.

  16. green entrprise said,

    June 1st, 2008 at 11:06 am

    tahniah diucapkan atas pelancaran RADIX FRIED CHICKEN

  17. faizah 306657MY01 said,

    June 1st, 2008 at 11:10 am

    SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUAN HAJI ISMAIL HAJI AHMAD, AGAR DAPAT MENERUSKAN PERJUANGAN MENEGAKKAN EKONOMI ISLAM DI BUMI MALAYSIA DAN DUNIA ISLAM. INSYAALLAH!

  18. qutreen said,

    June 2nd, 2008 at 10:43 am

    salam WM
    tak update gambaq masa perasmian ka??
    akak berkesempatan p sblh mlm je
    siang nye tak sempat…

    tp mlm pun susah sgt nak dapat makanan
    tgk hubby beratur je 40 minit….kalo kedai lain kita org dah quit
    tp sb HPA sanggup tunggu
    anak2 pun sabar menanti..takde yg buat power rangers ke apa
    selalu kalo lambat,power ranger,spiderman seme kluaq hheghhe

    resepi ayam RFC sedap…
    kira setanding dgn KFC la…(**tp 4 thn dulu la rasa KFC tu..skrg tatau mcm mana rasa ayam KFC..dah lama sgt tak p beli **)

    smlm mmg org ramai
    kita org ooder lain,dpt nye lain
    tp takpe kak faham..smlm hari pertama
    dgr kata smlm saje ayam 5000+ ekor dijual
    alhamdulillah sambutan mmg menggalakkan ye
    rugi tak dapat ambik gambar smlm waktu sesak2 kat dlm RFC
    insyaALLAH lain kali kena record gambar tu
    lom pernah jumpa org sesesak kat RFC hanya utk dtg makan ayam goreng

    tentang warna RFC dgn warna merah tu
    rasa nya dah ok…
    sb duk tgk mana2 pun KFC..KLG….seme guna warna merah
    melambangkan kedai ayam goreng kut
    warna ceria dan terang….

    syabas HPA.
    semoga terus maju jaya

  19. SITI ZALEHA, KUCHING said,

    June 2nd, 2008 at 5:26 pm

    Syabas N Tahniah, cantik n canggih Restoran tu, harap2 suatu hari akan buka juga kat Kuching, Sarawak. Apa2 pun Alhamdulillah HPA sekarang jauh lbh maju daripada dulu.

  20. qutreen said,

    June 3rd, 2008 at 10:11 pm

    Bila RFC nak buka francise untuk ternak ayam pulak?

    KFC dah buka peluang nie untuk sesapa yang berminat menternak ayam, RFC bila lagi?

  21. Juman Shah Hashim said,

    June 4th, 2008 at 5:23 pm

    Ada diskaun tak

  22. gemilangniaga/?=izahkaya 5364 said,

    June 4th, 2008 at 7:09 pm

    salam…
    Alhamdulillah syukur, HPA maju setapak lagi dengan kemunculan produk terbaru RADIX FRIED CHIKEN. Bila nk ada kt Kuantan pulak.. Tak sabar dh asenyer nk rasa RFC. Boleh ke nk jadi Franchais?
    Semoga bertambah maju dan setanding dengan KFC kalau boleh lagi maju pada depa.
    Warna apa pn x jadi masalah, merah pun bagus sb kata org cina MELAH MANYAK ONG….
    Hidup HPA

  23. Hafeez_siswaproperty said,

    June 5th, 2008 at 7:37 am

    Tahniah atas pelancaran RFC..Nampak gayanya HPA sudah berkembang kepada produk makanan segera.Tak lama lagi pulak El-Zehraa Inn akan beroperasi.Kedua2 produk ni adalah sebenarnya boleh dikategorikan sbg projek hartanah (retail property).Jadi saya mencadangkan HPA menubuhkan Jabatan Hartanah atau anak syarikat HPA Properties plak.So,organisasi ni blh fokus kpd projek2 sebegini supaya pengurusannya lbh efisien.Mereka boleh membuat ‘feasibility study’ untuk mengenalpasti lokasi bersesuaian untuk dikembangkan perniagaan ini.Mgkin sampai ke luar negara kerana ramai umat islam masih tercari2 outlet makanan halal dan hotel berlandaskan syariat di sana..Fikir2kan lah..

