>> Harga Produk HPA Sudah BERUBAH. Mohon Rujuk HARGA TERKINI Disini (klik) <<

Salam ukhwah,

Ramadhan akan pergi meninggalkan kita dan Syawal pula akan menjelma.

Di kesempatan ini, pihak DuniaHerbaHPA.com ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan niaga HPA di bawah rangkaian kami, para usahawan HPA, para pengguna produk HPA dan para pengunjung web ini.

kadraya5v2.JPG

Terima kasih kepada mereka yang sentiasa memberi sokongan kepada produk HPA. Kami melihat ramai pengunjung web yang telah sudi mengemukakan komen dan pertanyaan di web ini. Kami mohon maaf kerana tidak sempat untuk melayan dan menjawab semua komen anda. Kami akan cuba melakukan sesuatu untuk perkara ini.

HPA Selepas Raya

HPA akan mengadakan lebih banyak program dan projek selepas raya nanti. Kilang aiskrim, Pusat Perabot PJS, El-Zahraa Inn adalah antara projek-projek yang sedang diusahakan kini. Zon selatan akan mengalami perubahan pesat lantaran hasrat pengurusan HPA untuk menjadikan zon ini sebagai HPA Town kedua selepas Sg Petani. Cawangan RFC juga akan bertambah dengan Alor Setar dijangka akan menjadi cawangan kedua RFC.

Produk HPA terus bertambah lagi. Teh Manjakani, Radix Koko, Tepung RFC, Krim But-but adalah antara produk yang sedang dan akan dikeluarkan. Program-program HPA seperti PBC, PIC, KPJ, Sijil Herbalis dan lain-lain juga akan terus rancak berjalan semula selepas raya nanti.

teh-manjakani.JPG

 Pengarah Urusan HPA bersama sebahagian Pengurus Besar semasa pelancaran produk baru, Teh Manjakani.

Akhir kata, selamat berhari raya bersama keluarga dan sanak-saudara di kampung. Jangan lupa hidangkan para tetamu dengan produk HPA seperti Radix Cola, Sarsi, kordial dan Kopi Radix. Bagi yang memandu pula, selamat memandu. Dapatkan rehat yang secukupnya sebelum memulakan perjalanan dan pastikan kenderaan anda telah diservis.

Oh ya, Majalah Metro HPA Edisi September 2008 juga telah dijual. Dapatkan dicawangan HPA berhampiran anda. Harga RM 2 sahaja. Banyak berita perkembangan terkini HPA dimuatkan dalam majalah ini.


klik-beli

Senarai Produk HPA | Cara Sertai Ahli HPA | Senarai Cawangan HPA

>> Harga Produk HPA Sudah BERUBAH. Mohon Rujuk Disini (klik) <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...