DuniaHerbaHPA.com

HPA Online | Berita HPA Dalam 1 Blog

DuniaHerbaHPA.com

Blog ini dibangunkan bertujuan untuk berkongsi informasi dan maklumat terkini berhubung perniagaan dan produk HPA. Selain itu, ia juga adalah untuk menambah lebih ramai lagi rangkaian usahawan HPA tidak kira dimana jua anda berada. Kami adalah pengedar HPA dan blog ini ialah blog peribadi kumpulan kami. Ia bukan laman web rasmi syarikat HPA.

Archive for December, 2008

Testimoni Pembaca DuniaHerbaHPA.com

Written by duniaherbahpa on Dec 29th, 2008 | Filed under: Testimoni Pengguna

Kami menerima banyak testimoni dari pembaca DuniaHerbaHPA.com. Terima kasih diucapkan kepada anda semua yang sudi berkongsi di web ini. Justeru itu, kami memutuskan untuk membuat satu ruangan khas perkongsian testimoni pengguna produk HPA oleh pembaca DuniaHerbaHPA.com. Kami sedang berusaha untuk mengumpul semua testimoni yang ada dan ruangan ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.

  1. zailah said,

    November 11th, 2008 at 11:44 am

    Assalamualaikum…
    Semasa saya melahirkan anak ke 3…saya menghadapi kesukaran utk melahirkan bayi saya dan menyebabkan anak saya tersangkut di lengan hingga menyebabkan anak saya tidak boleh menggerakkan tangan kirinya…doktor mengatakan anak saya mengalami erb palsy…iaitu kelumpuhan…saya cuba menggunakan minyak but but dan alhamdulilah dalam masa 2 bulan anak saya sudah boleh menggerakkan tangannya sedikit demi sedikit…sehingga hari ini saya tetap menggunakan minyak but but di tangan anak saya…dan dia dah boleh menggerakkan tangan kirinya seperti bayi² normal yg lain….terima kasih HPA

  2. mawardesa said,

    December 23rd, 2008 at 9:53 am

    Salam. saya mempunyai beberapa pengalaman mengenai minyak but2 ni.
    1.anak saya mengadu sakit perut,kemudian saya panaskan sedikit pada piring tembikar kemudian sapu diperut secara memutar bersama daun sireh. Alhamdulillah tidak lama sakitnya kurang dan dia mengatakan tak sakit lagi setelah bangun dari tidur.
    2.Anak buah mengadu sakit perut kerana perut kosong,saya titiskan sedikit minyak but2 dgn stgh gelas air suam dan campur sedikit madu. kacau n minum. Alhamdulillah pulih.
    3.Saya sendiri tiba2 gatal2 mata n merah. kemudian saya sapu minyak but2 atas n bwh kelopak mata. Alhamdulillah ia berkesan.
    4.Suami mengalami cirit2,saya syorkan minum minyak but2 satu sudu besar sblm pergi kerja. Alhamdulillah di tpt kerja dia tidak cirit lagi.
    Kesimpulannya,minyak but2 patut ada disetiap rumah sbg persediaan awal jika berlaku kecemasan. Terima kasih HPA.

  3. mawardesa said,

    December 24th, 2008 at 4:32 pm

    Salam…
    Saya ada pengalaman .2 orang anak saya mengalami ekzema sejak kecil.Baru2 ini saya cuba amalkan roselle kapsul,dibuka dan bancuh dgn sedikit air n tambah satu sudu kecil madu,kacau n minum.Bahagian kulitnya saya menggunakan sabuh bayi hpa sbg mandian n sapu bedak delima biji dibancuh dan sapu seluruh badan.
    Alhamdulillah stlh sebulan ekzema berkurangan n kulitnya pula semakin pulih,tidak seperti dulu.Selain itu masalah wheezing anak saya pulih bila diamalkan dengan madu.
    Terima kasih HPA kerana saya tidak perlu bergantung kepada ubat kimia yang mahal n mengandungi steroid lagi

  4. qutreen said,

    July 14th, 2008 at 8:52 am

    assalamualaikum,
    saya nak bg pendapat mengenai produk Herba Tuju Angin ni…
    dulu sy mmg susah nak buang air besar…3,4 hari sekali baru sy ada rasa nak buang air besar,tp sejak saya amalkan makan herba HPA ni….alhamdulillah masalah buang air besar ni selesai..dan setiap pg sy pasti akan buang air besar dgn lawas sekali..saya dah menggunakan produk ni dah 5 bulan..