  24. afzan zainuddin said,

    June 5th, 2008 at 10:59 am

    assalamualaikum,

    nak tanya sikit tentang ayam, adakah ayam2 tu hpa bela sendiri, saya dah takut nak makan ayam, sbb macam2 cerita tentang ayam sekarang ni, ayam suntik ubat, 40 hari dah besar dan macam2 lagi lah, nak makan pun rasa takut dan was-was.

  25. wan zaid said,

    June 6th, 2008 at 12:03 pm

    nape tak ubah kala hijau……
    tahniah….MAJULAH HPA UNTUK NEGARA

  26. shazwan said,

    June 9th, 2008 at 3:21 am

    dah pegi tadi malam.. syabas utk pengusaha baru ini..
    just sekadar teguran dan cadangan kepada pemilik, sila tambah pekerja kat floor.. saya tengok ramai pekerja kat dalam sahaja.. kat floor ada sorang dua.. so agak berterabur meja dan kerusi (lepas customer keluar, tak nampak pekerja datang kemaskan makanan dan susun semula meja), makanan kat atas meja lambat dikemaskan.. utk bersaing dengan pasaran makanan segera yang lain, anda boleh buat yang lebih baik. itu dari segi kekemasan lah. dan lagi dari segi pesanan, harap boleh lebih cepat, kerana dalam keadaan orang yg ramai tadi, saya menunggu hampir sejam untuk beratur dan dapatkan makanan dan saya nampak kalau kuantiti sebegitu, di tempat makanan segera yang lain, ia hanya mengambil masa dalam 15-20 minit utk sampai ke kaunter. dan cadangan yang lain, dekorasi menu di kaunter saya rasa boleh buat lebih menarik dari sekarang. ianya nampak dull.. tak menarik. saya tengok dalam gambaran dalam website ini nampak lebih menarik, tapi tidak di restoran sebenar.
    saya sekadar memberi idea dan menegur sepanjang pemerhatian saya tadi selama sejam menunggu makanan. dan satu lagi, kalau ada jamuan utk ahli2 HPA, rasanya lebih elok dibuat di kawasan tertentu dalam restoran.. kan ada few pecahan pecahan dalam restoran tu. takde lah bercampur dengan pelanggan yang lain..ini tempat awam,walaupun ia milik HPA, tapi jgn lah buat macam rumah sendiri.apa apa pon, tahniah untuk semua. alhamdulillah.

    melayu untuk melayu.

  27. adek comel said,

    June 9th, 2008 at 7:22 pm

    hai… kat sg petani je ke??? kat tempat laen??? cpt2 sket.. rimas p tgk byk sgt org!!!

  28. ss said,

    June 10th, 2008 at 9:32 pm

    Alhamdullillah sekalung taniah RFC. Diharap komen-komen membina mengenai HPA dapat diatasi, insyallah..Saya juga menyokong cadangan rakan/ahli HPA mengenai stok-stok bekalan HPA yang sering kehabisan, warna imej RFC dari merah ditukar kepada HIJAU cerah menawan. Cuti sekolah minggu lepas, Saya sekeluarga dari Selatan sanggup ke Sg.Petani untuk merasai keenakkan makanan RFC. Syabas HPA walaupun 80minit menunggu. Semoga terus berjaya kearah produk Halal toyyiba.

