DuniaHerbaHPA.com

HPA Online | Berita HPA Dalam 1 Blog

DuniaHerbaHPA.com

Blog ini dibangunkan bertujuan untuk berkongsi informasi dan maklumat terkini berhubung perniagaan dan produk HPA. Selain itu, ia juga adalah untuk menambah lebih ramai lagi rangkaian usahawan HPA tidak kira dimana jua anda berada. Kami adalah pengedar HPA dan blog ini ialah blog peribadi kumpulan kami. Ia bukan laman web rasmi syarikat HPA.

Awas Kopi Radix Palsu!

Written by duniaherbahpa on Oct 19th, 2008 | Filed under: Info Terkini HPA

kopiradix-front-web-copy.png

Ini adalah gambar produk Kopi Radix yang asli

Kebangkitan HPA dengan produk ‘killer’ Kopi Radix menimbulkan kebimbangan banyak pihak. Baru-baru ini, beberapa pengedar HPA berjaya membongkar kegiatan ini di beberapa buah kedai di kawasan Bukit Selambau, Kedah.

Kopi Radix Papan palsu yang menyerupai RADIX HPA dijual dengan harga RM14.00 oleh sebuah van yang menyerupai van HPA. Pemandunya adalah seorang berbangsa Cina. Kopi Radix palsu ini dipasarkan melalui pemborong tertentu yang sememangnya bekerjasama dalam memasarkan produk ini.

Dalam penelitian yang dilakukan, didapati terdapat banyak perbezaan ketara di antara Kopi Radix HPA dengan Radix palsu, antaranya:

1. Warna merah pada bungkusan kopi palsu agak pudar.
2. Saiznya agak memanjang berbanding bungkusan Kopi Radix asli yang lebar.
3. Logo HPA pada kopi radix palsu agak cerah dan pudar sedangkan pada Radix asli gelap dan terang.
4. Logo buatan Malaysia yang terdapat di belakang radix palsu agak kecil dibandingkan dengan Kopi Radix asli HPA.
5. Rasanya tawar dan tidak mempunyai aroma herba HPA.

Kerjasama pengedar HPA diperlukan bagi memastikan ini dapat dibanteras secepat mungkin.

Sumber: http://hpa.com.my/hpanews

DuniaHerbaHPA.com: Pastikan anda membeli Kopi Radix yang original. Anda dinasihatkan agar membeli apa jua produk HPA melalui cawangan atau stokis HPA yang sah sahaja. Jika anda terjumpa dengan produk palsu ini, segeralah membuat aduan di cawangan HPA atau HQ HPA, 04-9776805.

banner-486×60.gif

  • Share/Save/Bookmark

Related posts:

  1. Kesan Kopi Radix Palsu
  2. Jom Basmi Kopi Palsu Master Radix
  3. Jangan Tertipu Dengan Kopi Radix Palsu!
  4. Pemasar Kopi ‘Radix’ Pemenang Anugerah Perdana Menteri
  5. Kopi O Radix

No tags for this post.

One Response to “Awas Kopi Radix Palsu!”

  1. Saya baru beli satu kotak kopi Radix 32 bungkus dari stokis di Gombak dan di dapati pada kotak tersebut tiada lagi tertera perkataan ‘plus Tongkat Ali’ dan pada setiap bungkusan kopi tersebut tiada lagi keratan kecil di tepi bungkusan untuk memudahkan pembukaan sacet kopi. Adakah ini barangan asli atau palsu?

Leave a Reply