    saya juga ada tanda2 gout..atas saranan herbalis HPA..sy skrg ambik 6 jenis herba HPA….
    1-kopi radix-ni saya ambil 3 peket sehari-alhadulillah rasa ringan badan dan hilang rasa mengantuk di waktu pg
    2-mega 3-
    3-herba tuju angin
    4-HB
    5-paramria
    6-spirulina

    yg pasti sy menggunakan tanpa was2..
    alhamdulillah kesihatan sy skrg bertambah baik

  5. Marini said,

    August 21st, 2008 at 1:29 pm

    Salam…saya baru mengamalkan Stoma-K ini hampir sebulan. Alhamdulillah berat saya sudah turun 3kg…ok la …saya pun x berani nak turun berat badan secara mendadak sgt. So turun sikit2 pun dah ok bg saya. Saya akan teruskan penggunaan herba ini kerana saya masih lagi belum mencapai berat yang diidamkan. Almaklumlah saya ni berbadan besar dan boleh masuk kategori obesiti, so saya mengharapkan Stoma-k berjaya menurunkan berat badan saya lagi.Mmg benar, Stoma-k mengurangkan rasa lapar tetapi setakat ini tidak memudaratkan kesihatan saya.

  6. Shainna said,

    April 16th, 2007 at 8:52 pm

    So far makan ok..melancarkan pembuangan air besar,tak de masalah cirit birit..nak lagi ok makan dengan Teh Asiatica Plus n Pelawas..Ok jerkk.Lagipun Stoma K, mengurangkan rasa lapar.

    Selamat Mencuba..

  7. niza said,

    February 25th, 2008 at 1:13 pm

    suami saya addicted minum kopi radik, pada masa yg sama dia perokok tegal, sudah 2 x dia deman angkara hisap rokok dan minum kopi radik. setiap kali deman dia berhenti merokok, kali ini dia baru sembuh demam dan baru je berhenti merokok, insyaalah dia akan berhenti merokok buat selama2 nya, dan itu juga janjinya pada saya dan anak2. amin

  8. Salinah said,

    March 29th, 2007 at 9:34 am

    saya telah mencuba kismis untuk anak-anak saya dan alhamullillah dengan berkat taraf ingatan mereka meningkat. terima kasih hpa

  • Share/Save/Bookmark
No tags for this post.

Salam Ma’al Hijrah 1430 H

Written by duniaherbahpa on Dec 28th, 2008 | Filed under: Info Terkini HPA

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430 Hijrah kepada semua umat Islam daripada DuniaHerbaHPA.com. Mari kita bermuhasabah kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang tahun yang lalu. Semoga tahun baru yang akan datang ini akan membawa perubahan yang lebih baik kepada diri kita.

Kami berharap akan lebih ramai lagi umat Islam akan bersama-sama menyertai perniagaan HPA. HPA bukan sekadar tempat untuk mencari keuntungan tetapi ia adalah suatu perjuangan umat Islam dalam mengenengahkan produk HALAL Muslim dipasaran. Mari Bermuamalah Bersama Kami.

“Produk Halal Menjadi Nadi Perjuangan Dan Rezeki Yang Diberkati ALLAH, Menjadi Garis Panduan Perniagaan Kami. Amin.” – Tn Hj Ismail b Hj Ahmad

banner-duniaherba-486×60.gif

  • Share/Save/Bookmark
No tags for this post.

Jadual Kelas Mingguan HPA

Written by duniaherbahpa on Dec 16th, 2008 | Filed under: Info Terkini HPA, Kelas Mingguan, Tips Keusahawanan

Menghadirkan diri dalam kelas mingguan atau program-program lain adalah antara asas dalam kerjaya MLM dan ia memberi tanda komitmen dan kebersamaan anda bersama syarikat tersebut. Begitu juga dengan HPA. Selain itu, ia adalah untuk ‘cas’ semula semangat dan kukuhkan tahap keyakinan. Jadikanlah kelas dan program-program ini sebagai tempat untuk menimba ilmu dan pengalaman daripada mereka yang berjaya. Dan disini jugalah tapak untuk kita membina dan melatih jaringan baru.

kelas-mingguan-hpa.jpg

Suasana dalam kelas mingguan di salah sebuah cawangan HPA

Kelas mingguan HPA dikendalikan oleh ahli/pengedar HPA yang berpengalaman. Antara pengisian dalam kelas mingguan adalah pengenalan syarikat, product knowledge, testimoni pengguna, motivasi & strategi perniagaan, penerangan marketing plan dan juga berita terkini syarikat serta pemberitahuan program-program semasa. Tiada bayaran dikenakan untuk menghadiri kelas ini.

Di bawah ini disenaraikan jadual kelas mingguan di sekitar kawasan Zon Tengah dan Selatan Semenanjung Malaysia.

JADUAL KELAS MINGGUAN DI LEMBAH KLANG:

ISNIN – HPA CAWANGAN KAJANG

SELASA – HPA CAWANGAN AMPANG, RAWANG

RABU – HPA CAWANGAN GOMBAK , NILAI & KLANG

JUMAAT – HPA CAWANGAN PUCHONG dan PUSAT LATIHAN & RAWATAN HOLISTIK NURUL IMAN, BATU 9, CHERAS

JADUAL KELAS MINGGUAN DI MELAKA:

SELASA – HPA CAWANGAN SEMABOK

JADUAL KELAS MINGGUAN DI JOHOR:

*AHAD – HPA CAWANGAN KOTA TINGGI

*SELASA – HPA CAWANGAN MERSING (MINGGU 1 dan 3 sahaja)

*Kelas berlangsung pada waktu petang

RABU – TAMAN KEMAS, JOHOR BAHRU

KHAMIS – HPA CAWANGAN KLUANG

JUMAAT – HPA CAWANGAN TANGKAK, HPA CAWANGAN PASIR GUDANG

JADUAL KELAS MINGGUAN DI PERAK:

SELASA – HPA CAWANGAN SRI MANJUNG

RABU – HPA CAWANGAN TELUK INTAN

JUMAAT – HPA CAWANGAN IPOH

*SABTU – HPA CAWANGAN TANJUNG MALIM

*Kelas berlangsung pada waktu petang

JADUAL KELAS MINGGUAN DI PAHANG:

RABU – HPA CAWANGAN BENTONG

NOTA: Semua Kelas Mingguan di adakan pada waktu malam bermula jam 9 malam, kecuali yang tercatat pada sebelah petang. Kelas petang bermula jam 3 petang.

banner-duniaherba-486×60.gif

  • Share/Save/Bookmark
No tags for this post.

Berhati-hati Ketika Makan Di Hotel

Written by duniaherbahpa on Dec 6th, 2008 | Filed under: Info Terkini HPA

 hotel.jpg

18 hotel daripada 2,360 mendapat sijil halal HDC

04/12/2008 6:30pm

KUALA LUMPUR 4 Dis. – Umat Islam diminta berhati-hati ketika makan di hotel di negara ini, kerana kini hanya terdapat 18 daripada 2,360 buah yang mendapat sijil halal daripada Perbadanan Kemajuan Industri Halal (HDC).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, sebanyak 31 buah lagi sedang dalam proses untuk kelulusan, empat permohonan baru, 64 dalam proses melengkapkan borang dan tiga telah tamat tempoh dan sedang memperbaharui sijil halal.

“Bagaimanapun, jumlah ini tidak termasuk hotel yang mendapat sijil halal daripada majlis dan jabatan agama Islam negeri,” katanya ketika menjawab soalan Siti Zailah Mohd. Yusoff (Pas-Rantau Panjang) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Sumber:  www.utusan.com.my

DuniaHerbaHPA.com: Terkejut juga membaca berita di atas ini. Cuba bayangkan sudah berapa banyak hotel yang telah kita singgah untuk makan. Program-program HPA juga kerap diadakan di hotel-hotel. Justeru itu, kerajaan harus peka dengan masalah ini dan dengan segera perlu melaksanakan tindakan sewajarnya agar umat Islam di negara ini dapat menikmati hidangan di hotel-hotel tanpa rasa ragu dan was-was lagi.

Atas sebab ini juga HPA mengambil langkah menceburi bidang perhotelan dengan menubuhkan El-Zahraa Inn di Sungai Petani dan dalam proses membina sebuah lagi hotel di negeri Kelantan iaitu Hotel Salahuddin Al-Ayubi.