  29. amrie ibni hajar said,

    June 12th, 2008 at 12:35 pm

    Tahniah dan syabas diucapkan kepada HPA.Semoga menjadi ikutan serta teladan kepada tokoh-tokoh korporat Islam agar terlibat dengan usaha fardhu kifayah ini.Semoga niat murni dan usaha yang ditunjukkan akan mencetuskan gelombang kesedaran kepada kita semua bahawa Islam adalah terbaik dan bukan sekadar menyaingi malah mengatasi sebarang franchais dari barat.Wassalam

  30. lilda_tejamujahidah said,

    June 19th, 2008 at 4:45 pm

    SaLam..
    saya juga setuju dengan Shazwan…seBenarNya buLan ni saja dah hampir 10 kaLi saya ke RFC, bukan sekadar mengisi perut tapi sebagai medan diskusi perniagaan serta memperkenalkan RFC kepada suppLier serta customer syarikat ( RFC kan restoran rasmi HPA, sebagai sTaFF MSCM, saya terpaNggil untuk memperkenalkan RFC kepada keNaLan…HPA & MSCM kan syarikat yg ada hubung kait antara satu sama lain)….
    maLang nya..dar awal RFC dilancarkan 1hb June sehingga lah tgh hari td saya berkunjung untuk Lunch deNgan suppLier, servis RFC beLum sempurna dan WAJIB diperbaiki…
    bayangkan ayam goreng original bahagian peha (yag kebetulan dimakan supplier) masih berdarah serta tak cukup masak….
    manakala semalam, saya membawa adik lelaki saya untuk lunch ke RFC, juga ada masaLah yg sama…
    bagi mengelakkan kejadian ini berulang, saya telah komen di ’suggestion box’ dan berharap keadaan ini dapat diperbaiki….
    sebenarnya, sewaktu awal RFC dilancarkan,..saya sudah pon mengalami situasi ini…namun saya diamkan serta cuba memberi peluang kepada staff RFC memperbaiki keadaan..biasa la..bayi pon meniarap duLu..kemudian baru beLajar merangkak…tapi, setelah ampir sebulan keadaan ini asih tak berubah..keadaan mesi diperbetulkan segera…kerana potensi RFC untuk maju lebih besar….malah tak keterlaluan jika saya katakan RFC mampu menandiNgi sTandard restoran makanan segera yang lain…..untuk pengetahuaan semua…seorang potential customer HPA & MSCM dari australia juga telah saya bawa ke RFC dan dia sangat kagum serta memuji usaha HPA dalam memperkenalkan makanan halal serta organik….sayang kalau kelemahan yg kecil tak dibaiki…jadi, silalah baiki kelemahan untuk kemajuaan masyarakat isLam…..

    ikHLas demi agama
    berjuang tegakkan ekonomi ummah ;)

  31. lilda_tejamujahidah said,

    June 19th, 2008 at 4:50 pm

    satu lagi…kepada pengurusan RFC..tolong cepatkan servis di kaunter….penting sgt…bukan apa..takut customer hilang mood nak makan akibat beratur dan berdiri terlalu lama di kaunter….

  32. hanis humaira said,

    June 19th, 2008 at 4:52 pm

    syabas RFC, kekalkan prestasi dan baiki kelemahan.

  33. Khusairi Bani Hashim said,

    June 19th, 2008 at 11:20 pm

    Syukur Alhamdulillah dan tahniah kpd Tuan Hj. Ismail.. Saya ahli HPA dan Saya berasal dari Sg. Petani, Kedah yg kini menetap di Subang Jaya, Selangor. Saya ingin menyahut usaha fardhu kifayah ini untuk bekerjasama dengan pihak HPA untuk mengembangkan perniagaan RFC di sekitar Lembah Klang jika diberi peluang untuk terus berjaya kearah produk Halal toyyiba secara global.
    Harap pihak HPA dapat memberi maklum balas dan perhatian terhadap hasrat saya ini. Sekian, Wassalam..

