Kesan Kopi Radix Palsu

Sumber: Harian Metro, 11 November 2008 (Selasa)

Kesan Kopi Radix palsu

kopipalsu.PNG

 Poster perbandingan Kopi Radix Asli dan Palsu. Klik pada gambar untuk besarkan.

PRAI: HPA Industries Sdn Bhd (HPA) yang mengeluarkan produk Kopi Radix mengesan sesetengah pihak mengaut keuntungan dengan menciplak kopi segera herba nombor satu di kawasan utara.

Kegiatan itu dikesan dibeberapa lokasi membabitkan Pulau Pinang, Kedah dan Utara Perak yang menggunakan kopi palsu berada di pasaran tanpa mengetahui kandungannya menyebabkan rasanya berbeza dengan Kopi Radix asli mengandungi tujuh herba serta diadun menggunakan teknik perubatan Islam.

Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad, berkata kegiatan itu memberi kesan negatif sekali gus menyebabkan kejatuhan jualan kopi Radix sebagai minuman berherba yang cukup popular di negara ini.

“Sekiranya pengedaran kopi palsu itu dibiarkan, akan menyebabkan orang ramai menjauhi kopi Radix asli,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini, semalam.

Sebelum ini, kopi Radix asli dalam bentuk papan dijual kepada ahli HPA dengan harga RM16 berbanding kopi Radix palsu yang dijual harga RM14 dengan menggunakan teknik imbasan cukup tinggi menciplak papan dan sachet minuman kopi Radix asli.

Beliau berkata, rasa kopi Radix palsu tawar serta tidak mempunyai herba HPA, manakala kualiti kertas sachet palsu agak nipis berbanding asli selain warna merahnya lebih gelap dari sachet asli selain beberapa perbezaan lain.

3 thoughts on “Kesan Kopi Radix Palsu”

  1. astaghfirullahala’zim, saper la yg zalim pi buat kopi radix palsu ni, tak baik tul.saya sekeluarga dah lama langgan barangan HPA ni, insyaallah takkan terbeli yg palsu.mudah mudahan lah, dipelihara oleh Allah drpd barangan palsu ni.

  2. MEMANG ADA DIJUAL DI KEDAI RUNCIT DIKAMPUNG SAYA, GERAMNYA! KAFIR LAKNATULLAH NI MEMANG TAK SENANG TIDUR TENGOK ISLAM MAJU DAN BERJAYA. JOM JIHAD FI SABILILLAH TENTANG MASTER RADIX PALSU NI HABIS-HABISAN!!!!!!!!!!!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge