DuniaHerbaHPA.com

HPA Online | Berita HPA Dalam 1 Blog

DuniaHerbaHPA.com

Blog ini dibangunkan bertujuan untuk berkongsi informasi dan maklumat terkini berhubung perniagaan dan produk HPA. Selain itu, ia juga adalah untuk menambah lebih ramai lagi rangkaian usahawan HPA tidak kira dimana jua anda berada. Kami adalah pengedar HPA dan blog ini ialah blog peribadi kumpulan kami. Ia bukan laman web rasmi syarikat HPA.

Evening Primrose Oil (EPO) Softgel

Written by duniaherbahpa on Nov 29th, 2008 | Filed under: Produk Kapsul & Gel, Produk Makanan Kesihatan, Produk Untuk Wanita

epo-02

Evening Primrose Oil (EPO) berkualiti untuk kesihatan dan kecantikan. Sejenis bunga liar berwarna kuning, digunakan sebagai bahan kesihatan sejak dulu lagi. EPO yang diperah daripada biji, kaya dengan Asid Gamma – Linolenik (GLA), sejenis asid lemak diperlukan kulit.

Antara khasiat minyak EPO:

  • Membantu mengawal atur kitaran haid.
  • Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS) – iritasi, sakit kepala, sakit payudara dan senggugut.
  • Mengurangkan simptom putus haid – panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj.
  • Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri – bermanfaat kepada kulit yang kering, berumur atau berminyak. Melegakan ekzema dan alergi kulit.
  • Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal.
  • Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah.

Kandungan

  • 60 (bovine) softgel
  • Setiap softgel 500mg

Dapatkan EPO Softgel HPA segera. Dijamin HALAL 100%.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 48
Sabah & Sarawak: RM

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 38
Sabah & Sarawak: RM

Nilai Mata (NM): 12

  • Share/Save/Bookmark

Related posts:

  1. Flaxseed Oil (Softgel)
  2. Garlic Oil Softgel
  3. Habbatussauda’ Softgel
  4. Minyak Zaitun Softgel
  5. King Salamon Oil Softgel

No tags for this post.

15 Responses to “Evening Primrose Oil (EPO) Softgel”

  1. takde gambo ke?

  2. salam..

    saya berumur 24 tahun dan mengalami masalah tidak datang haid selama 2 tahun. Doktor sehingga sekarang tidak dapat mengenalpasti masalah saya sama ada kerana hormon atau tiriod. selain obesiti, saya jugak mengalami masalah toksik berlebihan dalam badan akibat sistem usus yang mengalami masalah. saya jugak mengalami jerawat nanah yang teruk selain muka bengkak. apakah produk yang sesuai untuk saya??

  3. salam SHARIFAH,

    saya rasa ada baiknya jika anda jumpa dengan perawat HPA yang bertauliah.. masalah anda agak lama dan perlu nasihat dari pakar.. Insya Allah penggunaan set lengkap HPA dapat bantu…

  4. Salam Pn Sharifah

    Sy bersimpati dgn masalah puan, dan bersetuju dengan cadangan dari Sdr Abdullah agar puan datang berjumpa dengan kami dan kita berbincang dengan lebih lanjut tentang masalah yang puan sedang hadapi.

    Herbalis Muslimah

  5. salam..
    kakak sy pernah mengalami keguguran 2 bulan lalu.baru2 ni dia ada terbaca kat sebuah blog yg menyatakan bahawa EPO softgel ni bagus utk menguatkan rahim & kestabilan wanita,betul ke?
    ada tak sebarang saranan utk masalah tersebut?
    lagi satu,bila produk ni akan sampai kat sabah???

  6. salam,
    wanita hamil boleh makan EPO softgel?
    sebab-sebabnya?

  7. salam,
    kenapa susah sgt nak dapatkan EPO. Asyik tak de stok jer. Dah beberapa kali pergi ke stokis hpa. Saya tak pernah cuba EPO, jadi nak try. Dr maklumat yg sy tahu ia sememangnya bagus untuk wanita. Suami saya pengguna setia kopi Radix selama 2 tahun dan tlh jadi ahli hpa. Macam mana ni?

  8. salam…saya leesa,

    saya nak tanye kalau epo hpa ni boleh dimakan ketika mengandung atau tidak?

  9. assalammualaikum…..
    sy nak tahu brp harga pelanggan kl nak bl Evening Primrose Oil (EPO) Softgel bg [s&s].

  10. salam….

    kehidupan berkeluarga dan mempunyai 3 orang anak lelaki yang masih kecil membuatkan saya cepat letih, pening dengan kerenah anak, kurang bertenaga.adakah EPO membantu masalah saya.

    terima kasih

  11. Boleh ke EPO digunakan oleh lelaki? & apakah kesannya…

  12. Ibu sy berumur 63 tahun. Mengalami masalah obesiti dan sakit lutut,. Produk kesihatan apa yang sesuai diamalkan oleh ibu sy untuk mengurangkan kesakitan?

  13. salam…
    saya ingin bertanya.. apa produk hpa yg patut sy ambil untuk mengatasi masalah saya..
    saya telah melahirkan anak tetapi bersalin ketika kandungan baru masuk 6 bln.. menurut bidan peranakan sy jatuh & rahim xkuat..
    setelah 6 bln bersalin, kitaran haid sy menjadi tidak teratur.. haid sy lewat sehingga lebih dari 2 bln.. selain itu muka saya juga punya jerawat yg sering tinggalkan parut..
    harap dpt membantu, terima kasih..

  14. Saya nak bertanya orang lelaki boleh ke mengambil EPO.

  15. Assalamualaikum wbt.
    Saya nak minta sikit pndgn dr mereka2 yg lebih arif.
    Saya berumur 47 thn. Seorang balu hampir 10 thn. kebelakangan ini saya sering mengalami rasa panas dan sejuk tetapi tidaklah sejuk hingga menggigil pd bhgn belakang bdn n kadang2 berpeluh. berlaku dlm satu2 masa. ujian darah n memogram tlh dibuat semuanye normal… apakah ini tanda2 menopous? saya tlh mula mengambil EPO hampir 3 bln but gejala ini masih saya alami. Adakah saya mempunyai gejala penyakit lain.n apakah saranan dari HPA yg blh saya ikuti?

Leave a Reply