  34. Zam said,

    June 20th, 2008 at 10:27 am

    Malam tadi saya sekeluarga datang RFC sg petani. Sambutan ramai sangat menggalakan. Perasaan sedih, marah dan bangga bercampur baur. Sedih dan marah kerana tidak kelihatan pelanggan non Muslim langsung. Nampak sangat depa tak sokong. Sama juga di Ekspo Peniaga Bumiputera di Seberang Jaya, Pulau Pinang, bangsa depa satu batang hidung pun tak nampak. Dah empat tahun berturut2 saya perhatikan. Kalau orang depa berniaga, orang kita berpusu pusu pergi beli. Saya merasa bangga kerana ramai orang kita yang sokong RFC. Saya berbangga kerana pekerja pekerja RFC sabar dan sentiasa ramah melayan pelanggan, tahniah kepada mereka. Saya merasa bangga kewujudan RFC atas usaha orang kita. Tahniah, semoga bertambah maju.

  35. Seri Studio said,

    June 20th, 2008 at 2:19 pm

    Tak sabar menanti kedatangan RFC ke seluruh Malaysia.. Harap2 berkembang hingga ke negara luar..
    Saya setuju dengan beberapa pendapat tentang menjadikan warna trademark RFC kepada hijau.. Green is also one great color.. Tapi apa2 pun.. Tahniah kepada HPA.. Semoga terus maju jaya..!

  36. duniaherbahpa said,

    June 21st, 2008 at 1:41 pm

    Salam semua, terima kasih kepada yg memberi pujian dan tak krg juga kritikan membina. Kepada yg berminat dgn perniagaan franchise RFC ini, ini maklumatnya:

    Restoran RFC akan di “franchise” kepada ahli-ahli HPA yang berminat menerusi 2 pakej iaitu:

    1. pakej pertama : RM 1 juta

    2. Pakej kedua : RM 500 ribu.

    Menjelang tahun 2010 RFC berhasrat mempunyai 20 rangkaiannya diseluruh malaysia. InsyaAllah.

    Mereka yang berminat boleh hubungi 0135309717 (Hj Fisal)untuk pertanyaan lanjut.

  37. Noor Aini Othman said,

    June 24th, 2008 at 8:33 am

    Salam.

    The RFC is a new business and still in infancy stage. The business is yet to establish itself . I wonder why it cost so much like KFC or Mc D to set up this business. Pls comment.

  38. Jalon said,

    June 26th, 2008 at 3:15 pm

    mai sepinggan !

  39. joe said,

    July 1st, 2008 at 8:32 am

    Salam dan tahniah kepada HPA.
    Diharap pihak hpa dapat mengambil berat semua cadangan, pandangan dan pertanyaan yang diajukan kepada pihak HPA bagi memastikan perniagaan RFC ini tetap menjadi pilihan umat islam semalaysia. Saya juga faham RFC ini masih didalam peringkat permulaan dan masih banyak ruang yang boleh diperbaiki dengan seberapa segera. Saya juga menyeru kepada semua umat islam agar terus menyokong pembangunan produk islam kita walaupun ada sesetengah perkara yang tidak begitu memuaskan. Bukan mudah untuk kta memulakan perniagaan sebegini yang mana sebahagian besarnya adalah dipelopori oleh orang bukan islam. Kita harus berterusan menyokong industri ini agar kita mampu terus bersaing. Anda sanggup berbaris panjang demi menaikkan ekonomi orang islam pasti akan ada pahalanya disisi tuhan. Insyaallah, jika kita berterusan menyokong, segala kelemahan akan dapat diatasi, dan unit francais akan terus berkembang dan terus menjadi pilihan umat islam…saya mesti pilih! - Bila nak buka kat lembang klang?

  40. Sabrina said,

    July 1st, 2008 at 11:55 am

    Tahniah.

    InsyaAllah usaha ini akan mendapat keredhaan dari Allah S.W.T dan terus diberi keberkatan berpanjangan.

    Semoga maju jaya.