Ulasan Pengarah Urusan HPA berkenaan Hotel El-Zahraa Inn:

Hotel El Zahraa Inn

Nampaknya hotel ini sudah diperingkat akhir pembinaannya. Insyalah kita akan sama-sama merasmikannya pada bulan 12 nanti. Hotel ini merupakan imej peniagaan HPA sebagai peneraju kepada kebangkitan ummah. Slogan Radix…boleh benar-benar akan di buktikan dalam semua bidang peniagaan.

HPA menceburi dalam bidang ubatan herba, restoran segera, pertenakan, perladangan, teknologi makanan, pendidikan, industri kosmetik, pembuatan hasil ikan, peruncitan, koperasi dan lain-lain lagi. Ini boleh dikatakan bahawa sekiranya dalam tempoh 10 tahun lagi HPA dapat mengekalkan prestasi peniagaannya, ia akan menjadi sebagai sebuah badan peniagaan yang menjadi harapan kepada umat Islam. Harapan bagi menampilkan bentuk peniagaan yang berasaskan kepada ekonomi Islam.

Kita tidak terpukau dengan kejayaan pihak-pihak yang lain jika mereka mendirikan peniagaan diatas dasar ekonomi riba kerana dasar demikian terbina dengan penindasan kepada golongan pengguna. Masyarakat hari ini sudah sedar dan beralih mencari syarikat-syaraikat yang benar-benar melaksanakan tuntutan ugama demi untuk menebus segala kesilapan pada masa dahulu.

hotelhpa1.jpg

Ini adalah gambaran pelukis untuk Hotel Salahuddin Al-Ayubi di Kota Bharu, Kelantan.

  • Share/Save/Bookmark
No tags for this post.

Program HPA Bulan Disember 2008

Written by duniaherbahpa on Dec 5th, 2008 | Filed under: Info Terkini HPA, Perkongsian Ilmu Cemerlang, Perubatan JAWI, Program Bulanan

Kuliah Perubatan Jawi (KPJ)
Caw. Sungai Petani (13/12/08)
Caw. Shahab perdana (14/12/08)

Tarikh: 18/12/08 (Khamis)
Lokasi: KL International Hotel
Jam 8.30 Malam – 11 Malam

Masuk PERCUMA!

SIJIL HERBALIS MUDA

Tarikh: 15/12/08 hingga 22/12/08
Yuran: RM200.00 sahaja

Jika berminat, sila Bank In ke BIMB “El-Zahraa Sdn Bhd” No.Ac: 02020010049441. Tulis Atas Slip (Nama/Alamat/ID-HPA/No.Tel) Fax kepada: 044419254, Tel: 04-4419094

Kursus ini akan diadakan bermula pada 15/12/08 di Sungai Petani Kedah selama seminggu. Terbuka hanya kepada anak ahli HPA dan bilangan yang diterima adalah terhad iaitu 50 orang sahaja. Tempahan mestilah berserta dengan resit pembayaran.
Kos kursus sebanyak RM 200 dan hanya kepada mereka yang berumur 12 tahun keatas (lelaki) sahaja.

Tujuan kursus ini adalah untuk melahirkan generasi muda yang akan meneruskan Perubatan Jawi kelak. Antara subjek yang akan diterapkan ialah:

1. Pembinaan sahsiah dan ilmu adap
2. Herbalogi
3. Wirid dan Rukyah mengikut kaedah nabi
4. Berbekam
5. Seni bela-diri teknik JKD
6. Jungle trekking.
7. Hafalan Surah
9. Berenang – sungai Tupah.
10. Memanah – kemungkinan ada.
11. Berkuda – kemungkinan ada.

Mereka yang berminat boleh menghubungi saudara Haris 0195749717.

SIJIL HERBALIS

Tarikh: 11/12/08 – 31/12/08
Lokasi: Dewan HPA Sg. Petani, Kedah (Pertukaran Tempat)

Daftar Segera di Cawangan HPA, Hanya RM2500.00 untuk penginapan, makan dan nota. Jika berminat, sila Bank In ke BIMB “El-Zahraa Sdn Bhd” No. Acc: 02020010049441
. Tulis Atas Slip (Nama/Alamat/ID-HPA/No.Tel) Fax kepada: 044419254 Tel: 04-4419094.

Program PIC Khas Untuk Agen Stok

Tarikh: 27 – 28 Dec 2008
Lokasi: Cawangan HPA Sg.Petani
*Dibuka kepada Agen Stok yang belum ikuti

  • Share/Save/Bookmark
No tags for this post.