    Semoga cepat sampai ke Bandar Muar, Johor

    :)

    :)

  41. Abdul Malik said,

    July 9th, 2008 at 12:25 am

    Assalamualaikum.. Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah dan syabas. Saya rasa amat berbangga apabila menikmati juadah di RFC. Dah 5 kali dah makan kat sana. Sebabnya kerana saya orang Sg. Petani. Cuma.. saya nak beri pandanganlah.. Entahlah. mungkin baru nak mula business cara ni, kalau boleh jangan bagi putus bekalan. Contohnya ‘Wedges’. Maaf ya… Wassalam

  42. Ir.Sukari said,

    July 31st, 2008 at 4:20 pm

    setiap usaha yang baik,ikhlas dan berpaksikan syariat islam, pasti akan mendapat pertolongan Allah swt…
    setiap umat islam perlu menyokong dan menyumbang kepada perjuangan HPA…kecil atau besar sumbangan bukan menjadi ukuran, kerana di sisi Allah swt, keikhlasan adalah ciri utama…
    semuga HPA terus sukses !

  43. Mat_hf said,

    August 9th, 2008 at 10:38 pm

    X perlu dah ubah ke color hijau..merah pun dah cukup cantik..saya pun berjiwa Islam..Berjiwa perjuangan Islam..tapi rasanya apa yang cantik baik dalam Islam..Allah itu cantik dan sukakan yang cantik..Sekadar memberi cadangan..:-)

  44. LangkawiBudget said,

    August 15th, 2008 at 4:54 pm

    Salam, tahniah HPA. Kami berminat menyertai RCA…..tetapi harga pakej diluar kemampuan. JEMPUT KE BLOG KAMI

  45. Muzamil said,

    August 18th, 2008 at 8:11 am

    Nak dapat franchais Radix fried chicken macam na?

  46. duniaherbahpa said,

    August 20th, 2008 at 11:49 am

    Salam semua, info ttg franchise RFC telah diupdate. Sila rujuk dan hubungi Pn Sobihah, 0195089842 utk keterangan lanjut.

  47. mohd shah smah said,

    September 10th, 2008 at 12:22 am

    Assalamulaikum. Berminat juga tapi tak cukup modal.Pihak HPA ada menyediakan loan?

  48. KUSHA said,

    September 11th, 2008 at 3:42 pm

    ALHAMDULILLAH!!!
    dengan adanya RFC, insyaAllah umat Islam tak perlu was-was utk makan ayam goreng lagi…harap hpa dapat naikkan banyak lagi cawangan RFC di Malaysia….

  49. teranovus said,

    September 12th, 2008 at 11:35 pm

    ayam kt RFC 2 sdp jugak. standing dgn KFC pa!!
    tp ayam goreng 2 xserangup kt KFC n ade sket2 minyak.
    i think RFC can improve the quality.
    masuk kali nh dh byk kali saya p RFC 2,pasal sdap sgt..
    but, it take a loong time 2 queue…i think you need to open another counter.
    Anyway…RFC best..
    dkt pulak dgn md. Jiwa.sp
    huhu :P

  50. Hafeez_SP said,

    September 13th, 2008 at 1:13 pm

    Salam.Saya ingin mencadangkan RFC didaftarkan dibawah Malaysia Franchise Associates (MFA). So,automatically berdaftar bawah MeCD. Jadi sesapa yg berminat nak buka francais blh dapat byk kelebihan spt pinjaman dari institusi kewangan kerajaan seperti MARA, PNS dsb..Pada hemat saya,ramai berminat nak buka francais RFC tp menghadapi masalah MODAL..Tlglah kami yg nak tlg kembangkan prdoduk muslim ni…Terima kasih..

  51. Sokong Produk Muslim-Radix Fried Chicken « MUSAFIR said,

    September 13th, 2008 at 11:25 pm

    […] Sokong Produk Muslim-Radix Fried Chicken 13 09 2008 Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Sg Petani, Kedah […]

  52. zarinah mohamad said,

    September 14th, 2008 at 10:23 am

    salam tahniah utk rfc.seeloknya cuba di buka cawangan di pantai timur seperti di kuantan,terengganu,kelantan kerana majoriti penduduk di sini adalah orang islam.pasti sambutannya amat mengalakkan memandangkan kami selama ini tiada pilihan lain selain kfc.sebagai umat islam eloklah kita memberi sokongan padu kepada produk keluaran muslim.saya amat yakin sekali jika di buka cawangan di pantai timur pasti mendapat sambutan kerana umat islam kini telah banyak berubah dan begitu berhati-hati dalam memilih sumber-sumber makanan yang di keluarkan.

  53. AbuDabI said,

    September 16th, 2008 at 1:39 pm

    alaa…kat KFC pun saya penah dapat ayam yang isinya masih berdarah. meja lambat kemas pun saya penah jumpa kat KFC. Simple to say, common problems among fast food la kot. Still, hope RFC bole counter hal ni supaya customer bule angkat jari sebut EXCELLENT!

  54. mohamad shukri said,

    September 22nd, 2008 at 2:59 am

    saya merupakan tenaga muda dari kedah yang mana sangat berminat dengan product makanan yang halal, saya mempunyai tanah yang luas dan sangat sesuai untuk menjalankan perladangan penternakan ayam organik ini.sila beritahu saya siapa yang saya patut hubungi bagi merealisasikan impian saya,kita, dan seluruh umat islam AM nya.

  55. duniaherbahpa said,

    September 23rd, 2008 at 9:51 pm

    Salam semua, terima kasih atas komen dan sokongan anda terhadap RFC.

    Kpd Shukri yg berminat utk menjalankan projek penternakan ayam HPA, sila hubungi En-Rashid (013-5841757), En.Suhairi 013-4239717, (013 4384717- jafri).

  56. Vira said,

    September 28th, 2008 at 4:21 pm

    a’kum..kat sabah bla nak buka RFC?..
    sya bminat jg nak buka RFC nie, tapi masalahnya modal tue yg susah.
    d harapkn HPA dpt mbuka RFC d sabah dlm tahun dpn..hehehe,t’ingin jg nak mrasa RFC kta nie.Smoga HPA akn lbh maju dan mLuas.
    SeLamaT Hari Raya & Maaf Zahir Batin..sMoga d hari LebaRan ini akn lbh bmakna bt kta.

  57. Mohd Arifin said,

    October 4th, 2008 at 8:04 am

    asalamualaikum wr.saya dari banting kuala langat selangor..brcadang ingin memohon bantuan pnjaman bank /punb/mara .terlebih dahulu saya ingin meminta pandangan dari pihak tuan tentang ‘PELUANG’ .yang ada ditempat saya ..untuk membuka cawangan francais RFC (radix freid chicken).. .bandar banting adalah sebuah bandar yang sedang pesat membangun,pelbagai kemudahan asas wujud taman-taman perumahan..adanya IPTA/S ,wujud pelbagai bank yang beroperasi disni juga kilang2 ,pusat angkasa negara,cawangan KFC,Mcdonal,Seven eleven yang sentiasa mendapat sambutan,bandar yang akan diiktiraf sebagai MAJLIS PERBANDARAN..dll. semoga pandangan dari pihak tuan dapat menambah keyakinan untuk saya merealisasikan cita2 saya ini..terimakasih.wassalam.

  58. nasir said,

    October 8th, 2008 at 12:10 pm

    Assalamualaikum W.B.T.

    Saya baru saja cuba menalifon En. Rasyid (013-5841757) utk bertanyakan ttg contract farming bg ayam herba HPA. Ttp jawapan yg diberikan cukup menghampakan… “Talipon saya balik sat gi, saya tgh sibuk ni” dgn suara yg acuh tak acuh. Sedih dgn mentaliti melayu dlm business… kurang memandang kehadapan, bersikap sambil lewa apabila peluang perniagaan diintai oleh bakal pelabur, merasa selesa dgn kedudukan skrg dan tak perlu sgt melayan panggilan org yg blm diketahui pulangannya.

    Apapun terima kasih kpd En. Suhairi yg cuba membantu walaupun beliau tdk mempunyai byk info. ttg contract farming ini.

    Wassallam.

  59. Azura Putri Bt. Ahmad said,

    October 8th, 2008 at 12:37 pm

    Assalamualaikum,
    Saya juga seperti En. Mohd Ariffin, berminat untuk membuka RFC. Di mana atau dengan siapa boleh saya dapatkan maklumat & nasihat dari segi Pembiayaan Kewangan, Ciri- ciri Lokasi yang perlu untuk membuka RFC, Pengiklanan & promosi & terma / syarat apabila mengusahakan RFC.

    Untuk maklumat, saya sekarang berada di Selangor.

  60. kala'malam'bulan'mengambang said,

    October 9th, 2008 at 3:32 am

    assalamualaikum kpd semua umat islam… sya dah cuba RFC pada raya ke 4 lalu… walaupun kena beratur sejam lebih.. kesabaran sya dibalas dgn kesedapan dan kenakan rasa ayam organik yang diadun degan 8 herba…MEMANG SEDAP!!! BETUL!!! sya bersyukur kpd allah swt diatas anugerah usaha gigih tuan haji untuk menyardarkan umat islam tentang produk halal yang sblum ni kita x ambil berat…kalo di sentuh kepada KFC, sya yakin ramai saudara sya tidak tahu asal usul ayam yang diguna pakai oleh KFC sebuah syarikat warga AMERIKA {laknattullah} sebuah negara yang memerangi negara islam(mungkin selepas ni kita pula). ayam di semelih di thailand yang kita tidak tahu cara ia disemelih… jadi wahai saudara2 ku…udah lama darah daging kita tlah dicemari dgn sumber2 yang tidak halal…fikir2kan lah!

  61. artz said,

    October 9th, 2008 at 7:15 pm

    kita mnat nk buat franchise RFC tapi modal sma ngan KFC camna orang kita nak boleh mula padahal semua maklum yg orang kita takde modal nk buat loan pon susah mcm2 kerenah dgn phak yg berkenaan
    tak adaa cara lain ke yg bole tolong org yg bermnat tpi tak punyai modal yg ternyata tak tergapai oleh sebahagian orang kita nii tpi mmpunyai azam utk berjaya…harap maklum agar pihak tuan mencadangkan alternatif yg sesuai utk kami yg ingin memajukan ummah dlm perniagaan ini yg halal lgi

  62. Sharm said,

    October 20th, 2008 at 11:46 pm

    Assalamu’alaikum..

    Banyak jugak modal yer.. 500k.. kalau share 20 org boleh ke? Sorang 25k..

  63. iena said,

    October 21st, 2008 at 5:57 pm

    Tahniah….
    tapi bila nk buka d perlis..

  64. husniza yussof said,

    November 4th, 2008 at 12:36 pm

    mmg excited sgt bile dpt tau ade RFC kat SG PETANI..tapi..bila RFC nak ada kat PERLIS..?org2 PERLIS dh x sabar nak tggu RFC di sini..
    kalo leh..RFC tambah lagi menu..mcm PIZZA..sy percaya..lagi sedap dari restoran PIZZA yg lain yg ade kat MALAYSIA ni.. :)

  65. Hazam said,

    November 7th, 2008 at 7:10 pm

    Salam….
    Saya berminat dgn francais RFC ni…tapi kalau nk bukak dekat selangor (cthnya sg besar atau tempat2 yg berdekatan) tak boleh ke?..terima kasih..

  66. Mr.kerek's radix crew said,

    November 7th, 2008 at 9:49 pm

    RFC best tp lum p cuba lg…coz jauh sangat.biler nak bukak kat perakkk teman udah tak sabo wehh..udah mkn ayam jgn luper mkn herba plakkk nanti sembelit yeop…jagan luper herba warisan nenek moyang kiter..back to basic…pisss to all mat mat herba…

RSS feed for comments on this post · TrackBack URL

Post a Comment